RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 16 November 2015

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT (13/11/2105)



INTIPATI KHUTBAH JUMAAT (13/11/2105)

Ikhwan Muslimin,

Sedarkah kita bahawa hidup kita di dunia ini tidak bersendirian. Disekeliling kita ada insan-inasan yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Mereka itulah ahli keluarga kita sama ada suami, isteri, ibu bapa atau anak-anak, semuanya mempunyai nilai tersendiri dan Islam menentut kita untuk bertnggung jawab terhadap mereka. Firman Allah SWT yang ertinya: 

“ wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala).  Neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang di perintahkan” (Al Tahrim; 2).

Sebahagian besar siding jumaat pada hari ini pastinya adalah insan yang bergelar suami atuau bapa. Keluarga yang mudah disebut, namun tanggung jawabnya sangat berat, sebagai seorang ketua keluarga kitalah menentukan hala tuju ahli keluarga kita sama ada bakal memenuhi syurga atau menerima azab neraka di akhirat kelak

Menurut Ibnu Al Muzar, Syaidina Ali Keramahllahuwajhu ketika membicarakan ayat ini, beliau berpesan: “ajarlah diri kamu dan keluarga kamu tentang kebaikan dan didikan mereka”. Ayat ini juga secara tidak langsung mengesa para suami agar mempelajari perkara fardu yang diwajibkan  dan mengajarkannya pula kepada ahli keluarga mereka.

Keluarga adalah anugerah yang juga amanah daripada Allah SWT. Peranan untuk membentuk peribadi isteri dan anak-anak, semunya tanggung jawab suami. Untuk itu, ilmu didada mestilah penuh, daya tahan iman yang utuh, dan stamina amal yang teguh selain menuntut kemahiran dan kesabaran dalam mendidik supaya kita menjadi suami mithali yang mengikuti acuan Baginda Nabi SAW.
Menyedari hakikat ini, maka khutbah ingin menekankan beberapa kewajiban yang perlu di ambil dan dilaksanakan oleh para ketua keluarga.
1.       Memberi pendidikan dan tarbiah Islamiah
2.       Bertanggun jawab menjaga dan memlihara isteri dan anak.
3.       Menghidup dan mendirikan syariat Islam dalam rumah tangga.

Wallahu’alam

Sumber: MAIK

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.