RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 3 November 2015

BAGAIMANA WANG MEMPENGARUHI RANGSANGAN OTAK MANUSIA



 BAGAIMANA WANG  MEMPENGARUHI RANGSANGAN OTAK MANUSIA

WANG ataupun duit boleh membuatkan seseorang itu melakukan perkara-perkara yang tidak rasional dan merbahaya.Ada juga di antara kita yang tersilap membuat keputusan dalam urusan atas talian. Jadi apa sebenarnya yang berlaku pada fungsi otak kita bila ia melibatkan wang? 

Bekas Naib Presiden dalam institusi perbankan terbesar di Amerika Syarikat, JP Morgan, Kabir Sehgal pernah berkongsikan pengalamannya tentang wang dan neurosains. Pendapatnya itu dikongsikan ke dalam sebuah artikel yang disiar menerusi Harvard Business Review.

Sehgal menulis, pakar neuro mula menggunakan mesin pengimejan resonans magnet yang berfungsi untuk mengimbas kawasan otak yang dirangsang apabila seseorang individu itu berfikir untuk membuat keputusan dalam mengurus kewangan.

Hasil beberapa kajian mendapati wang boleh memuncakkan aktiviti neural pada otak dan ia dibuktikan  menerusi permainan judi yang disertai oleh 12 pemain. Hasil kajian mendapati aktiviti neural yang memuncak pada otak mereka. 

Penyelidik juga membandingkan hasil kajian mereka dengan laporan analisis individu yang ketagih dengan dadah dan hasilnya hampir sama.

“Tidak ada satu pun yang memberi kesan besar kepada manusia melainkan wang,” kata salah seorang penyelidik kajian itu kepada Sehgal. Kajian juga melaporkan imbasan pada otak mencerminkan amalan pengambilan risiko. Salah sebuah institut pendidikan dari Stanford melakukan kajian terhadap kesilapan pelabur dalam membuat keputusan. Menurut penyelidik, berdasarkan imbasan otak yang diterima, mereka dapat meramalkan pilihan subjek sama ada untuk membeli saham yang mana ia merupakan keputusan berisik, atau yang kurang berisiko seperti bon.

Selain itu, kajian juga mendapati wang boleh mewujudkan perasaan ragu-ragu, khuatir dan gelisah dalam urusan melibatkan wang.

Subjek dalam kajian menunjukkan kesedaran diri, mengambil masa untuk seketika atau termenung dan menunjukkan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah kewangan yang kompleks.

Dalam raliti kehidupan di dunia jika kita terlampau memberikan tumpuan kepada wang, maka hidup kita akan menjuruskan kepada bagaimna mendapatkan wang sebanyaknya dan akan mengenepikan perkara-perkara lain yang lebih penting seperti tanggung jawab kepada melaksanakan perintah Allah seperti solat lima waktu.

Orang yang bijak mengatur kehidupan bukan lah memberi tumpuan kepada wang semata-mata untuk hidup, Cuma wang adalah sebahagian dari keperluan hidup. Kerana orang yang banyak wang pun kadang kala hidupan mereka tidak tenang berbanding dengan mereka yang tidak ada wang yang banyak. 

Oleh itu kehidupan yang seimbang antara keperluan material “wang” dengan keperluan kerohanian iaitu mengabdikan diri kepada Allah barulah akan mencapai ketennangan hidup di dunia dan juga mendapat kerahmatan hidup kekal abadi di akhirat.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.