Checklist Untuk Majlis Perkahwinan
Majlis Perkahwinan adalah salah satu acara yang amat penting
dalam kehidupan seseorang. Ini adalah satu peristiwa yang akan diraikan oleh
semua keluaraga dan satu detik yang amat bermakna bagi bakal penganting. Oleh
itu satu persiapan yang rapi dan bersistematik perlu di lakukan untuk
membolehkan ianya berjalan lancar dan tidak ada cacat cela yang ketara.
Biasanya tempoh 6 bulan untuk majlis perkahwinan adalah agak
singkat bagi menyedikan perkara perlu dan wajib dilakukan. Bersama ini
dicatatkan checklist yang berguna sebgai pandauan anda.
1. Daftar kursus kawin dan jalani kursus kahwin.
Perkara pertama yang
perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa
tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur. Anda perlu
mengikuti kurus dan mendapat sijil kerana ianya adalah prasyarat yang
ditetapkan oleh Majlis Agama di negeri masing-masing. Jika tanpa sijil kahwin
anda tidak akan dinikahkan oleh Jurunikah yang bertaulah (imam / khadi).
2. Tetapkan tarikh (nikah dan kenduri kahwin).
Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah
pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat
kenduri untuk dua belah pihak. Begitu juga saudara mara kedua-dua belah pihak
perlu bercuti untuk membantu majlis perkahwinan yang akan diadakan nanti.
3. Medical check-up (HIV) test .
Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah
dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa
keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana
keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.
Medical check-up in adalah perkara yang perlu diutamakan dan
dilakukan pada awal lagi. Manalah tahun pasangan yang ingin kita kahwin itu ada
penyakit HIV atau penyakit kelamin. Jika ini berlaku perkahwinan terpaksa
dibatalkan kerana ianya akan memberi kesan yang amat buruk kepada zuriat yang
akan kita perolehi nanti. Bila dah tahu ada penyakit HIV segala persiapan lain
tak perlu di teruskan. Itulah penting ianya di dahulukan untuk mengelak
kerugian kewangan yang banyak.
4. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan.
Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan
secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain. Borang ini
perlu disaipakan awal kerana pihak berwajib telah menetapkan masa tertentu
untui diserahakn borang yang tealah dilengkap sepenuhnya, biasanya dalam tempoh
3 bulan sebelum kahwin perlu disiapkan.( tempoh minima 1 bulan).
5. Tentukan tema majlis kahwin.
Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman
sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih
warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih
memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin.
Dalam mementukan tema perkahwinan ini jangalah di utamakan
sangat kerana jika terlampau taksub dengan tema boleh menyusahkan dan datang
kepada perbuatan membazir. Yang lebih penting adalah kehidupan selepas kahwin
yang memerlukan banyak perbelanjaan untuk persiapan pembentukan sebuah rumah
tangga yang baru.
6. Beli barangan hantaran.
Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai
hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah
barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.
Harga barangan yang di beli biarlah sepdangan dengan kemampuan kita. Janganlah membeli
barangan yang berjenama yang mahal-mahal keran ingin menunjukkan kepada tetamu,
sedangkan kita hanya ada wang simpanan yang tidak banyak. Ingatlah perkara riak
dan membazir itu adalah amalan syaitan dan dibenci oleh Allah.
7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur.
Souvenir untuk
tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda.
Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis
anda tidak kira lah tua atau muda. Souvenir ini juga perlu kepada kebijaksanaan
merancang kewangan, beli yang berpatutan dan berguna serta bilangan juga
sepadan degan jumlah tetamu yang akan dijemput dan yang pasti hadir. Kerana
kelazimannya bila kita menjemput tetamu tidak
semua yang akan hadir kerana adalah masalah peribadi mereka. Lazimnya
peratus kehadiran dalam lingkungan 80% sahaja.
8. Gubah barang hantaran.
Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang
hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk
menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan
vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan ayang digantung di luar rumah. Sangkar
hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?
Dalam menyediakan gubahan barangan hantaran ini perlu juga
diingat jangalah kita membuat gubahan yang berbentuk binatangan atau makhluk
yang bernyawa keran ianya di larang oleh syariat Isalam. Begitu juga gubahan
hantaran seperti ‘sirih junjung’ ianya juga dilarangan kerana sama dengan
perbuatan pujaan ugama orang Hindu. Perkara sebegini perlu mendapat pandangan
orang arif dan berautoriti dalam bidang agama. Semoga kita tidak mengundang
dosa free dan untuk mendapat keberkatan majalis kahwin yang diadakan.
9. Tempah juru nikah atau tok kadi.
Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk
dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka
sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil
langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda
telah tetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang
tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi
terlupa.
10.. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu.
Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu
yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan.
Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda
perlu keluarkan.
Penetapan bilngan tetamu yang akan dijemput juga perlu di
ukur dengan kemampuan kewangan kita. Jika
tidak akan menyusahkan malah membuatkan kita terpaksa berhutang.
11. Tempah atau cetak kad jemputan.
Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini
digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa
kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Jenis kad jemputan jangalah terlalu mahal kerana ini juga
boleh menjadi perbuatan yang membazir. Kebiasaannya kad jemputan hanya dilihat
pada tarikh perkahwinan sahaja selepas itu akan dibuat. Jadi berbelanja dengan
bijak dengan design yang simple dan
harga yang berpatutan.
12. Tempah pelamin idaman anda.
Perkara ini juga
perlu dirancangn dengan bijaksana. Jangalah menempah yang mahal kerana ia akan
membazir. Lagipun pelamin ini tidak lah digalakan sangat oleh Islam. Sekadar untuk
kenanggan mengambil gambar pengatingan sahaja bukannya untuk berbangga dan
menunjukkan kepada tatamu . Jika kita ada sifat itu akan mengundang dosa dan
keberkatan majlis kahwin akan berkurangan. Lebih baik duit yang banyak di
gunakan untuk sewa peralatan pelamin itu diberi kepada anak dan menantu kita
untuk digunakan oleh mereka selepas perkahwingan nanti. Ini lebih berfadah dan
mendapat keberkatan.
13. Tempah Juru solek atau mak andam.
Semakin ramai juru
solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam
kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya
nama anda dimasukkan kedalam 'makeup booking list' mereka. Juru solek ini jika
ada dikalangan saudara mara yang pandai boleh lah menggunakan kepakaran mereka
daripada menempat jurusolek dari salon. Jima duit dalah lebih baik dan
kerluarga yang diberi tugas juga akan berbangga kerana mereka di beri
kepercayaan untuk menjadi juru solek.
Lebih malang lagi jika juru soleh itu adalah pondan. Elakkan
menempah mereka kerana perbuatan ini bertentangan dengan syariat Islam dan
mengundang dosa .
14. Pilih busana pengantin.
Busana pengantin
pilihlah fesyen yang tidak bercanggah dengan syariat Islam serta dengan harga
yang berpatutan. Kecantikan pengantin bukan sangat terletak kepada busana keran
kecantikan yang asali itu adalah lebih terserlah dengan pakaian yang sesuai dan
sederhana. Semasa pilih busana ini juga elakkanlah berlaku pembaziran.
15. Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja
(mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi
dan catering. Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda
perlu membuat 'food test' dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan
masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran
pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.
16. Cari jurugambar
dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses
pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar
samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu
jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik
jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.
17. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian
atau band.
Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempak
servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang
makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk
tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.
Ini juga perlu berhati-hati supaya jangan pula hiburan itu
yang bercanggah dengan syariat kerana pecampuran lelaki dan perempuan serta
lagu-lagu yang melalikan. Padai=pandailah membuat pilihan yang tepat dan
mendapat keredaan Allah bagi keberkatan majlis kahwin yang kita adakan itu.
18. Tempah atau cetak banting atau signage.
Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu
kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka
parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana
tidak perlu kerap menjawab talifon sekiranya ada tetamuyang sesat mencari
lokasi majlis.
Kesimpulannya perancangan yang rapi itu adalah penting bagi
melancarkan majlis perkahwinan yang akan diadakan. Tapi pastikan ianya patuhi
syariat dan tidak membazir. Semoga majlis adapat reda Allah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.