RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday, 17 September 2015

Amalkan makan bersama isteri dan keluarga setiap hari.



Amalan makan bersama keluarga adalah salah satu tradisi dalam masyarakat Melayu, saya masih ingat semasa kecil dahulu, semasa bekunjung di rumah nenek kami di wajibkan makan bersama pada setiap kali waktu makan. Pada suatu hari semasa saya masih tidur tiba-tiba kedengan suara di luar bilik.

 “ bangun, bangun, bangun masa sarapan pagi” suara nenek memanggil anak-cucu untuk  berserapan pagi.
Menjadi kebiasaan di rumah nenek mereka akan bersarapan setiap hari pada jam 8 pagi. Rutin demikian dijadual kerana pada jam 8.30 pagi datok akan ke bendang membawa keluar binatang ternakan dan juga menyirami sayuran. Itulah sember pendapatan atok saya, Kisah ini berlaku lebih 51 tahun dahulu samasa saya berumur 10 tahun.

Amalan datok nenek kita dahulu sebenarnya mempunyai banyak hikmah dan manafaatnya dalam membentuk sesebuah keluaraga yang bahagia. Sungguhpun begitu peredaran masa dan corak kerja yang sentiasa berubah-rubah telah menyebabkan amalan turun temurun dahulu seprti makan bersama keluarga pada setiap kali masa makan telah mula di tinggalkan. Ia adalah disebabkan ahli keluarga serprti bapa, ibu dan anak-anak mempunyai jadual harian yang sibuk. Lebih-lebih lagi jika mereka yang tinggal di banar metropolitan seprti kual Lumpur.

Dalam keluarga saya amal makan bersama masih di kekalkan sehingga kini. Pada masa mula-mula kahwin dahulu, makan bersama adalah satu cara untuk menandakan cinta dan kasih sayang suami isteri.
“ uup, buka luas-luas, sempit sangat lah mulut ayang ni” saya meminta isteri semsa menyuap nasi semasa kami belum mempunyai anak dahulu.
“ Abang ni, mana boleh ayang buka luas, kan mulut ini kecil aja’. Jawab isteri.
“ Ya lah mulut ayang memang cantik macam anak patung” saya mengusik.
“ nasi abang suap sedaplah”
“ mana tidak kan abang in pakar segala-galanya “ saya bergurau.
Isteri tersenyum simpul melihat lagak saya,
Sausana sebegini dah menjadi kelaziman kami semasa kami makan bersama pada setiap hari, terutamnya di waktu makan malam.

Bila kami mempunyai  anak amalan makan bersama ini masih diteruskan. Sekali sekala kami makan secara “berjemaah”. Iaitu makanan seperti nasi dan lauk pauk di hidang bersama dalam sebiji dulang yang besar. 

“ Yeeh, yeh makan Jemaah”. Anak lelaki saya Idan melompat tanda keriangan bila saya beritahu tentang makan malam pada satu masa.
“along makan Jemaah malam ni”, idan memberi tahu kakaknya
“ along nak duduk dekat dady, idan duduk dekat mama” along respon panggilan adiknya semasa kami bersiap untuk makan malam kira-kira 30 tahun lalu.
Manu malam itu ialah nasi putih, gulai kari ikan dan sayur goring.
“ Bismillah” Kami empat bernak mula makan.

Semasa makan masing-masing ambil nasi dan lauk yang ada di hadapan masing-masing. Kami makan secara bersela mengelilingi dulang yang penuh dengan nasi dan lauk pauk. Itulah suasana masa makan kami apabila kami makan bersama secara berjemaah.
Waktu makan bersama bukan saja menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga, malah tanpa anda sedari ia turut mempunyai manfaat besar terhadap kesihatan. Antara kelebihan yang boleh anda peroleh ketika makan bersama ialah:
  Tabiat makan anak menjadi lebih baik - Ia dapat mengekang masalah berat badan berlebihan di kalangan anak-anak. Bagaimana? Biasanya ketika makan bersama, ibu bapa akan berusaha menyediakan sajian seimbang yang secara tidak langsung boleh merangsang anak-anak untuk mendapat khasiat pemakanan yang diperlukan. Paling penting, sajian yang disediakan di rumah jauh lebih rendah kandungan lemak, gula dan garam berbanding makanan segera.
  Tabiat makan ibu bapa juga menjadi lebih baik - Pada ketika inilah ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.

  Belajar adab sopan - Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen. Jika makan di meja, ada yang tergesa-gesa menghabiskan makanan kerana mahu menonton rancangan kegemaran mahupun sambung mengadap permainan komputer.

Ketika inilah anda boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. Ini termasuklah mengajar anak-anak menyiapkan meja makan, makan perlahan-lahan (dan kunyah makanan hingga lumat sebelum ditelan) serta melatih mereka mengemas selepas siap makan. Pastikan anda suami isteri juga mematuhi peraturan yang anda tetapkan.

Tahukah anda, perlakuan anak-anak sebenarnya mencerminkan perlakuan kita di rumah? Justeru itu, janganlah kita mempamerkan tingkah laku yang kurang menyenangkan kerana ia akan ditiru dan dipaparkan anak-anak di depan orang.

  Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak - Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah anda boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh anda tanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.

Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.

  Kajian menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, minum minuman keras, mengambil dadah, berasa murung, menjauhi seks sehingga tiba waktu sesuai dan mengalami masalah pemakanan. Pada masa sama emosi mereka akan bertambah baik, menunjukkan prestasi baik di sekolah, belajar perkataan baru dan tahu mengenai adab di meja makan.

Menurut pakar antropologi di Universiti Rutger di New Jersey, Robin Fox, makan bersama keluarga adalah cara untuk membentuk adab sopan kepada anak-anak. Ia adalah cara mengajar mereka menjadi anggota masyarakat yang berbudaya dan berhemah.

  Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah dan belajar. 
 Anak-anak dari keluarga yang jarang makan bersama akan rasa tertekan apabila sesekali berpeluang berkumpul dengan ibu bapa. Apa yang lebih membimbangkan ialah kajian mendapati anak-anak ini berasa diri mereka tidak begitu penting dan tidak menjadi kebanggaan ibu bapa kerana jarang makan bersama. 

  Kemahiran berfikir dan bertutur anak-anak akan bertambah baik. Ini boleh dicapai kerana ada perbualan panjang antara ibu bapa dan anak-anak ketika makan.
  Anak-anak lebih cepat belajar perkataan baru ketika perbualan di meja makan berbanding perkataan yang dikutip ketika ibu atau bapa membacakan mereka buku cerita.
  Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.
  Bagi remaja, kekerapan makan bersama keluarga bermakna akan berkuranglah pengambilan makanan segera dan minuman ringan yang mengandungi banyak lemak dan gula
.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayah Allah dan mengeratkan hubungan salitulrahim di kalangan keluarga. Elakkan berbual perkara yang melalaikan atau perkara yang boleh mengakibatkan isteri terasa teringgung semasa makan. Jangn sekali-kali marah kepada isteri atau anak-anak semasa makan.

Saya meyakinkan bahawa amalan ini telah sayamalkan semenjak mereka mula kahwin sehingga sekarang ( lebih 34 tahun).  Kecuali jika suami tidak sempat balik makan dirumah kerana ada urusan luar.  Katanya amalah sebegini dapat mengeratkan perhubungan suami isteri dan keluarga. Disamping itu makan bersama akan menjimatkan makanan terutama lauk-pauk kerana dengan makan bersama setiap orang dalam ahli keluarga dapat merasa semua menu makanan , jika ianya banyak , setiap orang boleh makan lebih, sebaliknya jikak menu sedikit, masing-masing dapat makan sedikit untuk merasai kenikmatan menu tersebut.

Semasa makan bersama ini juga dapat terapkan budaya makan yang betul sebagaimana di ajar oleh budaya orang Melayu yang sayamalkan oleh datuk nenek moyang kita, dan juga dapat menerapkan cara makan yang sayajar oleh sunnah Rasulallah SAW. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi teguran kepada anak-akan jika didapati mereka makan secara gelojoh, suka mendahuli menu yang sedap walaupun letaknya agak jauh dari tempat duduknya. Kerana Islam mengajar kita makan secara bersopan, dahulukan menu yang berada dihadapan kita, tidak kira sama ada ianya kita suka atau tidak, kemusayan barulah diikuti mengambil menu-menu lain yang agak jauh dari pinggan kita.


Pengajaran dan iktibar:

1.      Amalan makan bersama sayantara suami dan isteri serta anak-anak akan melahirkan suasana hubungan mesra dalam keluarga. Lebih-lebih lagi hubungan suami isteri, semasa makan adalah masa yang paling harmoni dalam benak pemikiran seseorang, kerana pada masa makan kita akan memberi fokus terhadap makanan yang berada di hadapan kita, lebih-lebih lagi semasa perut keroncong kelaparan. Bila sahaja  makanan berada di hadapan kita, lebih-lebih lagi yang dimasak oleh isteri, kita akan merasa begitu bersyukur kepada Allah yang telah memudahkan rezeki untuk megalas perut yang sedang lapar. Kesyukuran juga akan dipanjangkan secara tidak langsung oleh minda dibawah sedar bahawa kita banyak berterima kasih kepada isteri atau ibu kepada anak-anak kita yang berpenat lelah dan bersusah payah menyediakan menu yang sentiasa “best “ untuk dimakan oleh ahli keluarga.

2.      Si isteri atau si ibu semasa makan bersama keluarga yang melihat suasana selera makan yang ditunjukkan oleh semua keluarga, sudah pasti merasa dirinya dihargi oleh keluarga mereka kerana menu makan yang dimasak untuk keluarga dapat membuka selera makan.. Suasana dan perasaan sebegini akan melahirkan suasana kerharmonian rumah tanagga mereka dan matlamat untuk menjadikan “rumahku syurgaku ‘ akan tercapai, insya Allah.

3.      Bagi anak-anak pula, amalan makan bersama ini akan memberi kesedaran dan sikap berterima kasih kepada ibu dan bapa mereka yang telah bersusah payah mencari rezeki untuk mempastikan semua anak-anak dapat makanan, pakaian dan lain-lain keperluan disediakan secukupnya. Makan bersama keluarga juga merupakan medan ilmu bagi anak-anak bagi mepelajari tatacara makan yang dianjurkan oleh Islam dan adat nenek moyang terun temurun. Menjadikan anak-anak yang berbudi pekerti mulia dengan bimbingan kedua ibu bapa mereka.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.