“Abang akan mengikuti sunnah Nabi untuk
menjadi suami” saya cuba yakinkan isteri.
“Janji tu mesti dikota” isteri menyapa manja.
“Insya Allah. Doa-doakanlah semoga niat suci abang ini
berjaya, abang tahu memang abang tidak alim sangat tentang agama, tapi abang
akan usahakan” saya memberi komitment.
“ Ayang pula akan jadi macam Siti Khadijah”. Isteri
mencelah.
“Baguslah tu, contohi isteri Rasulullah, moga-moga cinta
kita kekala abadi” ‘’
Perbualan di malam pertama kami itu masih dalam ingatan
saya, malah akan saya ingati sampai bila-bila selagil masih menyedut udara. Sememangnya
menjadi cita-cita dan harapan dalam kehidupan saya untuk mencotohi akhlak Nabi
Muhammad SAW. Setiap langkah untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian dengan
berpandukan kepada sunnah Rasulallah SAW.
“Mampukah aku mencotohi Rasulullah?” saol saya sendirian, “
Kita mesti cuba, belum cuba belum tahu” cuba yakin diri ini.
“ Mana boleh, Rasulullah adalah insan pilihan Allah, ia
adalah maksum, kamu ada insan biasa, tentu tidak akan tercapai” persoalan ini
bermain-main diminda saya bila cuba ingatkan janji kepada isteri dulu.
“ Aku akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji itu,
jika kita cuba dan tidak berjaya, adalah lebih baik” saya cuba kuatkan
semangat,.
Memanglah dalam kehidupan ini kita perlu ada impian untuk
menjadi insan yang terbaik, dengan meletakkan niat yang suci itu, kita cuba
mencapainya dengan berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah kita akan berjaya
tidak semuanya pun sebahagian sahaja sudah memadai. Bila sudah pasang niat,
Allah akan beri hidayah.
Bagi mencapai cita-cita saya dan juga pengharapan isteri
tercinta, saya akan sedaya upaya mempastikan kehidupan seharian tidak akan tersasar jauh dari apa yang telah
digariskan oleh Islam dan sunnah.
Alhamdulillah, sepanjang hidup kami sebagai suami isteri
saya masih mampu untuk memparaktikknnya walaupun tidak 100 %. Mungkin ia adalah
barakah didikan ibu dan bapa saya semasa masih kanak-kanak lagi yang begitu kuat
memeganag prinsip kepada pendidikan yang berasaskan kepada ajaran Islam dalam
serba serbi aktiviti kehidupan kami sekeluarga.
Untuk menjadikan Rasullullah sebagai ikutan, kita perlu tahu
tentang Sirah Kehidupan Rasullalah SAW. Oleh itu sebagai suami mestilah
mempunyai ilmu, bukan sahaja ilmu kedunaiaan tetapi juga ilmu keagamaan, jika
kita kurang ilmu agama maka kita perlu tingkatkan pengetahun agama saban masa,
saya sentiasa mengambil sikap positif dengan menjadikan orang alim sebagai
rakan dan sahabat. kelebihanya adalah mudah untuk dijadikan pakar rujuk apabila timbul permasalahan hukum hakam agama. Kata pepatah arab,” jika kita
berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat menghidu bau wangian
wangi. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi, setidak-tadaknya kita
akan merasai kepanasan haba besi”.
Tindakan kedua yang saya lakukan ialah dengan memperbanyakan
bacaan samada buku agama, atau artikel-artikel berkaitan agama di akhbar dan
blog-blog di internet. Cara sebegini akan dapat memperluaskan pengetahuan tentang agama serta dapat update hukum-hakam dari
masa ke semasa. Satu lagi keadah yang saya
gunakan ialah sentiasa mendengar ceramah-ceramah agama di tv dan internet.
Contohnya seperti slot “Tanyalah Ustaz” di TV 9, ceramah agama ustaz Azhar
Idrus di You Tube dan juga mendengar CD agama yang bersepah di pasaran. Prinsip
menuntut ilmu sepanjang hayat adalah amalan yang masih saya lakukan sehingga
hari ini.
Dalam mendidik diri untuk meningkatkan ilmu agama, kita
perlu bersikap terbuka dan mempunyai sifat rajin
untuk menambah ilmu, berdasarkan pengalaman, pada mula berjinak-jinak untuk
tingkakan ilmu agama, akan timbul perasan di dalam diri bahawa kita telah cukup
ilmu, “aku dah pandai, aku lebih tahu pada ustaz tu”, ini semua akan berlaku
dalam jiwa kita kerana pada peringkat permulaan memang kita akan dihasut oleh syaitan
dan nafsu supaya tidak menambahkan ilmu agama.
Sebaliknya bila kita banyak menghadiri majlis-majlis ilmu, kita akan
merasakan bahawa banyak lagi perkara-perkara yang kita tidak tahu, sebagaimana
mahfun firman Allah, “Jika dijadikan kesemua air laut sebagai dakwat untuk
mencatat ilmu-Ku, nescaya kamu akan kehabisannya, dan ilmu yang diperolehi itu
hanyalah sedikit berbanding dengan ilmu Allah, ibarat kamu mencelupkan tangan
kamu didalam air laut dan diangtkannya, air yang lekat di tangan kamu itulah ilmu yang
kamu ada, berbanding dengan ilmu Allah yang masih banyak yang belum kamu
ketahui seperti banyaknya air di lautan yang tebentang luas itu”.
Berdasarkan sedikit ilmu yang ada itulah saya cuba
menjadikan nabi Muahammad SAW sebagai panduan dan iktan dalam menerajui
kehidupan berkeluarga. Tindakan yang saya amalkan ialah mempastikan diri
sendiri dahulu mengerjakan kehendak asas agama seperti solat lima waktu
dipastikan disempurnakan tanpa tinggal, dilakukan pada awal waktu, solat
berjemaah,mempunyai sifat amanah, sentiasa memberi kemafaan, sentiasa bercakap
benar, suka bersedekah dan membantu orang dalam kesusahan yang memerlukan
pertolongan. Begitu juga dengan ibadat-ibadat lain seperti puasa bulan Ramadan,
membayar zakat fitrah dan zakat wang pendapatan (zakat harta). Dan bila mampu
pergi menunaikan fardu haji.
Di samping amalan wajib, kami juga melakukan amalan sunat
seperti puasa pada hari isnin dan khamis bila kelapangan, memberi sedekah
kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Menderma untuk perkara-perkara
kebajikan seperti membina masjid, tabung bencana dan sebagainya.
Satu perkara yang kami amalkan dalam mengikuti sunnah Rasulullah
ialah sentiasa mempunyai sifat kasih sayang dalam bergaul dengan isteri dan
keluarga. Sepanjang perkaheinan kami
lebih 34 tahun, tak pernah satu kalipun saya memukul isteri. Untuk amalkan
sifat sebegini ianya amat payah dan mencabar terutamanya pada usia masih muda,
iaitu usia dua puluhan dan tiga puluhan, kerana pada masa ini jiwa kita membuak-buak
dengan gelora perasaan ego sebagai seorang lelaki yang mempunyai kelulusan
ijazah dari menara gading. Namun apabila kita memperbanyakkan ilmu agama maka sedikit demi
dikit perasaan itu dapat dipupuskan di jiwanya. Kini setelah berusia warga emas
saya telah dapat membuang jauh-jauh sifat keegoan itu, semua kelebihan dan
kepandaian yang ada pada kita adalah
milik Allah yang dipinjamkan untuk sektika sahaja. Alhamdulillah atas hidayah
Allah yang telah mengubah keegoan diri saya. Ku panjatkan kesukuran kepada Mu
Ya Allah. Amin.
Mungkin berkat amalan menjadikan Rasulullah sebagai idola
dalam kehidupan berumahtangga. Kami telah dapat menerajui perjalanan kehidupan
rumah tangga sehingga kini yang telah menjakau usia 35 tahun lebih, saya begitu
bersyukur kerana dengn izin-Nya dapat berjalan dengan sempurna tanpa masalah
yang besar. Rumah tangga kami sentiasa bahagia, Alhamdulillah.
Saya juga melahirkan perasaan kesyukuran yang amat sangat
kerana Allah memberi ketabahan kepada saya untuk menempuh kehidupan yang penuh
mencabar ini dengan penuh sabar, dan sentiasa menyedari bahawa segala kesusahan
dan kerumitan yang saya sendiri tanggung dan juga keluaraganya hadapi itu adalah ujian dan ketentuan Allah untuk
menguji kesabaran dan keimanan mereka. Saya juga cuba menerima segala ujian
dengan penuh tabah kerana berpendapat yang ujian Allah datangkan itu adalah
untuk meningkatkan lagi darjatnya.
Dalam tempoh perkahwinan
kami lebih 35 tahun adalah tidak benar jika dikatakan tidak ada berlaku
perselisihan faham. Kerana telah menjadi rempah ratus dalam melayari bahtera
rumah tangga sekali-sekala akan ditimpa badai dan ombak besar. Bila di renung
kembali sejarah perjalanan rumah tangga kami ada dua kali berlaku perselisihan
faham dengan isteri, Pertamanya pernah berlaku semasa kami berada di awal
tempoh perkahwianan dahulu, pada masa itu isteri sedang alahan di peringkat
awal bulan mengandung, pada suatu hari datok saudara saya datang bertandang ke
rumah dan dia bermalam satu malam. Nak jadikan cerita, saya yang pulang lewat
pentang dari kerja luar pejabat, balik dengan keletihan. Selepas solat maghrib
saya tertidur, bila terjaga pada tengah malam saya dapati dato suadar tidur
disofa tanpa selimut.
“ Ayang kenapa tak siap tempat tidur untuk Tok Teh, Dia
tidor atas sofa sepanjang malam, tanpa selimut, kenapa huh”. saya tegur isteri.
“ tertidur semalam, lagipun kepala pening” isteri balas
dengan suara takut-taakut.
“ Ya lah tu, jika saudara abang yang datang, ayang buat tak
endah saja, layan tak layan, apa ni””
Isteri diam sahaja, dia terus berlari masuk bilik,
“dengong” . Bunyik daun pintu di tutup kuat.
Lanjutan itu isteri berkecil hati dan merajuk dan tidak
bertegur sapa dengan saya selama dua hari. Kekadang kita sebagai suami
melakukan sesuatu dalam keadaan marah dan tidak berfikiran rasional boleh
membuatkan isteri dan keluaraga berkecil hati, jika tidak pandai melayani
keranah kemarahan boleh membawa kepada perbalahan dan percerian rumah tangga.
Setelah diletakkan minda kita dengan ujian dan ketentuan
Allah, maka akan timbul kesabaran dalam menempuh segala carabaran dan
kesusahan. Satu perkara yang saya jadikan pedoman hidup ialah “setiap halangan itu akan pasti akan capai
kejayaan akhirnya”. Moto kehidupan yang
dipengang inilah menyebabkan saya tidak ada kamus kecewa, putus asa dan kegagalan
dalam kehidupan, Sentiasa beranggapan yang Allah bersama-sama orang yang sabar
dan Allah tidak membebankan hambaNya. Firaman-Nya:
“Dan sungguh akan kami berikan cobaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kehilangan
jiwa (kematian) dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada
orang-orang yang sabar.”
(Q.S. AL-Baqarah 155).
sifat sabar yang ada pada diri saya mungkin juga disebabkan saya semenjak belajar di tingkatan 3 lagi sudah ditimpa sakit lutut yang serius. Menyebabkan saya terpaksa ke sekolah dengan lutut berbalut dengan bandage, kakadangkala di usik juga oleh rakan sekolah.
sifat sabar yang ada pada diri saya mungkin juga disebabkan saya semenjak belajar di tingkatan 3 lagi sudah ditimpa sakit lutut yang serius. Menyebabkan saya terpaksa ke sekolah dengan lutut berbalut dengan bandage, kakadangkala di usik juga oleh rakan sekolah.
“ weh, budak balut
lutut mari dah” ejekan rakan sekolah
yang nakal pada suatu hari.
Saya hanya buat-buat
tidak dengar sahaja dan terus beredar.
Yang paling getir
sekali ialah bila tiba tarikh peperiksaan saya di masukkan ke wad kerana sakit
semakin serius.
“ Nik you have to sit for LCE exam at hospital “ Encik
Yusoff Ngah, Pengetua memaklumkan kepada saya semasa dia hantar saya ke
hospital.
Saya hanya
angguk-angguk kepada dan melihat kepadanya dengan penuh keinsafan.Saya banyak
berterima kasih kepadanya yang begitu perihatin membawa saya dari asrama ke
hospital setiap hari untuk mendapat suntikan.
Semasa mejalani peperiksaan
LCE di dalam wad hospital. Pada masa itu
ada seorang lagi pelajar wanita yang sakit dan menduduki peperiksaan bersama
dengan saya. Kisah sedih ini berlaku pada tahun 1969 dahulu. Sungguh pun begitu
saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana saya berjaya mendapat pangkat A dalam
peperiksaan LCE tersebut.
Jika di imbas kembali perjalan liku-liku hidup saya semasa
remaja dan hinggalah keperingkat berumah tangga dan berkeluarga, saya sering
sahaja ditimpa dengan kesakitan dan kesusahan. Menyebabkan saya boleh dikatakan
telah “lali” dengan penderitaan. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana
kesusahan yang sering saya alami itu membuatkan saya tidak leka dan hanyut sehingga melebihi batas agama dalam melayari
liku-liku kehidupan sehingga kini. Kesakitan yang dihadapi adalah sebagai
perisai bagi kehidupan saya daripada melakukan perbuatan yang melanggar hukum
agama (dosa besar) kerana jika saya ingin lakukan sesuatu perbuatan yang melanggar
hukum agama, akan datang perasaan dalam fikiran bahawa jika saya lakukan
kesalahan ini mungkin Allah timpa penyakit atau masalah yang lebih kronik lagi.
Saya juga bersyukur kerana Allah beri hidayah untuk
menjadikan saya sebagai salah seorang haba-Nya yang sentiasa ingat kepada
ajaran Islam yang dibawa oleh Jujungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sekurang-kurannya ia dapat dijadikan pedoman hidup dan perisai diri hamba-Nya
yang serba kurang ini mengharungi kehidupan dengan penuh berhati-hati dan
berpandukah syariat dan sunnah, tidak banyak pun sedikit yang dapat menghalang
dari tergelincil rel perjalan hidup sebagai persiapan untuk menuju kehidupan
yang kekal abadi di akhirat kelak. Memang di destinaisi itu pun sepatutnya
menjadi fokas semasa kita di beri peluang hiup di dunia yang fana ini. Kerana
hidup yang sebenar dan kekal abadi adalah kehidupan akhirat. Orang yang
sentiiasa meletakkan matlamat kehidupan akhirat tidak akan tergelincir banyak
dari garis panduan yang telah ditetap oleh Islam sebagaimana telah di ajar 0leh
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Sebagai seorang Islam
yang beriman kita sepatunyalah menjadikan Rasulullah sebagai ikutan untuk
menempuh cabaran dalam kehidupan berumah tangga. Kerana Allah telah menyatakan
bahawa insan yang paling sempurna di dunia ini ialah Nabi Muhammad SAW. Nabi
Muhammad adalah penghulu segala nabi dan rasul serta beliau adalah rasul akhir zaman.
Akhlak Rasulullah adalah sepertimana yang
terkandung di dalam Al Quran.
2.
Jika kita menjadikan
akhlak Rasulallah sebagi sumber pedoman hidup kita ,sudah pasti kita akan hidup
dengan penuh beriman dan bertaqwa, dan kehidupan kita akan selamat di dunia dan
akhirat, Insya Allah. Akhlak Rasulallah
adalah berpandukan kepada Al-Quran kitabullah.
3.
Jika kita mengamalkan
keperibasayan Rasulallah dalam kehidupan, kita akan disukai oleh isteri,
keluarga dan masyarakat. Kehidupan kita akan dipenuhi dengan akhlak yang baik
dan sentiasa menjurus untuk mendapat keredaan Allah.
4.
Suami yang menjadi
Rasulallah sebagai idola atau panduan
hidup untuk berumah tangga dan berkeluarga sudah pasti akan disayangi dan
dicintai oleh isteri, anak-anak, keluarga dan masyarakat. Suami yang
berpandukan sunnah Rasullah kehidupan sehariannya berlandaskan ajaran Islam dan
tidak akan melakukan perbutan yang haram.Sebaliknya jika kehidupan seharian
dilakukan dengan menggunakan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam akan mendapat
keberkatan dari Allah dan kehidupan kita sentiasa sempurna dan bahagia.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.