“Dady dan mama
ucapkan berbanyak terima kasih kepada Along, Abang idan, Esyah, Ewan, Mat ,
Paie dan Adik Bihah” saya memulakan bicara dalam satu mesyuarat keluarga lebih
3 tahun lalu.
“Dady bersyukur Alhamdulillah kepada Allah, kerana semua
anak-anak dady dapat melaksankan tuntutan ajaran Islam dalam kehidupan kita,
walaupun banyak lagi yang perlu kita tingkatkan”.
“ Cuma dady ingatkan
solat 5 waktu perlu ditingkatkan lagi untuk disempurnakan pada awal waktu”.
Ungkapan itu adalah kebiasan yang saya luahkan kepada anak-anak
semasa kami adakan mesyuarat keluarga samabil makan malam. Kebiasannya dilakukan
samasa sambutan Hari jadi isteri atau
saya. Kadangkala diadakan juga semasa kami makan sekluarga semasa Hari Raya.
“ Daday beri peluang kepada semua untuk memberi maklum balas
tenang stail dady dan mama mengurus keluarga kita di sepanjang tahun ini” saya
beri peluang kepada merka. Anak-anak memandang serious kepada saya.
“Along ucap terima kasih kerana sumbangan mama dan dady”. Along
memulakan bicara. Adik-adik lain hanya mengangguk kepada tanda setuju.
“ orang juga begitu, tertima kasih banyak-banyak, dady dan
mama ‘care’ kami semua. Cuma idan harap dady dapat kawal ‘pongoh’ (cepat marah)
“
Adik-adik lain kebiasannya banyak mendiamkan diri sahaja,
kecuali ada sesuatu yang penting untuk di cakapkan,
Begitulah suasana mensyaurat keluarga kami yang diadakan sekali
sekala, paling tidak dua kali setahun. Pada sambutan hari lahir saya dan juga
isteri. Jika ada sesuatu isu besar saya akan adakan meyuarat keluarga tergempar.
Amalan bermesyuarat menarik
hidayah Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
“Bermula pada tahun
ini dady dah pencen. Jumlah pencen tak seberapa” saya memberi tahun anak-anak
semua.
“ jumlah duit pencen
hanya mampu untuk menampung berbelanjaan makanan mama dan dady dan juga bayar
bil air sahaja. Manakala bil letrik perlu di kongsi bersama oleh anak- anak. Saya
meneruskan agenda mesyuarat keluarga.
“Siapa ingin memberi
pandangan berhubung hal ini’ saya memberi ruang kepada anak-anak untuk beri
pendapat.
“ Kerana duit pencen
dady hanya cukup untuk dady dan mama sahaja, orang cadangkan supaya bil lektrik
dan air di kongsi bersama oleh anak-anak” abang Idan beri cadangan,
“ orang setuju benar,
pakat sama-sama bantu”. Celah abang Ahmad
‘ Kongsi secara sama
rata, untuk bil air dan bil lektrik bayar ikut kegunaan, mana bilik ada air
cond bayar lebih sikit”. Abang Ewan beri cadangan balas.
“ semua setuju’ saya
cuba dapat maklum balas.
“ setujuuuu”
kedengaran sauara anak-anak.
“Dady ucapkan terima
kasih kepada semua anak-anak yang ingin membantu dady dan mama .
Itulah suasana
mesyuarat kami sekeluarga, boleh di katakan penuh dengan kerjasama dan bertolak
ansur. Alhamdulillah.
Amalan mesyuarat keluarga pernah juga saya adakan walaupun tidak sekerap mana. Biasanya saya
mengadakan mesyuarat keluarga apabila ada isu penting yang perlu kepada
pandangan dan pendapat daripada ahli keluarga semua. Tujuannya untuk mencari
jalan penyelesaian yang terbaik.
Lazimnya mesyuarat saya adakan pada ulang tahun hari kelahiran sama ada
saya atau isteri.
Apa yang dilakukan pada makan malam bersama semua keluarga saya
akan mengucapakan terima kasih kepada anak-anak kami yang telah memberi
kerjasama dalam mewujudkan keharmonian keluarga, saling bantu membantu antara satu
sama lain. Seterusnya saya akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk
membuat teguran terhadap pencapaian saya dalam menerajui keluarga dalam tempoh
setahun yang lepas. Biasaya teguran dibuat secara tulus ikhlas untuk menyatakan
sikap yang kurang disukai oleh anak
dengan memberi alasannya sekali. Saya akan mengambil segala teguran anak-anak
sebagai satu feedback untuk saya memperbaiki diri demi menjadi bapa yang lebih baik dan dapat memenuhi kehendakan
sunnah.
Situasi sebegini dilakukan setelah anak-anak kami telah
mencapai umur remaja dan dewasa. Kak Long kini telah berumur 33 tahun dengan
empat orang anak, Abang Idan anak keduanya berusia 32 tahun masih bujang, Kak
Esyah anak ketiga berusia 29 tahun dengan 2 orang anak, Abang Ewan telah mencapai
umur 27 tahun belum berkahwin, dan Abang Mat anak kelima telah mencapai usia 24
tahun tamat pengajian kolej peringkat diploma dan abang Rafie anak keenam sedang
menuntut di kolej berumur 22 tahun dan Adik Bihah anak yang bongsu berumur 20
tahun lepasan sedang menuntut di kolej peringkat diploma.
Setelah diamalkan mesyurat keluarga, banyak isu yang timbul
dapat diselesaikan degan sebaik mungkin, Tindakan ini juga dapat mengeratkan
lagi kerjasama diantara keluarga. Satu keseronokan yang dapat dirasai oleh
kami, setelah diamalkan mesyuarat keluarga saya dapat merasai kepuasan dan
lebih tenang. Sebagai ketua keluarga maklumbalas yang diberikan oleh semua
anak-anak dapat dijadikan “KPI” bagi saya membuat penilaian prestasi dan juga
melakukan penambahbaikan bagi kritikan yang dibentangkan.
Amalan mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan isu-isu yang
berbangkit dalam keluarga adalah salah satu sunnah yang diamalkan oleh Baginda
Rasullah SAW.
"Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah
[‘Ali Imran 3:159].
Dari ibnu Abbas r.a berkata,bila mana turun ayat ini
:
"washa wir hum fil ard" (sentiasalah bermesyuarat
dengan mereka dalam urusan-urusan penting) Maka, Rasulullah SAW telah bersabda:
Allah dan Rasul-Nya tak perlupa mesyuarat, tapi Allah telah menjadikan sebagai
rahmat bagi umatku, maka barang siapa dikalangan umatku yang bermesyuarat, dia
sentiasa berada pada jalan yang lurus dan barangsiapa yang tak bermesyuarat
dikalangan umatku, dia akan sentiasa dalam kesusahan. Hadis Riwayat imam
Baihaqi. munthakab hadith, m.s 753,bab adab2 dan amalan.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, aku tak pernah
melihat seorang yang amat banyak bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya lebih
dari Rasulullah SAW (baginda banyak bermesyuarat). Hadis riwayat Tirmizi
(muntakhab hadis m/s 752 bab adab2 dan amalan)
Pentingnya mesyuarat dalam membuat keputusan untuk dapat rahmat Allah,
oleh itu amalan bermesyuarat dengan keluarga adalah satu cara bagi kita
memperolehi hidayah dan ramat Allah dalam kita meneraju bahtera rumah tangga.
Sebarang peraturan yang di tetapkan untuk di amalkan di dalam keluarga akan
mendapat sokongan sepenuhnya oleh ahli keluarga kerana dia di buat berdasarkan
keputusan suara majoriti di dalam Mesyuarat Keluarga. Maka tiada alasan untuk
semua ahli keluraga untuk mempertikaikan perlaksanaannya.Apabila sitiasi ini
wujud dalam keluarga ia akan dapat menyatu padukan perhubungan kekeluargaan. Disamping meraih pahala di akhirat nanti
kerana amalan bermusyuarah adalah sunnah Rasulullah SAW.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Mesyuarat keluarga dapat
menilai keberkesanannya sebagai ketua keluarga. Semasa mesyuarat keluraga inilah
bapa akan meberi peluang kepada anak-anak untuk melahirikan perasaan mereka
terhadap ibu bapa mereka. Dan menyatakan cara pergaulan mana yang di sukai oleh
anak-anak dan cara pergaulan mana yang tak disukai. Makluamat ini amat penting
bagi ibu bapa untuk membuat penbetulan cara mereka berkomunikasi dengan
anak-anak.
2.
Dapat meningkatkan
perasaan kekitaan dalam keluarga. Peluang yang diberi oleh ibubapa kepada
anak-anak untukk memberi cadangan cara yang lebih baik dan dapat disesuaikan
dengan kehendak mereka dalam mengurus rumah tangga. Jika situasi ini berlaku
dalam mesyuarat kelurga akan memberi rangsangan kepada anak-anak bahawa ibu
bapa mereka adalah “sporting” kerana memberi peluang kepada mereka memberi
idea. Apabila
3.
Dapat keberkatan
hidayah dari Allah setelah setiap isu di selesaikan secara bermesyuarah dan
keputusan bersama. Setelah mendapat persetujuan bersama, kami semua akan
berkerjasama untuk menyelesaikan sesuatu isu berbangkat. Kami saling bantu
membatu mencari cara untuk atasi masalah secara terbaik. Satu kepuasan bersama
dirasai apabila masalah dapat diselesaikan dengan baik.
4.
Amalan bermesyuarat
adalah sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu jika kita amalkan dalam kehiduupan kita
seharian sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala kerana kita melakukan sunnah
nabi.
5.
Jika kita
bermesyuarat untuk mendapat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang di hadapi dalam keluraga. Ianya adalah satu keputusan yang baik
kerana telah diperolehi melalui percambahan minda melalui mesyuarat yang sertai
oleh ahli keluarga. Bila melaksanakan tindakan tersebut ianya akanl mendapat
sokongan semua pihak dan akan berjalan dengan lancer. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.