“ Darling, abang dah sampai di hotel ini. I love You, Miss you
so much”. Saya menelefon isteri sebaik sahaja sampai di hotel.
Saya mempunyai tugas luar untuk dua malam. Sekali setahun
adalah biasa, kerana di lantikan sebagai ‘panel hakim’ Konvensyen Kumpulan
Inovatif dan Kreatif oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Inilah situasi hubungan
saya dan isteri apabila ada tugas outstation.
Malah pernah juga dibuat flash back tentang hubungan intim
kami pada malam sebelumnya.
“ ayang tinggal sorang tidur malam sejuk ke”. Saya begurau
semasa telefon bertanya khabar.
‘ sejuklah, kenapa abang tinggal ayang”. Isteri jawab dengan suara manja.
‘ sejuklah, kenapa abang tinggal ayang”. Isteri jawab dengan suara manja.
“ bukanya tinggal, tapi dah ada tugas, ajak datang tak nak”.
Saya mencelah.
“letih lah bang naik kereta jauh sangat’. Isteri jelas
keputusannya tak mahu ikut.
“ okey lah…. Nanti abang kelik nanti tak takut lah”
‘ abang balik lagi ayang takut: isteri berseloroh.
“ Takut kena gomo ye”.
“ Tau tak apa” isteri mejawab gurauan saya.
“ ok lah bang, ayang tunggu tu, nati balik jaga dia, ayang
gusti samapi K.O.”
“ Yalah, abang serender. Takuuut laaaa”. Gas pun tak kuat
mana dah la ni.” Saya berseloroh mengusik isteri.
Amalan sebegini biasa saya lakukan bila saja berjauhan
dengan isteri, ia amat bermakna bagi saya kerana cara ini dapat mengekalkan
kehangatan cinta kami sepanjanga masa Inysya Allah. Bila gurauwan sebegini di
biasakan mebuatkan perhubungan suami isteri akan kekal intim dan dapat melawan
nafsu sarakah syaitan yang akan cuba mempengaruhi kita untuk melakukan maksiat.
Kedah romantis ini
juga adalah amalah sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa memuji kecantikan dan kebaikan
isterinya. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir
dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya.
Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih
kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang
bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat
Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya
rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Setelah isteri telah menjadi lumpuh saya masih teruskan
amalan ini, malah lebih kerap lagi perbualan kami melalui telefon pada setiap
hari, ianya juga ada kaitan dengan hasrat saya untuk menyelia dan mendapat kepastian yang isteri makan ubat
mengikut jadual, serta juga mempastikan tidak berlakuk situasi depress di dalam
pemikirannya, kerana pernah berlaku bila isteri depress dia akan menjadi ‘fit’ dan tidak sedar diri. Situasi sebegini
jika berlaku secara kerap boleh menjejaskan kesihatannya.
Perbuatan sering menelefon isteri semasa di luar adalah
salah satu cara untuk mengeratkan hubung kasih sayang di antara suami isteri.
Cuba kita imbas kembali semasa kita masih remaja dahulu, hampir setiap minit
fikiran kita sentiasa ingatkan kepada pasangan kita.
Sekali sekala ada juga saya
menghantar masej melalui sms, ini biasa saya lakukan bila panggilan
telefon tidak di jawab untuk beberapa kali call yang saya buat, mungkin semasa
saya panggil isteri sedang tidur atau berada di luar bilik.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Suami perlu sentiasa
menghubungi isteri walau dimana mereka berada, dengan tujuan untuk membolehkan
hatinya sentiasa mengingati isterinya,
sentiasa mengasihinya dan memerlukan belaian kasih sayang sentiasa ( telah
menjadi sunnatullah bagi isteri yang telah berkahwin adalah amat sedikit yang
mempunyai naluri untuk menduakan suami, kecuali ada situasi tertentu yang
mebuatkan ianya mencuriga kesetiaan si suami terhadapnya. Dan juga ada pihak
ketiaga yang cuba menggoda si isteri ). Keakraban hubungan suami isteri yang di
perbaharui dari masa oleh mereka berdua akan menjadi perisai yang amat berkesan
untuk menghalang kerja-kerja jahat syaitan yang akan cuba memperok perandakan
kerukunan rumah tangga. Kerana telah menjadi rutin syaitan adalah untuk melihat
rumah tanggga berkecai dan sumai isteri yang frust akan melakukan maksiat dan
yang paling hina melakukan zina.
Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra’:32)
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra’:32)
2.
Daripada pengamatan
kita di dapati rumah tangga yang pada awalnya amat bahagia sekali, tetapi
setelah berkahwin melebihi tiga hingga empat tahun, sisuami tidak lagi memperbahrui
cinta dan kasih sayang mereka, manakala si isteri pula sibuk dengan kerenah
anak-anak mereka yang sendang membesar dan menyebakan tumpuan kepada si suami
semangkin berkurangan. Syaitan akan menggoda nafsu si suami untuk mula
berjinak-jinak dengan aktiviti maksiat di luar, pada awalnya hanyalah pergi ke
kelab-kelab malam atau ke kafe untuk berkaroe, katanya hanya untuk melepaskan
rasa stress disebabkan tekanan kerja. Lama kelamaan akan menjadi satu rutin
sisuami untuk mendapat hiburan dan belian kasih sayang dari wanita di luar
sana. Akhirnya akan terjebak dengan perbuat dosa yang lebih besar seperti
mealakukan zina dan sebagainyan. Naauzubaillah himinizalik.
3.
Suami sebagai
peneraju dalam rumah tangga perlu mebuktikan kejujuran dan kesetiaan kepada
perkahwinan mereka. Oleh itu apabila suami mempunyai tugas luar untuk beberapa
hari ianya perlu menghubungi isterinya melalui telefon bagi mendekatkan tali
kasih sayang mereka, dengan berbual mesra dengan isteri akan dapat menghindar
dirinya daripada dihasut oleh syaitan untuk melakukan maksiat. Perbualan
telefon secara berterusan akan menyebabkan suami merasai dia sentaisa bersama
isterinya walaupun dimana dia berada. Lebih lagi bila di sematkan dengan unsur
iman dan taqwa sperti ungkapan “ jika ada daging yang segar, bersih, suci dan
halal kenapa pula ingin makan daging yang busuk, kotor, jejek, haram dan
berdosa besar’.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.