RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 16 September 2015

Sentiasa membentuk sifat positif dan istimewa.



Kebenarannya telah terbukti, dimana saya telah mengamalkannya dengan mengambil beberapa tindakan yang boleh memberi keyakinan kepada isteri bahawa suaminya adalah seorang yang “istimewa” kerana mempunyai keistemewaan tersendiri.

Saya telah melakukan beberapa tindakan berikut untuk menonjolkan diri sebagai seorang suami yang amat istimewa di kaca mata isteri. Sebenarnya perkara ini bukan dirancang, tetapi telah menjadi perangai peribadi saya semnjak remaja lagi.

“Ayang paling respect abang, kerana  tidak merokok’. Luah isteri kepada saya semasa kami dalam mood ‘Berbulan Madu’ dulu.

Sememangnya saya ditakdirkan tidak merokok, kerana bagi saya merokok adalah merugikan dan perbuatan sia-saia. Mana tidaknya mulut berbau, boleh menyebabkan penyakit paru-paru seperti batuk, dan lebih serius kanser. Lagipu mengikut pandangan ulamak merokok adalah makruh, malah ada yang memfatwakan merokok adalah “haram” di sisi Islam.

Bila sebut tentang rokok. Di minda saya sering teringat satu peristiwa yang menyayat hati, dimana pada suatu hari berkebetulan saya pergi ke hospital untuk menziarahi sahabat yang sakit. Semasa di dalam lif saya tersempak dengan seorang kawan lama. Kawan serumah sewa semasa kami menutut di sekolah menengah tahun 60an dulu. Aziz namanya.

“ Assalamualaikum, you aziz bukan” saya menegerunya. Dia agak terperanjat.
“ Waalaikumussalam. Nik ke, tak perasan tadi”. Dia membalas teguran saya dengan memberi isyarat tangan kerana suaranya tidak kedengaran dengan jelas.
“ Kenapa dengan you ziz”. Saya cuba dapat penjelasan.
“ I dah lama sakit kanser kerongkong, doktor telah buang sebahagian dari kerongkong saya”. Sambil tangannya menunjukkan kearah tengkak yang berbalut dengan plaster.
“ Kotak suara saya dah rosak” suaranya bunyi perlahan seperti orang berbisik dan parau.
Saya menganggukkan kepala tanda faham dengan apa yang di cakapkannya. Saya masih ingat di masa kami tinggal serumah sewa dahulu dia adalah di antara perokok tegar. Hisab rokok lebih sekotak (20 batang) sehari. Sekarang ini telah dapat kesanya yang amat perit untuk di tanggung. Tapi apa boleh buat semuanya telah berlaku, terpaksalah dia menanggung akibatnya.”Nasi sudah menjadi bubur”

Alhamdulilah sifat saya yang tidak merokok telah menjadikan ikutan anak-anak sehingga kini, ke empat-empat orang anak lelaki saya memang tidak merokok. Ini adalah satu keistimewaan keluarga kami. Malah dua orang menantu saya yang merokok pun tidak akan merokok apabila datang ke rumah kami. Jika mereka ingin merokok mereka akan keluar rumah dan hisap secara bersembunyi.

Satu lagi keistemewaan yang  Allah berikan kepada saya ialah sering membantu isteri memasak di rumah. Membantu memasak pelbagai manu masakan untuk keluarga adalah hobi saya semenjak masih remanja lagi. Ini adalah kerana saya suka membantu ibu memasak di dapur, terutamanya pada hari “pasar minggu” dimana ibu sibuk melayan pelanggan di kedai runcit kami, jadi sayalah disuruh  masak nasi dan lauk untuk  adik-adik.

“ Han tolong masak nasi’. Arah ibu kepada saya pada satu hari minggu.
“ dah jam 3 petang ni, che tak sempat, ramai pelanggan”.
“ orang tak reti masak”. Saya menyahut suruhan ibu.
“ Nanti che tunjukkan caranya”. Sambil ibu mengambil beras dari dalam bekas simpanan.
“ basuh beras beberapa kali, bila dah bersih, masukkan air kedalamnya dan pastikan air tidak banyak sangat, setakat hujung jari ini, ok lah” sambil ibu menunjukkan cara memasak nasi kepada saya satu masa dahulu.

Semenjak dari peristiwa itu,saya boleh memasak nasi dengan sempurna
“ Siapa masak nasi ni” tanya ayah.
“ siapa lagi, anak jantan abang seorang tulah” ibu menjawab sambil senyum memerhati kearah saya. Saya senyum. Terdetik di hati “ aku dah pandai masak nasi sekarang”. “Nanti akan buktikan bahawa lelaki pun boleh masak” timbul ego diri  bila di puji.

Saya rasa begitu gembira sekali kerana pandai memasak, lebih-lebih lagi bila di puji oleh ibu dan ayah .Begitu jugalah dengan memasak lauk-pauk. Saya masih ingat bagaimana mula belajar masak ikan singgan.
“ Han, tolong che masak ikan singgan” ibu meminta saya memasak.
“ orang tak reti” jawab saya.
“ nanti che ajar” ibu memberi respon.
“ Masukkan ikan, bawah puteh dua ulas, asam gelugur 2 keping, lengkuas se inci di hiris, garam secukupnya dan sedikit gula” ibu mengajar saya masak ikan singgan pada tahun 70an dulu.
Pada kali pertama saya masak garam agak terlebih sikit.
“ huh masin sikit singgan ni” ayah bersuara semasa makan.
“ orang masak tak pandai’. Saya menyapuk sambil tunduk malu.
“ tak apa baru belajar, bila dah biasa nanti sedaplah tu” ibu cuba memberi keyakinan kepada saya.
“ Insya Allah” jawab ku. Ayah kelitan tersenyum.

Ibu  sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya mampu memasak pelbagai manu masakan. Terima kasih ibu yang mengajar saya sehingga pandai memasak.

Kini talent memasak pelbagai menu masakan telah menjadi idola kepada anak menantu dan cucu saya. Telah menjadi kelaziman apabila mereka  hendak pulang ke kampong, mereka akan telefon lebih awal supaya “Tok Ayah” sediakan masakan serperiti nasi arab, nasi goring ikan masin,ikan patin masak cili api tempoyak dan sebagainya.

“ Dady, petang ni along akan balik kampong,  tolong masakan nasi arab, abang Shah nak makan, Hari Raya tempoh hari dia tak sempat makan”. Along telefon saya.
“ok lah” jawab saya.
Lantas saya bergegas ke dapur untuk menyediakan masakan yang di ‘oder’ oleh along.

Suasana sebegini boleh dikatakan rutin bagi saya setiap kali anak-cucu pulang bercuti di kampong. Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini setelah saya pencen dari jawatan inggal di rumah sepenuh masa.Sememangnya hobi saya adalah memasak.

Sekarang ini saya amat bersyukur kerana keistimewaan pandai memasak itu, telah memudahkan kerja saya seharian untuk menyediakan masakan untuk keluarga setelah isteri sakit lumpuh. Mungkinkah ini sebagai bukti bahawa Allah tidak membebankan hamba-Nya.Setiap kejadian dan dugaan-Nya adalah sepadan dengan kemapuan hamba-Nya. Allahu  Akbar.
Seperti mana firman-Nya :
لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا‌ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَه عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا‌‌ۚرَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه‌ ۚ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلٰنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
Artinya : “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.”
 (Al Baqarah : 287)

Satu lagi keistimewaan yang saya dapat tunjukkan kepada isteri ialah apabila dia bersalin, saya akan mempastikan aktiviti untuk menjaga bayi semasa dalam pantang dilakukan olih saya sendiri. Ini telah saya lakukan semenjak kelahiran anak pertama kami pada tahun 1981 lagi.

“Abang tolong mandikan baby boleh tak, ayang takutlah nanti terseliuh” minta isteri .
“ Boleh, tak jadi masalah, abang dah biasa jaga anak saudara dua tiga orang” jawab ku pantas demi meyakinkan isteri.
“ Pandailah abang mandi baby,pegang sebelah tangan je” puji isteri semasa saya memandikan baby.
“ Eh, tengok sapa pulak, ni kan abang yang serba boleh” saya cuba meyakinkan isteri disertai dengaa perasaan ego lelaki. Isteri melihat dengan senyuman sinis gelagak saya yang cakap besar tu.
Semenjak hari itu, saya akan ruangkan masa utuk pulang ke rumah memandikan baby pada jam 10 pagi, saya ambil masa minum tea pejabat setiap hari. Mujurlah kuaters yang kami diami berhampiran dengan pejabat, lebih kurang 3 minit berjalan kaki sahaja jaraknya.

Tindakan ini telah menyebabkan timbul keintiman  hubungan suami isteri. Isteri begitu terhutang budi kepada saya yang sanggup membantunya untuk menjaga bayi dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak.  Isteri begitu bangga mempunyai suami yang rajin membantunya melakukan kerja rumah.

“ ayang sangat terima kasih kepada abang, susah nak dapat suami yang perihatin macam ni” isteri memuji saya sebaik sahaja saya selesai memandikan baby.
“ usah puji sangat nanti naik daun pulak”.
“ Betul ni bang, ikhlas ”

Saya hanya menganggukkan kepada sambil tersenyum sahaja. Dalam minda terbit perasaan bahwa memang dah menjadi tanggung jawab suami melakukan itu semua, jika tidak mampu lakukan sendiri mestilah mencari pembantu rumah untuk melakukannya.. Itulah yang di ajar oleh Islam, tapi ramai suami yang tidak ambil peduli perkara ini, lagipun budaya masyarakat Melayu yang menetapkan bahaw semua urusan rumah dilakukan oleh isteri. Apa lagi lelaki ambil kesempatanlah.

Tindakan saya membantu isteri semasa dalam pantang itu amat memberi kesan mendalam kepada isteri memandangkan majoriti suami di Malaysia tidak akan membantu kerja isteri di rumah. Lebih menyedihkan lagi masyarakat Melayu menganggap lelaki yang membantu kerja rumah adalah seorang yang dayus atau dikatan sebagai “queen control”.

Kefahaman ini adalah jauh tersasar dari ajaran Islam yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasulullah sentiasa membantu isteri-isterinya melakukan kerja rumah. Sepatutnya suami akan berbangga jika dia dapat membantu isteri membuat kerja rumah kerana perlakuan sedemikan adalah mengikut sunnah nabi. Gangaran pahala menanti di akhirat kelak. Alangkah beruntungnya bagi suami yang ringan tulang membatu isteri di rumah.

Dalam membina sikap positif di kalangan suami sebagai peneraju rumah tangga, suami mestilah tidak berputus asa apabila di uji dengan kerumitan dan kesulatan. Amalan saya dalam kes sebegini ialah sentiasa berlapang dada apabila di uji dengan kesusahan dan penderitaan. Umpamanya dalam mengharumi liku-liku kehidupan ini saya beberapa kali di timpa saat getir sepeti sakit lutut pada tahun 1984,  Saya difitnah sebagai dalang konspirasi penswastaan sebuah agensi kerajaan tahun 2000. Isteri mengalami lumpuh (sebelah tubuh) pada tahun 2001, saya dijadikan kambing hitam dalam episode perebutan kuasa di sebuah syarikat 2002 – 2006. Semua peristiwa getir itu saya lalui dengan hanya bergantung kepada ketentuan dan takdir Allah. Saya tidak pernah lemah semangat, malah akan cuba sedaya upaya untuk menghadapi segala cubaan dan ujian getir itu dengan penuh berlapang dada, saya tidak menyalahkan kepada orang lain dalam apa jua kerumitan yang saya alami itu, saya lebih menjurus kepada ketentuan Allah yang melakukan semua itu untuk menguji hamba-Nya yang serba kekurangan ini. Mungkin itu semua adalah kifarah Allah terhadap segala dosa-dosa saya di masa silam. Astarfirrulahhalazim.

Ujin paling getir berhubung dengan sikap positif saya adalah pada bulan mac 2000 apabila iisteri tercinta telah lumpuh sebelah tubuh kanan,  menyebabkan ianya perlu bantuan saya sepanjang masa untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Isteri yang pada pandangan saya cantik jelita tiada tandingnya sebelum ini telah menjadi OKU. Walau bagaimanapun saya dapat menerima hakikat itu, dengan meletakkan sudah pasrah dari Allah. Saya menerima dengan hati terbuka dan seadanya. Kini telah melewati masa hampir 15 tahun kehidupan kami suami isteri masih utuh dan cinta setia kami masih mekar semarak setiap masa. Alhamdulillah. Sebenarnya saya sendiri tidak menduga dapat menghadapi ini semua dengan tabah dan fikiran yang terbuka. Dahulunya saya hanya berteori tentang sifat positif bila memberi kuliah berkaitan dengan pengurusan projek kepada peserta Kurusu di Institute Tadbir Awam Negara (INTAN). Kini saya sendiri telah di uji bagaiman untuk menjadi seorang yang positif dalam menempuh liku-liku hidup di duni fana ini.

Alhamdullilah sifat positif yang dapat saya bentuk dalam jiwa saya merupakan satu anugerah yang diberikan oleh-Nya kepada saya. Atau berkemungkinan kerana saya telah biasa menghadapi ujian sebegini semenjak kecil lagi, maka apa jua uijan yang dialamai dapat saya hadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan dengan izin dan hidayah Allah..

Pengajaran dan iktibar:

1.      Setiap orang mempunyai potensi diri (kelebihan semulajadi anugerah Allah) jika potensi diri ini digunakan sebaiknya akan  menjadikanya seorang yang berjaya dalam kehidupan. Jika kita dapat mengcukil potensi diri yang positif untuk dijadikan perilaku yang baik dalam kehidupan seharian kita, ianya akan memberi impak yang amat baik kepada rakan dan masyarakat yang menganggap kita adalah seorang yang berperinsip dan berintergriti.

2.      Jika kita melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan penuh tanggung jawab, ianya tidak akan membebankan. Sebaliknya jika kerja itu berkaitan dengan membantu orang lain Allah akan beri  hidayah dan keberkatan. Aapabila kita sentiasa ringan tulang untuk membantu orang lain, Allah akan memberi kemudahan kepada kita untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi oleh kita, kerana akan ada insan lain yang akan membantu untuk atasi kesusahan kita itu. Begitulah ketetapan yang telah Allah janjikan, 

3.      Setiap kerja yang dilakukan dengan rela hati dan penuh keiklasan saban hari, lama kelamaan akan menjadi tugas rutin yang menyeronokkan. Bilai Susana sebegini  wujud dalam peribadi seseorang, kerja yang berat menjadi ringan, malah akan timbul persaan tidak selesa bila tidak  menjalankan kerja berkenaan.

4.      Jika suami  begitu rajin membuat kerja-kerja rumah akan memberi kesan kepada anak-anak terutamanya  anak perempuan menjadikan mereka mempunyai sikap malas. Oleh itu usaha kita membantu isteri lakukan kerja rumah perlu berpada-pada. Anak-anak juga perlu diberi tugas masing-masing untuk sama-sama mengurus rumah tangga. Perlu diadakan mesyuarat keluarga untuk mendapat persetujuan bersama, selapas itu akan dipastikan semua tugas dapat dilakukan dengan harmoni dan seikhlas mungkin. Lama kelamaan akan wujud budaya dikalangan ahli keluarga bahawa setiap orang ada tanggungjawab dan peranan masing-masing. Situasi persefahaman ini akan membentuk persekitaran keluarga yang bahagia. Insya Allah…

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.