RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 17 September 2015

Mendidik isteri dengan memberi nasihat secara hikmah.



Menegur dan mendidik isteri merupakan tanggung jawab suami, jika suami tidak memberi teguran kepada isterinya yang melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum-hakam dalam Islam, suami akan mendapat dosa dan dihukum di depan Allah di akhirat kelak.,

Sunggpun begitu suami perlu mempunyai kemahiran untuk menegeru isteri supaya tegurannya dapat memberi didikan dan kefahaman kepada isteri di samping ianya tidak menyinggung perasaan isteri. Jadikan tindakan dan amalan kita sebagai contoh teladan yang cemerlang.  Berkomunikasilah dengan cara lemah lembut dengan isteri dan keluarga. Elakan cakap tak serupa bikin. Diri kita sendiri mestilah menjadi contoh teladan yang cemerlang barulah segala teguran membina untuk memperbaiki segala kesilapan isteri atau anak-anak akan berkesan.
Rasulullah SAW telah mewasiatkan agar berbuat baik kepada kaum wanita, berlaku lemah lembut & sabar atas segala kekurangannya, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk lelaki yang paling bengkok.
Rasulullah SAW bersabda:
“Artinya : Barangsiapa yang beriman kepada Allah & hari Akhirat, janganlah ia menyakiti tetangganya. Berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk & tulang rusuk yang paling bengkok di bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau membiarkannya, ia akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berwasiat-lah kepada wanita dengan kebaikan.” [Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5185-5186) & Muslim (no. 1468 (62)), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.]
Bagi saya untuk menegru isteri sememangnya saya berhati-hati dan penuh himah, kerana saya sudah mengenali perangai isteri yang sensitif dan mudah tersinggung. Jika saya bercakap dengan suara yang agak tinggi sahajapun dia telah berlinangan air mata dan merah hidungnya.

“ Sayang mari tengok ni” sambil memegang majalah dan menunjukkan gambar wanita bertudung.
“ abang lihat dia makin cantik bila bertudung, ayu dan anggung’’ saya melihat isteri dengan penuh kasih sayang.
“ ayang kalu pakai tudung lagi cantik macam bidadari” saya memuji isteri.
“ abang ni perli ke” isteri mecelah.
“ tak lah serious ni , abang ikhlas, memang nampak lebih catik bila bertudung”.
Isteri merunung kepada ku dengan seribu persoalan. Saya senyum kepada isteri yang kelihatan serba salah.

Itulah diantara dialog saya dan isteri semasa saya mencadkangkan supaya dia bertudung pada tahun 80an dulu. Memang pada masa itu amat jarang wanita yang bertudung, malah mak aji yang balik dari mengerjakan haji pun hanya pakai kain tudung nipis, tidak seperti tudung yang sepatutnya sebagaimana di syariatkan Islam. Maklum lah pada masa itu kejahilan masih menguasi masyarakat berbanding kesedaran keimanan dan ketaqwaan.

Saya pernah terbaca kisah bagaiman Rusulullah menegur isterinya. Ketika Rasulullah merasai sedikit minuman yang isterinya Saidatina Aisyah RA hidangkan,
Rasulullah tersenyum.
Saidatina Aisyah yang memerhati suaminya minum
kehairanan...
“Wahai Rasulullah...kenapa engkau senyum...?"

"  Saya masih teringat lagi...kisah masa kita baru mendirikan rumahtangga..." iaitu kebiasaannya masa itu

Rasulullah selalu berkongsi makan minum dalam satu bekas dengan isterinya...
“Sebagai seorang isteri yang sayang kepada suaminya,ia merupakan kenangan yang indah...
...dan alangkah indahnya pula jika ia dapat di ulangi lagi” kata Rasulullah   SAW
...Saidatina Aisyah mencapai gelas Rasulullah tadi...dan minum...ia sedikit tersentak..
...rupanya minuman manis yang dihidangkannya pada  suaminya terasa masin...tersalah bubuh garam...

dan suaminya masih senyum.
Itulah gambaran bagaiman hikmahnya Rasulullah SAW menegur isteri[A1] nya apabila melakukan kesilapan. Contoh sebegini perlu di ikuti oleh semua suami apabila ingin menegur isteri bila mereka melakukan kesilapan.

Amalan mengkritik isteri dengan penuh hikmah dan kasih sayang ini ianya telah  lama dilakukan oleh saya semenjak awal perkahwinan kami  lagi. Saya sememangnya  tahu bahawa isteri mempunyai sifat mudah tersinggung dan  sensitif apabila medapat kritikan atau teguran dari saya. 

Sebagai satu contoh bagaimana saya  telah memujuk isteri saya yang tidak memakai tudung pada ketika kami baru kahwin dahulu. Sememangnya saya berhasrat  supaya isteri memakai tudung sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Mengarahkan  isteri supaya memakai tudung oleh seorang suami adalah satu fardu yang perlu dibereskan jika tidak mahu di gelar sebagi suami dayus yang akan mendapat azab neraka yang amat pedih. Untuk itu sebagai seorang suami yang komited terhadapt perintah Allah, saya  dengan penuh tanggung jawab  untuk menjaga kerukunan rumah tangga yang telah dibina, saya sangat berhati-hati dalam mencari ruang untuk memaklumkan kepada isterinya supaya memaki tudung hijab. Maklulamlah pada masa itu 80an masih sedikit wanita yang berhijab, malah keluarganya sendiri masih ramai yang tidak berhijab ( pada masa itu masyarakat masih jahil dan tidak bergitu sensitif tentang amalan menutup aurat sebagaimana disyariatkan.

Bagaimana saya telah menasihatkan isterinya supaya memakai hijab?.  Saya terpaksa mencari satu masa yang paling sesuai untuk memberi nasihat kepada isterinya.  Ditakdirkan Allah pada tahun 1983 iatu pada pertengahan bulan June. Saya telah ditakdirkan Allah mengidap  penyakit bengkak sendi lutut sebelah kanan. Penyakit yang saya alami itu merupakan kesan penyakit lama yang pernah saya alami pada tahun 1969 dahulu .Saya telah dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan yang memakan masa selama satu bulan. Setelah discaj diikuti dengan rawatan lanjutan dirumah selama 5 bulan. Doktor telah memberi cuti sakit selama 6 bulan. Kaki kanan terpaksa dibalut dengan simen “Plaster of Paris”( POP) selama satu tahun . Setelah tamat tempoh cuti sakit 6 bulan, saya terpaksa pergi bekerja dengan mamakai tongkat.

Dengan suasana keuzuran yang begitu ketara sekali,  saya telah mengambil kesempatan untuk menasihati isterinya supaya memakai hijab.

Semasa mula-mula membuka mulut untuk meminta isteri memakai hijab.
“ Ayang, abang ada satu masalah nak cerita kepada ayang”
‘ Apa dia cakap lah” isteri response.
“ Abang pernah berniat semasa di hospital dahulu”
“ Nia apa tu bang” nak kahwin satu lagi”. Isteri mengusik.
“ Esssh, manalah ayang ni, kaki dahlah sakit nak jalan pun tak larat, mahu tambah kouta pula” saya jawab sepontan.
“ Mana lah tau, dan keluar hospital ni,takut-takut ada hati’.
“ sebenarnya abang ada berniat semasa di hospital dulu, jika Allah sembuhkan sakit dan dapat keluar dari wad hospital, abang nak minta ayang pakai tudung hijab”.  Saya cuba memberi penjelasan.
“ Oooo niat tu” jawab isteri.
“ Macam mana, setuju tak” saya tanya isteri.
“ tengoklah sehari dua lagi”.
“ Kalau boleh secepat mungkin, kerana abang dah berniat dengan Allah. Itu tanda kesyukuran kita kepada hidayah-Nya yang membolehkan abang keluar wad segara dan sakit semakin baik”. Saya cuba menyakinkan isteri.
Secara emosional saya memberi kesedaran kepada isteri bahawa kesakitan dan kesusahan yang   oleh  kami berdua (suami isteri) mungkin Allah hendak memberi pengajaran kepada kami.
Saya membeitahu kepada isteri yang disayangi;
“Ayang, mungkin kesakitan yang abang alami ini adalah disebabkan Allah murka kerana abang tidak minta ayang pakai tudung yang sepatutnya untuk menutup aurat sepenuhnya”. Saya bersuara semasa kami berdua bersiap untuk tidur,
“ Mungkin juga, tetapi orang lain masih ramai yang tak tutup aurat tak pun kena musibah” isteri mencelah.
“ Kita yang  diberi musibah mungkin Allah sayang kepada kita, Dia nak suruh kita sedar dan bertaubat di atas segala dosa-dosa sebelum ini”. Saya cubah nasihati isteri.
Isteri terdiam sambil menundukkan mukanya ke bawah,
“Abang rasa kita perlu hisbah diri, chek mana yang tak kena”
“ Betul juga cakap abang tu” isteri telah menampakan keinsfan.
“ Kalau macam tu mulai hari ini ayang pakai tudung hijab ya  sayang”
“Insya Allah”.
“Alhamdulilah”, saya bersyukur, kerana dengan nasihat berkenaan isteri  telah mula memakai hijab setiap kali keluar rumah, dan ianya telah mejadi satu amalan sehingga ke hari ini.

Satu sifat buruk isteri adalah seorang terlampau sensitif, jika tersilap cakap ianya boleh merajuk serta merta sahaja, air mata akan mengalir dan hidung berwana kemerehan. Ketika dia merajuk sukar untuk di pujuk secara percakapan normal, saya terpaksa mencari akal untuk melakukan sesuatu bagi membolehkan ianya di pujuk kembali.

Pernah pada suatu hari saya baru sahaja membeli kereta untuk kegunaan keluarga. Ianya adalah kereta yang pertama dalam kehidupan kami, setelah dipakai untu tempoh tiga hari, saya dan isteri hendak ke kedai membeli makanan untuk makan malam. Semasa isteri menaiki kereta dia terbawa bersama seliparnya sedikit pasir, dengan sepontang saya berkata denga nada agak kuat,
 “Sebab apa tak ketuk selipar dahulu sebelum masuk kereta”.

Bila saja mendengar tegeran saya, isteri dengan serta merta keluar dari kereta dan naik semula ke rumah dan terus masuk bilik dan menangis. Saya tergaman dan timbul kekesalan di hati bahawa tersalah tegur tadi. Saya cuba memujuknya dan meminta maaf.
“ ayang, abang minta maaf lah”.Isteri masih membisu.
“abang tak marah, Cuma bagi tahu je, jangan merajuk lah”. Saya cuba pujuk.
Tapi isteri membatu diri dengan tidak berkata apa-apa sambil menagis terisak-isak. Untuk memulihkan suasana tegang itu saya terpaksa membuat ”joke”, “ KEKASIHKU MARAH-MARAH,MARAH-MARAH LAGI”sambil kedua-dua belah tangan memeluk erat isteri dari belakang, dan seterusnya berbisik ” sayang abang minta maaf, bukan maksud abang untuk marahkan sayang tadi”

Cara begini terpaksa saya amalkan kerana ianya dapat menyejukkan suasana yang panas dan tegang secra emosi yang di alami oleh isteri akibat daripada pecakapan saya dengan nada suara yang tinggi. Oleh kerana saya yang mulakan perbuatan yang boleh menyinggung dan terguris hati isteri, kita sebagai suami terpaksa mengambil tindakan pantas untuk meredakan perhubungan dengan isteri. Pengalaman saya dalam memujuk isteri cara begini amat berkesan, kerana tabiat wanita apabila lelaki datang meminta maaf dia akan cepat sejuk hati, kerana baginya memperlihatkan dia disebelah yang benar dan lelaki yang bersalah, apabila kita memohon maaf egonya sebagai seorang manusia yang di katakana lemah, telah dapat menundukkan lelaki yang dikatakan kuat.



Pengajaran dan ikhtibar:

1.      Islam sememangnya mengajar umatnya supaya memberi nasihat kepada seseorang supaya ianya berubah kepada kearah yang lebih baik dan meninggalkan  segala amalan yang bercanggah dengan hukum syarak, nasihat hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah dan saksyiah. Contoh bagaiman Rasulullah SAW menegur isterinya apabila melakukan kesilapan patut di contohi oleh semua suami.
2.      Teguran secara berhemah akan membolehkan kita mendekati dan menghayati perasaan mereka yang ingin kita tarbiahkan. Dengan itu mereka boleh menerima dengan hati terbuka segala teguran yang membina, Insya Allah, akhirnya mereka dapat menerima teguran secara positif, bila ini berlaku mudahlah bagi merka untuk mengikuti nasihat dan teguran yang kita kemukakan itu. Teguran secara bijaksana dan hikmah adalah dianjurkan oleh Islam.

3.      Jika teguran secara kasar dan tidak berhemah, boleh menyebabkan  yang ditegur itu terguris hati, juga akan timbul tindakan “negative react” sebagai tada mereka protes kepada kita. Jika ini berlaku akan wujud suasana perhubungan yang tegang diantara kedua-dua pihak. Akhirnya akan berlaku suasana tidak tenteram dalam keluarga. Sudah pasti semua pihak dalam keluarga berkenaan mengalami stress.  Jika suasana sebegini berterusan ia boleh membawa kepada keruntuhan istana rumah tangga akhirnya. Adakah kita mahu suasana sebegini berlaku dalam rumah tangga kita?.








 [A1]

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.