Pernah saya diajukan soalan bagaimana amalan membantu isteri
membuat kerja rumah telah menjadi tugasan rutin. Sebenarnya pada mulanya saya melakukan perkara ini adalah
kerana kesian melihat isteri yang ‘alahan’ semasa mengandung anak sulung kami.
Kerana ditakdirkan kami berdua begitu subur sekali, setelah berkahwin satu
bulan isteri saya telah hamil dan sering
pening dan muntah-muntah, tak berselera nak makan.
“ Ayang tak payah masak untuk abang, nanti abang boleh masak
untuk kita, abang bimbang jika ayang pening dan terjatuh di dapur nanti
kandungan tu gugur” saya menasihati isteri.
“ Abang kan pandai memasak, apa nak susah kan diri, yang
penting kandungan anak sulung kita tu perlu di jaga sebaiknya, ok.” Saya
meyakinkan isteri.
“ OK lah, saya menurut perintah “Tuanku” .isteri berjenaka.
Pada mulanya timbul perasaan kesihan yang amat sangat, saya
sentiasa membantu kerja rumah seperti menyiang ikan, membersih sayur, mengosak
kain-baju, mencuci dapur, mencuci halaman rumah. Memasak nasi dan lauk pauk untuk
dimakan olih seisi keluarga terutamanya pada hari cuti hujung minggu atau hari
cuti umum.Rutin ini menjadi satu tugas berterusan setelah mendapat anak kedua,
ketiga ,dan seterunya hingga anak ke tujuh. Malah hasrat awal hanya untuk membantu isteri bagi
meringankan kerja-kerja rumah, telah menjadi tugas yang utama kepada saya
setelah isteri menjadi lumpuh sebelah tubuh dan berterusan sehingga kini.
Allah Maha Mengetahui, Dia memberi pasangan saya dan isteri
adalah yang terbaik, dan segala musibah dan ujian yang kami terima adalah yang
mempu di hadapai oleh kami. Buktinya Dia menarik nikmat tangan isteri sebelah
tubuh yang mengakibatkan susah untuk lakukan kerja-kerja rumah terutama memasak
kerana saya sememangnya tahu memasak semenjak remaja lagi.
Allah tidak akan membebankan manusia dengan dugaan yang diluar kemampuannya.
Sebagaimana firman-Nya
لاَ
يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا
اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَاۚ
رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَه عَلَى الَّذِيْنَ
مِنْ قَبْلِنَاۚرَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه ۚ
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلٰنَا فَانصُرْنَا عَلَى
الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
Artinya : “Allah tidak
membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran
untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang
diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum
kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
membebani kami tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang
sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak
kuat menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah
kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.”
(Al Baqarah : 287)
Dipermulaan ayat ini Allah swt telah berfiman dengan jelas bahwa : لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Jadi Allah swt tidak membebani hamba-hamba-Nya diluar batas kekuatannya atau kemampuannya. Setiap orang diwajibkan untuk mengamalkannya sesuai kemampuan dan kekuatannya itu sehingga dia akan menerima ganjaran bila dilaksanakan atau dia akan mendapat hukuman jika tidak dilaksanakannya.
Dipermulaan ayat ini Allah swt telah berfiman dengan jelas bahwa : لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Jadi Allah swt tidak membebani hamba-hamba-Nya diluar batas kekuatannya atau kemampuannya. Setiap orang diwajibkan untuk mengamalkannya sesuai kemampuan dan kekuatannya itu sehingga dia akan menerima ganjaran bila dilaksanakan atau dia akan mendapat hukuman jika tidak dilaksanakannya.
Mulai pada tarikh 2 Mac 2001 setelah isteri menjadi lumpuh, saya
terpaksa melakukan kesemua akativiti penjagaan diri isterinya seperti, menyuapkan makan dan
minuman, mandi manda, mebersih diri semasa baung air kecil dan besar, memakai
pakaian, mengambil wudu dan memakai kain
telekung semasa hendak solat lima waktu.
“ Ayang kesian melihat abang lakukan semua kerja rumah”
isteri berbisik kepada saya dengan lenangan air jernih keluar dari kelopak
matanya. Saya hanya membisu sahaja sambil memerhatikan isteri dengan penuh
sedu.
“ Apa nak di risuakan, abang boleh memasak, kerja-kerja lain
tu bukannya susah sangat” saya cuba mengubatI hati isteri yang sedih itu,
‘ ayang rasa bersalah kerana tidak dapat melakukan itu semua
seperti dulu”
“ tak usah dirisaukanlah sayang, ini semua dah takdir Allah
kepada kita” aku cuba memujuk isteri.
Isteri diam membisu sembil mengesat air mata yang membasahi
pipinya. Di benak hatiku terfikir bahawa ujian Allah yang selalu menimpa diri
ku dan keluarga adalah satu anugerah. Kerana dengan adanya musibah dan dugaan
seperti ini saya telah diuji degan kesusahan dan penderitaan, dan dengan adanya
empisod yang menyayat hati ini, saya yang berusaha sedaya upaya untuk membantu
isteri yang sakit itu akan di beri ganjaran pahala yang memberi manafaat yang
tidak ternilai di akhirat kelak
Saya lakukan ini semuanya hampir dua tahun, setelah kesihatan
isteri semakin bertambah baik (melalui rawatan hospital dan rawatan bomoh –
tukang urut tradisional) isteri mula
boleh ke tandas dan berjalan perlahan-lahan di dalam rumah. Rakan-rakan pernah juga bertanya kepada saya, bagiamana persaan saya
melakukan kerja sebagai suri rumah dan juga tugas sebagai suami mencari nafkah
untuk keluarga ( pada masa itu saya memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan di
sebuah syarikat swasta). Saya meberi
tahu mereka bahawa, tugas yang agak berat itu menjadi rutin dan biasa sahaja
kerana saya mempunyai prinsip berikut:
1.
Dilakukan secara
ikhlas sebagai satu amanah yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut syariat
Islam. Bila dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggung jawab kepenatan dan
keletihan tiadak terasa walaupun pada masa itu umur saya telah menjangkau 50an.
Malahan timbul satu keseronokan pula di sanubari saya atas dasar ianya satu
ujian yang diberikan Allah kepada saya sebagai ketentuanNya bagi menguji sejauh mana keimanan, kesabaran
dan ketaqwaan saya.
Lagi pun dalam ajaran
agama Islam, jika kita di uji dengan musibah, kita dapat menghadapinya dengan
sabar sebagai ketentuan Allah dan reda dengannya, akan diberi ganjaran pahala
untuk ke syurga yang penuh dengan kenikmataan.
2.
Setelah timbul
kesedaran sebegini, saban hari minat saya semakin bertambah untuk melakukanya,
apabila kerja rumah sudah menjadi rutin, timbul perasaan kerajinan dan komitmen
untuk melakukan semua kerja-kerja rumah sebagai satu amanah yang diberikan
olehNya kepada saya.
3.
Saya juga mempunyai
perasaan gembira dan seronok bila menu masakan yang dibuat mendapat pujian “sedap” oleh isteri, mertua,
ibu, dan anak-anak kami. Malahan saya saban hari mengurus masa dengan begitu
berkesan sekali, ( Saya cuba mempraktikkan keadah pengerusan masa yang di ajar i
di Universiti dahulu, ( semasa mengikuti ijazah Sarjana Sains Pengurusan Projek
-1991).
Sikap suka membantu isteri membuat kerja rumah, terutamanya
memasak menjadikan ianya satu hikmah bagi saya, mungkin Allah telah mengtakdirkan diri saya
suka memasak dan akhirnya mampu memasak pelbagai menu masakan, dan Allah telah
menguji diri saya dengan memberi kesakitan kekal kepada isteri selepas menjalani pembedah kepala untuk
membuang darah didalam otak pada 2 Mac 2001, seluruh tangan dan kaki sebelah
kanan isteri telah lupuh (OKU). Semenjak tarikh itu saya telah mengambil alih
segala tugasan rumah terutama kerja-kerja memasak di dapur untuk makanan
seharian kami sekeluarga. Sehingga kini tugasan itu telah menjadi rutin
seharian dan saya begitu bersyukur di atas rahmat Allah yang memberi ketabahan,
kesabar dan keikhlasan untuk melaksanakan kerja-kerja rumah yang saya ambil
alih dari isteri dan dapat di sempurnakan, kini telah mengjakau masa hampir 15
tahun.
Melihat kepada kesabaran dan ketabahan saya itu dalam menjalani
bahtera rumah tangga, saya sentiasa berdoa agar Allah terus memberi hidayah kepada saya
itu untuk terus berkhidmat kepada isteri, ibu dan ibu mertua, anak-anak dan cucu-cucu kami.
“ Abang saya memang
rajin dan pandai memasak” adik bongsu bercerita kepada rakannya.
“ Semasa saya kecil dahulu, abanglah yang menyediakan makan
untuk kami adik beradi, masa tu mak dan ayah pergi tunai haji di Mekah, saya
baru darjah satu dan kakak darjah empat.”
“ Saya memang terhutang budi kepada abang”.
Saya berkebetulan mendengar perbulan itu senyum sendirian
tanda kesyukuran kerana adik bongsu mengenang jasa saya yang tak seberapa.
Bersyukur kepada Allah yang mengurniakan segala kebolehan itu kepada saya.
Alhamdulillah.
Sikap saya yang ringan tulang untuk melakukan kerja-kerja
rumah sebagai satu tugas rutin seharian, telah menyebabkan timbul sikap negetif
kepada anak-anak kami. Natijah dari sikap saya yang gemar membuat kerja-kerja
di dapur menjadikan anak permpuan kami, terutama anak yang bongsu mempunyi sikap
lepas tangan untuk melakukan kerja di dapur, Biasanya dia akan
melengah-lengahkan kerja, menyebabkan saya yang sentiasa melakukannya. Sekali
sekali timbul juga perasaan marah di hati saya. Tapi bila dihalusi kembali
bahawa timbul sikap sebegitu adalah salah didikan saya sendiri semasa anak-anak
kecil dahulu, Saya tidak begitu mengalakan mereka melakukan kerja-kerja memasak
di dapur.
Oleh itu para ibu bapa yang mempunyai anak perempuan perlu
memberi tugas kepada anak-anak mereka untuk berjinak-jinak dengan kerja-kerja
rumah bagi memberi pendedahan dan membiasakan dirinya sebagai persiapan untuk
masa dewasa kelak.
Pengajaran dan
iktibar.
1.
Suami sepatutnya
membantu kerja-kerja rumah isterinya, kerana tindakan sebegini akan dapat
menambah kasih sayang isteri kepada suami. Perbuatan sebegini pernah dilakukan
oleh baginda Rasullah SAW. Membantu kerja-kerja rumah adalah sunnah.
2.
Jika si suami sentiasa
membantu kerja rumah, seperti memasak, akan menjadi kemudahan kepada suami
untuk menjalakan kerja memasak makanan untuk keluarga jika berlaku keadaan
kecemasan di luar jangkaan, umpamanya isteri jatuh sakit sekali-sekali, atau isteri
ditimpa kesakitan yang berpanjangan;
3.
Suami yang pandai
memasak akan menjadi idola kepada anak-anak mereka, mereka akan belajar masak
untuk diri mereka sendiri pada mulanya, dan lama kelamaan akan menjadikan hobi
pada masa lapang, kepandaian periadi
seseorang lelaki dalam bidang masakan akan menjadikan kehidupan mereka menjadi
mudah apabila mereka berumah tangga dan berkeluarga kelak.
4.
Suami dan isteri yang
sama-sama pandai masak akan dapat mengurangkan kekerapan keluarga makan di luar. Makanan yang disedikan sendiri
di rumah adalah lebih murah dan kebersihannya adalah terjamin. Faedahnya dapat
menikmati makan yang sedap dan bersih dengan
harga yang jauh lebih murah.Lebih baik lagi apabila semua keluarga makan makanan yang disediakan oleh suami atau
bapa sekali sekala. Makan yang disediakan oleh air tangan bapa adalah lebih
barakah, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.