Islam
meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua,justeru
tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki.Mengabaikan
penjagaan mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Kesejahteraan
rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap
ibu bapa mertua.Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan
menjadi kurang selesa disebabkan ibu
sendiri di abaikan oleh si suami.Tegasnya,kedudukan ibu bapa sendiri dan
mertua adalah sama tidak kira mertua berstatus apa sekalipun,sama seprti tanggungjawab
anak terhadap ibu bapanya.
Bagi
sesetengah pasangan,permasalahan hubungan antara menantu dan mertua
seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri.Meskipun
di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal sebunbung dengan
mertua,namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak
lagi terjadi.Hal ini mengimgatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah
keluarga,maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling
berinteraksi,contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau
nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.
Sebagai seorang yang
membesar dengan didikan agama oleh ayah dan ibu, saya sememangnya mempunyai hasrat
untuk amalkan akhlak yang di ajar oleh
Islam. Terutamanya sikap saya untuk memuliakan semua keluarga saya dan isteri. Dimana kami menganggap sebagai satu keluarga
setelah diijab kabulkan, maka kami berdua
dan semua keluarga kedua-dua belah pihak telah menjadi satu keluarga besar.
Umapanya saya sebagai suami tidak akan
terbatal air sembahyang jika bersentuk dengan ibu mertua, begitulah juga si
isteri tidak akan batal wududnya jika bersentuh dengan bapa mertua.
Atas hakikat ajaran
agama inilah, saya telah meletakkan status ibu, ibu mertua, bapa dan bapa
mertua adalah sama rata. Oleh itu kedua-dua mereka perlu di muliakan, kerana
syurga terletak di bawah kaki ibu. Oleh itu untuk mendapat hidayah dan keredaan
Allah dalam kehidupan kita, maka kita perlu mendapat restu dari mereka semua.
Jika amalan yang baik yang telah digariskan oleh agama Islam diikuti
akan menjadikan perhubungan keluarga sentiasa harmoni dan penuh ukhwah
Islamiah. Jadi bagi saya, amalan yang ditunjukan oleh Islam telah menjadi
sebati dengan saya dan Alhamdullihan sehingga kini pertalian diantara keluarga
sendiri dan mertua sentiasa aman damai.
Oleh kerana saya pandai
mengambil hati ibu mertua, menjadikan
ibu mertua telah tinggal bersama lebih 14 tahun semenjak isteri mengalami
kecacatan kekal selepas menjalani pembedahan kepala. Malah ibu mertua pernah
mengeluar kenyataan bahawa dia telah menganggap menantu sebagai anaknya
sendiri, kerana telah menjaga dirinya dengan sebaik mungkin dalam usianya yang
telah menjangku lebih 90 tahun.
Semenjak setahun
lepas ibu kandung saya pula datang tinggal bersama kami, oleh kerana adik saya
yang bongsu yang tinggal di Kuala Lumpur, menghadapi masalah untuk menjaga
ibunya yang telah menjangku usia lebih 80 tahun dan mula mengalami lupa ingatan
sekli sekala (nyanyok). Saya memberi tawaran untuk mengambil alih tugas menjaga
kedua-dua ibu dan mertua yang sudah lanjut usia. Alhamdulilah, dengan penuh keinsafan bagi mencapai hasrat untuk
mendapat keredaan Allah melalui berbakti kepada mereka berdua, Alhamdulilah saya
diberi kesihatan dan keupayaan oleh Allah untuk menjaga kedua-dua ibu.
Pernah saya di tanya tidakkah terasa satu bebanan untuk
menjaga kedua mereka yang telah lanjut usia, dengan senyum saya memberi jawapan
bahawa bagi diri saya tidak menjadi keberatan, malahan ianya bersyukur kehadrat
Allah yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk berbakti kepada mereka berdua
yang telah lanjut usia memandangkan Islam telah memberi tanggung jawab kepada
anak lelaki untuk menjaga ibu bapa mereka yang telah tua, dan Allah akan
memberi ganjaran pahala yang amat besar di akhirat kelak. Sebenarnya bagi
anak-anak yang tidak mahu menjaga ibu bapa yang tua adalah satu kebodohan,
kerana bukan mudah untuk mendapat pahala secara percuma setiap hari, memandangkan Islam meletakkan taraf ibu bapa
amat tinggi sekali, ajaran Rasullah mengatakan
dengan melihat ibu bapa yang telah lanjut usia dengan penuh kasihan sayang,
anak akan mendapat pahala. Apatah lagi
jika kita menjaga makan minum dan semua keperluan sehariannya, maka ganjar
pahalanya lebih besar lagi. Lagipun ibu yang kita jaga dengan sempurna akan
sentiasa berdoa kehadrat Allah supaya anaknya mendapat kerahmatan Allah pada
setiap masa.
Dengan bersikap
positif dan meletakkan persamaan taraf diantara keluarga saya dan juga keluarga
isteri, Allah telak kurniakan hidayahNya kepada saya. Sehinggakan saya boleh
menjaga, isteri yang sakit (OKU) dan kedua-dua ibu yang telah lanjut usia
dengan sempurna. Dan yang lebih menyeronokan saya merasakan begitu bertuah sekali kerana dapat berbakti
kepada mereka demi menjalankan amah Allah di dunia ini. Allahdulilah, saya kini
diberi kesihatan yang lebih baik (walaupun usianya telah melebihi 61 tahun)
mungkinkah ini semua berkat doa
kedua-dau ibunya saban hari. Wallahualam.
Pengajaran dan
ikhtibar:
1.
Sebagai suami adalah
menjadi tanggung jawab untuk menjadikan keluraga disebelah suami dan isteri
dilayan dengan adil dan sama rata. Natijah daripada tindakan keadilan ini akan
menjadikan perhubungan keluaraga dari kedua-dua belah pihak akan bertambah erat
dan penuh kasih sayang. Situasi ini akan melahirkan suasana persekitaran
kekeluargaan yang ceria dan saling bantu menbantu di antara mertua.
2.
Jika dilakukan
sesuatu perkara dengan penuh tanggung jawab dan atas dasar ingin mendapat
keradaan Allah. Ianya tidak akan menjadi satu bebanan kepada seseorang, malah
ia akan lahir keseronakan kerana inginkan kepada keredaan Allah dan ingin
mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak. Jika situasi sebegini wujud dalam
minda kita, tugasan yang berat akan menjadi ringan, dan dapat disempurnakan
secara lebih biak tanpa meraksakan sebagai satu beban. Mungkinkan ini satu rahmat Allah kerana kita mempunyai
niat yang ikhlas untuk membantu ibu yang telah lanjut usia demi mendapat
keredaanNya. Semuanya dapat disempurnakan dengan baik tanpa merasakan sebagai
satu beban.” Allah bersama-sama orang yang sabar” (Quraan).
3.
Tindakan melayan
secara adil terhadap keluarga sumi dan isteri akan melahirkan perasaan kasih
sayang di antara suami isteri. Sifat suami yang bertanggung jawab bagi
memastikan kedua-dua ibu dan ibu mertua serta sanak saudara di kedua-dua belah
pihak dilayan secara saksama membolehkan hubungan kekeluargaan akan terjalin
dengan penuh kemesraan dan tanpa rasa melebihi mana-mana keluraga ini akan
melahirkan perasaan ukhwan pertalian kekeluagaan yang jitu.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.