Bersikap romantis dan bergurau senda dengan isteri adalah
satu amalan yang pernah dilakukan oleh suami yang paling unggul di dunia ini,
ia itu Rasulullah SAW.
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari
datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW
duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan
mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak
berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan
mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan
memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah.
Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula
dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah,
Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau
Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk
menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam
riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta
sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda,
belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang
Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil
“Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau
Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy”
yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat
Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya
rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW.
Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara
sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk
diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang
sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis
seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta
Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa,
namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW
Apa yang saya amalkan berkitan ini ialah semasa saya dan
isteri berduaan dalam perjalanan jauh secara berkereta, saya akan memuji isteri.
.
“ darling cantik lah, I love you” saya mengusik sambil
memandu.
“ abaang neee, nak kena tu” isteri menjawab manja.
“ Best tak semalam”
“Essh abang niiii, nakal” isteri tersenyum seribu makna.
Situasi begini sering sahaja berlaku bila kami berdua
menaiki kenderaan. Lebih-lebih lagi kalau perjalan mengmbil masa beberapa jam
lamanya.
Kadang kala ada juga saya memegang jari jemari atau tangan
isteri sambil mengusap manja, ini mebuatkan isteri terasa dia begitu disayangi
oleh suaminya. Keadah ini juga dilakukan untuk
membolehkan perkongsian masalah anak-anak di antara suami isteri bagi membolehkan satu jalan penyelesaian yang
dipersetujui bersama untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah anak-anak kami
yang dihadapi dari masa ke semasa.
Alhamdulilah, kaedah ini telah mebuahkan banyak hasil untuk
mengeratkan lagi kemesraan suami isteri, dan juga dapat mengatasi segala
kebuntuan dalam keluarga secara bersama. Teknik ini merupakan satu keadah
bagaimana menggunakan masa yang ada dalam tempuh 24 jam secara lebih berekesan.
Kerana pada masa berkereta bersama isteri adalah masa yang paling efektif
dimana suami dan isteri tidak akan diganggu oleh orang lain.
Bergurau senda sebelum kami tidur setiap malam juga adalah
amalan runtin yang di amalkan oleh saya. Kebiasaanya masa sebelum tidur adalah
paling sesuai kerana pada masa ini saya akan memeluk isterinya dan memberi
kata-kata pujian tentang kecantikan dan kebaikan isteri. Jika ini dilakukan
akan membolehkan isteri terasa dia disayangi dan apabila kami tidur dalam
keadaan kegembiraan akan melahirkan aura positi dalam diri dan diikuti dengan
mimpi yang indah-indah yang akan memberi kesan positif kepada kesihatan kita
apabila bangkit dari tidur ke esokan harinya. Saya dapat merasi betapa tenang
dan sihatnya tubuh badan saya, Alhamdulillah aku besyukur di atas segala nikmat-MU
yang Allah.
Jika kita sentiasa bergurau senda bersama isteri setiap malam,
akan dapat mengurangkan perasaan stress yang kita alami pada sebelah pagi dan
petang sebelumnya. Gurau senda yang dilakukan di antara suami dan isteri akan
melahirkan hormon positif dalam tubuh dan ianya adalah satu tindakbalas yang
baik untuk kesihatan kita suami dan isteri.
Kekadang saya pernah juga menggunakan kesempatan masa yang
ada semasa kami berhubungan melalui telefon, biasanya saya akan selit perbualan
yang bersifat gurau senda dan joke diantara suami isteri apabila selesai sahaja perkara utama yang kami ingin
bincangkan. Keadah ini saya dapati hubungan cinta dan kasih sayang kami dapat
di pupuk saban masa bagi mengekalkan kebahagian yang telah kami kecapi dan
nikmati selama ini. Alhamdulillah.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Sebagai seorang suami kita perlu mengguna setiap saat masa
yang ada untuk memupuk cinta dan hubungan mesra dengan isteri kita. Ianya perlu
dilakukan saban masa bagi membolehkan perasaan kasih sayang dan mesra diantara
suami isteri itu diperbaharui selalu, ibarat bateri kereta yang hampir hilang
tenaga di caj semua. Jika ini dapat dilakukan sebagai amalan rutin dalam
kehidupan berumah tangga akan menjadikan suasana ceria sentiasa ada dalam
keluarga. Ceria ini akan melahirkan
persekitaran keakraban dalam keluarga dan menjadikan semua penghuni dalam
sebuah rumah yang harmoni ini sebagai satu keluraga yang bahagia dan ceria,
maka akan lahirlah apa yang dikatakan “Rumah ku Syaurga Ku”.
2.
Sifat suami yang
sentiasa memuji isteri akan melahirkan suasana kebahagian dan kecintaan sentiasa membara diantara mereka. Suasana ini
akan memberi kesan yang amat positif apabila mereka mengadakan hubungan kelamin
sebagai suami isteri, hubungan intim yang membara ini membolehkan mereka
mengekalkan kasih sayang yang lebih intim menjadikan kepuasan jimak sentiasa
tercapai secara maksima oleh suami dan isteri. Sitausi ini akan menjadi penghalang kepada syaitan yang sentiasa memujuk
dan menggoda nafsu suami (terutamanya) untuk melakukan maksiat dengan wanita
lain di luar sana.
3.
Suami juga mestilah
pandai memilih masa yang sesusai untuk bergurau senda dengan isteri. Jika
pandai membahagi masa dalam kehidupan seharian akan membolehkan kita
menggunakan masa yang terhad dalam tempoh 24 jam itu digunakan secara lebih
berkesan dan berkualiti.
4.
Suasana hubungan yang
bahagian diantara suami dan isteri yan ditunjukkan dalam sebuah rumah tangga
akan dilihat oleh anak- anak mereka . Kebiasaannya anak-anak akan mengikuti
sifat ibu atau bapa,Jida tabiat baik dan hubungan yang sengtiaarapat dan intim
diaantara ibu dan banapa akan menjadi ikutan dan teadan kepada anak-anak,
kemesraan ibu dan bapa akan mejadi idola kepada anak-anal kita untuk mencontohi
apa yang diamalkan oleh ibu dan bapa mereka.. Jika dalam sesebuah keluarga itu
mempunyai ramai ahlinya yang mempunyai sikap dan amalan dalam kehidupan
menjurus kepada hubungan yang baik dan saling sayang menayangi di antra satu
sama lain, akan lahirlah keluarga yang bahagia dan membahagiakan.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.