Ketentuan Allah adalah yang terbaik. (Manusia hanya
merancang tetapi yang menentukan kejayaan adalah Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha
Bijaksana). Perancangan Allah terhdap jodoh kita adalah yang paling sesuai
dengan keperibadian kita.
“ Kak Ani comel macam anak patung” kata adik bungsuku.
“ Sebab itulah abang pilih dia”.
“ Memang sepadang dengan abang yang hasem tu” adik cuba
berseloroh dengan saya. Diri ini hanya senyum dengan seribu makna bila mendapat
pujian sebegitu.
Saya masih ingat dialog itu yang telah berlaku semenjak 35
tahun dahulu. Semasa saya dan isteri masih dalam edah pertunangan. Pujian itu
dikeluarkan oleh adik bongsu semasa dia mula-mula bersemuka dengan bakal kakak
iparnya. Saya tidak berapa ambil kisah sangat ungkapan itu. Kerana kecantikan
itu adalah satu perkara yang subjektif. Setiap orang mempunyai perspektif yang
berbeza tentang kecantikan. Itulah keistimewaan manusia cipataan Allah Yang Maha
Agung. Manusia dicitpa dengan pelbagai bangsa dan warna kulit, semuanya
sempurna dan cantik-cantik.
Sebagai tanda kesyukuran saya kepada Allah. Bermula pada tarikh perkahwinan kami, saya telah menutup pintu hati untuk didatangi oleh
wanita-wanita lain di luar sana. Prinsip hidup saya untuk mendapat kebahagian
sebenar mestilah jujur dan ikhlas menyanyangi isteri tercinta. Jika diri kita
dapat dicontohi dan teladani sebagai seorang yang berdisiplin dan jujur sudah
pasti akan mendapat kepercayaan dan keyakinan oleh isteri dan keluarga.
“ Betul ke bang sayang kata ayang” tanya isteri.
“ Memang sayang kat ayang yang comel lotel ni” sembil memeluk erat isteri
“ Abang ni…..” isteri
merayu manja.
Kata-kata “Sayang” selalu saya ungkapkan kepada isteri,
boleh di katakan sabang masa bila saja saya berduaan dengannya. Amalan ini
menjadikan cinta dan kasih sayang kami sentiasa mekar dan bersemangat. Saya
berasa begitu selesa dengan tabiat ini, isteripun begitu dia hanya menggunakan
ungkapan “abang”” setiap kali memanggil saya dan masih kekal sehingga kini.
Pergaulan saya di luar rumah setiap hari dijaga dari
sebarang fitnah, Satu amalan yang dilakukan untuk menghindarkan diri saya dari menjadi mangsa fitnah, saya sentiasa berhati-hati dan waspada dalam
pergaulan dengan wanita.
“ Bagi staf wanita, saya minta maaf jika awak berjumpa saya
memandu kereta keseorangan, awak menunggu bas di tepi jalan, saya tidak akan
berhenti mengambil awak”
Maklum saya kepada staf semasa mesyuarat pengurusan di
pejabat,
“Prinsip saya untuk elak fitnah”.
“ Jika saya perlu bawa staf wanita untuk urusan rasmi pejabat di luar” “ kita akan pergi dengan
kereta pejabat yang di pandu oleh pemandu”.
Perinsip ini telah diketahui oleh semua staf saya. Mereka
tidak akan berkecil hati jika terserempat di tepi jalan. Itu adalah prinsip
bos.
Alhmadulilah amalan
itu telah menyebabkan isteri penuh yakin tentang kesetiaan saya. Semenjak perkahwinan
kami menjagkau usia hampir 35 tahun, tidak pernah sekalipun isteri melahirkan
perasaan cembur atau “perang besar” berlaku dalam rumah tangga kami akibat
daripada masalah cemburu.
Satu lagi amalan saya untuk menyakinkan isteri bahawa saya adalah satu-satu yang disayanginya
dan untuk hidup bahagia selama-lamanya,
telah dibuktikan dengan tindakan untuk mepastikan kami sering bersama
pada setiap masa. Pernah satu masa (pada tahun 1983 – iaitu setelah hampir 3
tahun lebih kami berkahwin) sayai telah diarah
oleh Ketua Jabatan untuk mengikuti Kursus selama tiga bulan di Kawasan Utara Semenanjung
. Setelah menghadiri kursus selama satu bulan.
“ Asalamualaikum”.
“ Waalaikumusalam”
“ Eh abang dah balik rupanya. Kenapa ni kata minggu ni tak balik”
isteri bertanya.
“ Saja abang ubah program, sabtu ni kita gi ke Sungai
Petani, abang dah sewa rumah”
“ Ya kah” isteri agak terperanjat, di wajahnya nampak
kegembiraan.
“ Memang abang nak ayang dan anak-anak kita tinggal di sana
sepanjang tempoh kursus tu”.
“ Nak ikut, seronoknyaaaaa” isteri memberi respon.
Sikap pro-aktif saya untuk menjaga kerukunan rumah tangga telah
dapat menyakinkan isteri bahwa suaminya adalah seorang yang beramanah, boleh
dipercayai ,mempunyai kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Bila aura sebegini
tertanam dalam minda isteri, ia akan menjadi satu pemakanan tambahan kepada
rohani dan dapat mengukuhkan lagi hubungan cinta dan kasih saya kami serta dapak
teguhkan lagi institusi rumah tangga. Bilamana isteri telah serasi dan sehati
sejiwa serta mempunyai aura yang sama dengan suami, dengan sendiri akan menjadikan naluri
suami dan isteri adalah serasi. Bila mana situasi ini dapat diwujudkan dalam
keluarga, akan lahir satu suasana kemeseraan
dan kebahagiaan yang amat tinggi.
Pada suatu peatang bila saya pulang dari pejabat,
dipertengahan jalan saya ternampak penjual buah durian, lantas saya
memberhentikan kereta.
“ Berapa selonggak”,
“ 20 ringgit, murah-murah encik”
“ Tak boleh kurang ke”.
” Tak boleh, tapi kita boleh bagi lebih buah, jika mahu”.
Saya memilih selonggak dan memberi wang..
“ Jual”
“ Beli”.
Saya meneruskan perjalanan pulang.
Setiba di rumah, isteri sedang berada di ruang tamu.
” Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam” jawab isteri sambil membuka pintu.
Saya menghulurkan bungkusan buah durian kepada isteri
“ Eh abang beli buah dirian ke”
“ Ya, kenapa ?”
“ Tadi semasa ayang tunggu abang pulang, teringin nak makan
buah durian, ingat nak ‘call’ abang”.
“ Itu tanda naluri ayang sama dengan naluri abang”
” Itulah, dah berapa kali camni ye bang”. Isteri mengigatkan
kejadian yang hampir sama berlaku dimasa-masa lepas.
Situasi sebegini sememangnya kerap berlaku di antara saya
dan isteri, seperti naluri dan fikiran kami berdua mempunyai banyak persamaan.
Mungkinkan ini yang dikatakan serasi suami isteri. Entahlah persoalan ini tiada
jawapan yang spesifik, mungkin juga kami mempunyai aura yang hampir sama kerana
telah serasi dan sehati sejiwa. Wallahualam.
Sungguhpun begitu dalam realiti kehidupan untuk mempertahankan
prinsip bahawa isteri kita adalah jodoh yang terbaik di kurniakan Allah kepada
kita adalah satu perkara yang amat sukar diamalkan. Kerana pada kebiasaann-ya
setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bagi pasangan suami
isteri yang baru berkahwin akan menghadapi masa yang kita merasakan bahawa
isteri kita ituk mempunyai banyak kekurangan setelah berkahwin beberapa tahun
lamanya. Jika tempoh masa perkahwinan lebih lama maka lebih banyak kelemahan
yang dirasai oleh suami.
Lebih malang lagi kalau diluar sana, ada wanita lain yang
mendapingi kita, selalu memberi pujian dan cuba memberi kasih sayang kepada
kita. Umpamanya rakan sekerja kita, setiap hari kita berasama hampir 8 jam.
Sambil bersama-sama melakukan kerja pejabat, di selang seli dengan perbulalan
yang lama kelamaan kita akan rasa telah mesra. Dimasa inilah syaitan akan
memainkan peranan untuk menghasut anak cucu Nabi Adam.A.S. supaya bersama-sama
mereka dimasukakan ke dalam nereka, sebagaimana telah dijanjikan oleh Syaitan
yang dicerikatan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Nissa’ ayat 119:
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ
وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلْأَنْعَٰمِ
وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ
ٱلشَّيْطَٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا (١١٩)
Etinya: “Dan demi sesungguhya aku akan menyesatkan
mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka
dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruhkan mereka (mencacatkan
binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu;
dan akan menyuruh mereka merubah akan ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa
yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka
sesusungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata”. (Tarfsir
Pimpinan Ar
Rahman)
Dalam kes isteri yang ditimpa penyakit teruk seperti lumpuh
tangan dan kaki, setelah beberapa tahun penjagaan orang sakit lumpuh, si
penjaga yang menguruskan segala keperluan OKU ini akan timbul perasaan muak dan
benci terhadap sikap pesakit lumpuh ini, kerana dia banyak berleter dan memerlukan penjaganya
untuk diambilkan tindakan segera. Hal ini juga terjadi terhadap isteri saya,
yang mula mengarah orang lain untuk membuat sesuatu kerja dan di minta untuk disiapkan dengan segera.
Sifat sebegini menyebabkan anak-anak mula sensitif dengan
pesakit. Untuk itu saya terpaksa menjadi orang yang utama untuk membantu isteri.
Dalam beberapa tahun peringkat awal
keuzuran isteri, saya dapat lagi bertahan melakukan dengan sabar. Setelah
memakan masa hampir 5 tahun lebih, perasaan jemu mula tiba sedikit–demi
sedikit. Sekali sekali timbul juga perasaan tidak sabar muak untuk mengikuti
segala kemahuan dan kehendak isteri yang sakit itu.
“ Kalau macam ni perangainya, aku tak boleh tahan, terlalu
sensitif tak larat nak menjaga hatinya saja, hati aku bagaimana, keperluan diri
ku bagaimana” terdetik kata-kata ini di hati kecil ku apabila isteri asik
merajuk pada suatu hari.
“ Nampaknya kena pasang satu lagi, baru senang, makanan dan
pakaian ku ada yang mengurusnya, lagipun aku ni ada yang berminat, mana tidak
pangkat ada, kedudukan ada hansennya pun boleh tahan juga’. Perasaan ego ku
bermain di minda.
“ Tapi bagaimana dengan isteri, tentu dia akan memberontak
dan sakitnya akan bertambah teruk, kata doktor jika di serang penyakinya untuk
kakli ke dua dia akan koma dan susah untuk dipulihkan dan mungkin ia akan
membawa ajal”. Fikiran ku bercelaru bila memikirkanya.
“ Anak-anak pula bagaimana, respect mereka kepada ku akan
hilang, dady idola mereka akan lenyap di hati. Malah mungkin timbul perasaan
benci kepadaku kerana dikatakan mementingkan diri sendiri dan lebih menjurus
untuk kepusasan nafsu ku sahaja. Jika
ini berlaku dimana aku nak letak muka ni, maruah ku tergadai, hilang kasih
sayang keluarga, apakah aku sanggup hadapi itu semua” aku membuat analisa
sendirian tentang hasrat hati kecilku itu.
“ Ah, kalau macam ni tak boleh, banyak buruk pada baiknya”
aku cuba yakinkan diri.
Aku masih ingat cerita anak buah ku di pejabat yang berkawin
dua kerana hendak membantu janda yang datang minta tolong dia selesaikan
masalah fasak di Pejabat Kadi. Bila dah kahwin lebih 8 tahun, dapat anak
seorang, demi sayanya kepada isteri dia membelanjakan puluhan ribu singgit untuk
memingkatkan perniagaan isteri mudanya, daripada berniaga di gerai kain dah
dapat sebuah kedai kain yang sederhana besar, bila dah ada duit banyak dia mula
ego dan mula buat hal, ada hubungan dengan lelaki lain, minta cerai sebagaimana berlaku dengan suami
pertama dulu. Dia terpaksa melepaskan isteri keduanya dengan perasaan seribu kekecewaan.
Semasa hati ku masih kecewa dengan sikap isteri itu, Sekali
lagi diri ini di uji, dimana telah
datang seorang wanita yang cantik cuba menanyakan tentang kehidupan keluarga
saya yang dikatakan menghadapi masalah kerana isteri menderita sakit lumpuh.
“ Nik apa khabar”.
“ Alhamdulillah, sihat”.
“ Ada apa datang pejabat’
“ saja, samabil datang hantar barang.” Memang dia sentiasa
datang ke pejabat ku untuk berniaga alat solek AVON kepada staf perempuan.
“Ani sakit macam mana”.dia meneruskan perbualan.
“ gitulah, ada perubahan sikit. Masih perlu bantuan “.
“ siapa yang uruskan penjagaannya”.
“ saya lah,. Juga dibantu anak-anak”.
“ You ni suami mithali, tak letih ke you buat kerja sendri”.
“ tak rasa apa-apa pun, malah saya kesian melihat dia yang
tak upaya, dah takdir Allah”.
“ kenapa tak cari pembantu”.
“ Dah ambil, pada masa isteri keluar hospital dulu, tapi tak
sampai sebulan saya berhentikan kerana
setiap hari pulang kerja, isteri asyek menangis aje””.
“You sendiri tak mahu cari pembantu ke”. Nati boleh uruskan
segala keperluan you.”
“ Manalah ada orang yang nak kat saya yang tua ni”. Jawab
saya secara beseloroh.
“ Jangan kata begitu, ada yang masih minat kat you.”
“betul ke”.
“ Ya saya serious ni, jika you sudi I boleh bantu you”.
Bila mendengar pelawaan itu, saya terkejut, degupan jantung
agak laju. Serba salah di buatnya.
“ ambillah peluang ini, bila lagi, kamu dah lama menderita,
isteri mu sakit, bila boleh sembuh, tak kan kamu hendak buat semuanya, kamu ada
pangkat, kedudukan, duit pun ada, kahwinlah satu lagi,
Islam membernarkan umatnya kahwin sampai empat.” Terdengar bisikan
di telinga saya, entah dari mana datangnya. Saya memerhati sekliling tidak ada
orang lain kecuali saya berdua sahaja.
Di minda bermain-main tentang suasana isteri yang sakit dan
perlukan batuan saya dalam serba—sebi setiap hari. Tapi bila fikirkan leteren
dan sikap panas barang isteri yang selalu saya hadapi itu, terdetik juga hati
saya untuk memikirkan tawaran di hadapan mata inl.
Dia cuba untuk memberi kasih sayang dengan alasan kesihan
melihat saya terpasa berkerja kuat untuk urus keluarga sehingga terabai
kerehatan diri sendiri. Hampir saya terjebak dengan kancah ini, dengan adanya
niat untuk berkahwin satu lagi, namum hasrat ini tidak diizinkan Allah kerana
selepas beberapa bulan berikutnya saya dimaklumkan bahawa ianya telah mempunyai
suami dan berkebetulan suaminya itu adalah kawan saya.
Peristiwa ini juga membuatkan saya mula sedar kenapa ada
orang lelaki kahwin lebih dari satu, kerana sebelum ini saya adalah diantara
orang yang paling tidak setuju dengan lelaki berpoligami. lebih pada satu
isteri. Kes ini juga membuatkan saya beristirfar panjang kerana selama ini saya
anti kepada orang berpoligami. Sekarang baru saya sedar ianya satu sikap yang
salah dan bertentangan dengan ajaran Islam, kerana Islam membenarkan lelaki
untuk kahwin sehingga empat orang jika ia mampu untuk beri nafkah zahir dan
batin. Malahan kahwin lebih dari satu orang isteri itu adalah sunnah Rasullah
s.a.w. Walau bagaimana pun perlu diingat mengikut ajaran Islam kebenaran kahwin
sehingga 4 orang isteri diberi syarat ketat, iaitu suami mesti berlaku adil dan
berkemampuan. Jika tidak mampu untuk mengikuti segala syarat-syarat yang
ditetapkan, lebih baik kahwin seorang sahaja. Sayarat ini sering diabaikan atau
buat-buat lupa oleh kebanyakan lelaki yang berpoligami di kalangan orang
Melayu.
Setelah keadaan isteri sakit telah melewati masa lebih 10
tahun, perasaan untuk berkahwin lagi satu sudah tidak terlintas di benak
fikiran saya. Malah beberapa kenalan rapat beberapa kali memberi cadangan
supaya saya kahwin lagi satu bagi mengurangkan beban mengurus keperluan seharian
saya dan keluarga katanya.
“ Encik Nik, saya kesihan melihat keadaan you yang sentiasa
sibuk untuk mengurus isteri sakit di rumah, dan di ofis juga you komit dengan
kerja, head of department Human Resources ini amat berat dan banyak masalah
perlu di selesaikan, mana tidak staf yang you selia lebih 500 orang”. Kata
seorang Pengerus Operasi semasa kami berbual-bual pada wakatu rehat di pejabat.
“ Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tapi apa
boleh buat, itu semua dah takdir Allah”.
“ Betul cakap you tu, tapi kita perlu berusaha untuk
atasinya”. Saya diam dan dengar saja apa yang dickapkan oleh kawan saya tu,
“ Jika you mahu I ada calun yang sesuai. Gadis berpendidikan
agama, keluarga berpengaruh, umurnya dalam lingkungan awal 30an. Cantiknya
boleh tahan, kalau you tengok mesti berkenan lah”. Dia cuba menyakinkan saya.
Saya diam seketika memikirkan apakah jawapan yang paling sesuai untuk menolak
pelawaan ikhlas sahabat saya itu.
“ I bukan apa Mat, dah lebih 10 tahun lakukan semua tu, tak
rasa penat pun, malah I kesian melihat my wife yang dulunya sempurna tapi kini
cacat kerana sakit lumpuh, tapi mana adilnya jika I kahwin satu lagi tentu dia
akan kecewa dan frust, mana bukti cinta kami dulu.”
“ Jika you jadi I macamana?” tanya saya kembali.
“ Kalau I dah lama kahwin satu lagi ‘.
“Tapi bagi I ada lagi satu anggapan yang bermain di minda
ini, di takdirkan bila saya kahwin seorang lagi, dengan tak disangka-sangka dia
pula terlibat dengan kemalangan selepas beberapa bulan kami kahwin, isteri yang
kedua juga sakit lumpuh juga selepas kemalangan itu, apa kah saya sanggup
menjaga kedua-duanya sekali?, bukankah itu satu bebanan bagi saya sebagai
suami”.
Saya memberi persolan itu kepada dia.
Dia terdiam dan memandang kepada saya dengan seribu makna.
“ Ok lah kalau macam tu, saya setuju you tak kahwin lagi
satu” keluar dari mulut Mat.
Semenjak daripada peristiwa itu, tidak lagi kedengaran
cacangan dari kawan saya.
Atas kesedaran bahawa isteri kita adalah jodoh yang telah
ditetapkan oleh Allah untuk saya. Saya mengambil kesimpulan bahawa kecacatan yang
diberikan kepada isteri adalah satu
ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana
kami berdua mempunyai kejujuran cinta untuk bersama-sama sehingga ke
akhir hayat, ungkapan yang biasa keluar di bibir teruna dan dara yang dalam khayalan
dan impian percintaan. Oleh itu saya sentiasa bersabar bagi membuktikan cinta
kami berdua adalah cinta sejati, - Cinta pandang pertama dan kekal abadi sehingga
ke Syurga. InsyaAllah.
`
Sungguhpun begitu bukan mudah untuk membuktikan bahawa cinta
kita itu adalah cinta sejati yang ikhlas kerana-NYa. Apabila kita pada awal
perkahwinan telah dapat menikmati segala kebahagiaan dan kesenangan berumah tangga.
Bila di timpa kesusahan akan terasa kekecewaan dan pada situasi demikian iblis
dan syaitan akan memperngaruhi kita untuk mencari kesalahan orang lain yang
menyebabkab kebahgian kita itu terurai. Akan ada persaan di sanubari bahawa
Allah kenakan kesusuhan mungkin ada dikalangan suami atau isteri yang membawa
sial; Jika dilayan pemikiran sebegini lama kelamaan akan menjadi jiwa kita
tertekan atau stress. Lama kelamaan akan timbul tanggapan bahwa isteri yang
dikahwini itu membawa kesusahan kepada suami. Maka hasutan syaitan untuk
memporak perandakan istana yang dibina selama ini akan dilakukan sedikit–demi
sedikt. Lebih parah lagi bila pemikiran yang negetif ini di hasut oleh iblis
semasa isteri kita membuat hal. Maklumlah orang dalam kesakitan mudah sensitif
dan merajuk. kadangkala isu ayang kecil sahja boleh melarak menjadi isu besar
dan boleh menjadi perhubungan suami isteri menjadi tegang dan panas; Jika suami
yang diberi kuasa sebagai ketua keluarga tidak pandai mengatasi sutuasi
sebegini dengan bijaksana lebih mudah lagi ianya menjadi parah dan hancur
keberantakan. Bila berlaku keruntuhan rumah tangga maka besorak sorelah para
syaitan dan iblis kerana telah Berjaya untuk membalas dendam lamanya untuk
membawa anak cucu adam bersama-sama keluarga mereka ke dalam neraka di akhirat
kelak. Ya Allah jauhkan diriku dan keluarga ku dari musibah sebegini.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Suami perlu memainkan
peranan penting untuk mewujudkan suasana keserasian suami-isteri. Bila sudah
ada keserasian dalam serba serbi kehidupan akan menjadikan mereka mempunyai sistem
nilai dan corak pemikiran yang sama dan serasi. Ikatan jalinan hubungan secara
fizikal dan batin diantara sumi isteri yang begitu intim akan menjadikan satu
faktor utama oleh sesebuah rumahtangga itu kekal utuh buat selama-lamanya.
Insya Allah.
2.
Tindakan mencegah
dari sebarang fitnah yang melibatkan pergaulan dengan wanita lain oleh suami
adalah satu tindakan pro aktif bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Kerana
isteri amat sensitif berhubungan pergaulan suaminya dengan wanita lain kerana
dikhuatiri akan berakhir degan perkahwinan yang menyebabkan mereka bermadu.
3.
Dalam menjamin
kerukunan rumahtangga, suami isteri perlu memainkan peranan mereka
masing-masing untuk mengelakkan berlaku fitnah terhadap rumah tangga mereka. Jika
suami sentiasa menjaga batas batas pergalulan apabila berada di luar rumah,
akan terhindar dari segaola gosip dan fitnah. Ini akan menjamin kerukunan rumah
tangga dan kebahagian keluarga setiap masa.
4.
Sebagai seorang
muslim kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada orang lain, dengan bersangka
baik akan dapat eratkan hubungan persahabatan kekeluargaan. Oleh itu sikap
majorit wanita Melayu menentang suami berkahwin lebih dari satu orang adalah
satu sikap yang perlu diubah. Kerana Islam membenar penganutnya berkahwin
sehingga empat orang dengan dikenakan syarat-sayarat tertentu. Pun begitu sikap
yang negatif timbul dikalangan wanita melayu terhadap suami yang berpoligi
adalah kerana majority suami yang kahwin lebaih dari satu di Malaysia
memperlihatkan ketidak adilan dalam pembahagian nafkah zahir dan batin
dikalangan isteri-isterinya. Lebaih ramai yang memperlihatkan sifat kurang
adil. Situasi jauh berbeza jika kita buat perbandingan dengan masyarakat arab.
Boleh dikatakan semua wanita arab memberi kebenaran kepada suami mereka
berkahwin lebih dari seorang. Malah mereka berasa bangga kerana dikatan dia
mempunyai suami yang kuat dan bertenaga. Ini adalah kerana sebilangan besar
suami di Negara arab berlaku adil dalam hal pembahagaian nafkah zahir dan batin
dikalangan isteri-isteri mereka. Perkara ini pernah saya sendiri saksikan
semasa melawat ke kawasan perumahan saudara yang tinggal diluar kota Mekah.
Terdapat tiga buah ruamah yang berhampiran dengan rekabentuk yang sama, bila
saya tanyakan rumah siapa itu, diberitahu bahawa itu adalah rumah seorang
peniaga arab yang mengawini 3 orang isteri, dan ruamah itu adalah ruamah yang
disediakan oleh suami untuk isteri-isterinya.
5.
Lelaki yang berhasrat
untuk berpoligami perlulah mematuhi segala syarat yang ditetapakan oleh syariat
Islam. Jika tidak mampu mematuhinya lebih baik kahwin satu orang sahaja. Kerana
Allah telah mengigatkan kepada suami yang kahwin lebih dari satu perlu berlaku
adil. Jika tidak mereka ini akan berjalan bahu senget sebelah di Padang Mahsyar
dan akan dikenakan azab neraka jahanam di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.