RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 18 September 2015



PENUTUP


Kesimpulan daripada cerita benar yang berlaku terhadap saya untuk berjaya mengegalkan kerukunan rumah tangga kami  sehingga kini hampir 35 tahun.  Ianya adalah  hidayah Allah yang telah memberi insan yang kerdil ini mempunyai perinsip-prinsip hidup yang berlandaskan ajaran agama, mepunyai sikap positif dan sentiasa mengamalkan segala ilmu yang dipelajarinya dalam realiti kehidupan baik ilmu berkenaan kepetingan akhirat dan juga kepetingan dunia.

Semua prinsip-perinsip yang dikemukakan dalam buku ini adalah amalan saya dalam mengekalkan hubungan cinta kami suami isteri yang sentiasa utuh dan jitu. Pernsip yang diamalkan oleh kami ini telah memperlihatkan kejayaan untuk mengekalkan perhubungan mesra kami suami isteri walaupun menempuh pelbagai peristiwa suka duka dan perit getir yang begitu mencabar.

Prinsip hidup berumah tangga yang telah saya amalkan selama ini telah membuahkan kejayaan (dengan izin allah) untuk saya mampu bertahan bagi terus menjadi suami yan setia kepada isteri dan juga janji cinta ulung kami semejak 35 tahun dahulu, untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk terus istikomah dalam mengurus rumah tangga kami walaupun isteri telah lumpuh hampir  15 tahun.

Suami adalah  peneraju yang memainkan peranan utama untuk melahirkan perhubungan suami isteri yang bahagia dan seterusnya melahirkan keluarga bahagia. Suami juga adalah peneraju utama untuk melahirkan persekitaran ceria dalam sesuatu ramah tangga yang boleh dipanggil sebagai “ Rumah Ku Syaurga Ku”.

Pengalam saya dalam menempuh cabaran berumahtangga dimana isteri yang dcinatai dan disayangi telah mengalami kecacatan lumpuh sebelah tubuh dan saya sebagai suami dapat mengendalikan semua tugas yang dibuat oleh isteri sebelum ini di samping menjalankan tugas utama dan hakiki  saya sebagai suami dan bapa untuk mencari nafkah. Keupayaan saya itu sebgaimana di terangkan dalam buku ini merupakan satu bukti yang lelaki dapat menjalankan tugasan isteri di dapur, kerja-kerja ini mungkin di anggap janggal bagi kebanyakkan lelaki, tetapi sebenarnya kerja-kerja sebegini pernah dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Oleh itu setiap lelaki perlu membuat perubahan set minda dimana jika sebelum ini dikatakan kerja-kerja rumah terutama memasak adalah kerja isteri, perlu di ubah sebagai satu kerja “guna sama” yang boleh dilakukan bersama oleh suami dan isteri.

Pengajaran dari apa yang dicatat oleh saya dalam buku ini dapat memberi keyakinan bahawa jika suami mempunyai niat ikhlas berkahwin kerana inigin mendapat keredaan Allah didunia dan di akhirat, ianya mestilah mengurus perjalanan rumah tangga kita bersama isteri dengan berlandasakan  prinsip-prinsip yang di ajar oleh Islam dan juga berlandaskan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Suami juga perlu mepunyai ilmu berkaitan pengurusan rumah tangga dan ilmu bagaimana berkomunikasi dengan isteri dan anak-anak. Hanya dengan ilmu yang meluas disertai dengan sikap yang positif seseorang lelaki itu berjaya menjadi suami yang mahir dalam mengendalai bahtera rumah tangga dan mampu menghadapi segala cabaran dan dugaan yang ditentukan oleh Allah. Lebih-lebihb lagi jika ianya sorang yang beriman, berkemungkinan ujian dan dugaan Allah terhadapnya akan bertambah sukar dan mencabar. Sebagai seorang Islam kita mestilah yakin bahawa Allah memberi ujian kepada seseorang adalah berdasarkan kemampuannya untuk menanggung ujian tersebut. Jika seseorang dapat menempuh ujian yang diberikan dengan penuh sabar dan taqwa, IsnsyaAllah akan diikuti dengan suasana kegembiraan dan ganjaran rezeki yang tidak ternilai. “Allah bersama-sama orang yang sabar”:

Setelah memperolehi ilmu bagaimana untuk menjadi suami mithali dan mengurus rumah tangga bagi mendapat keredaan  Allah di dunia dan juga kebahagiaan akhirat.  Yang lebih penting bagaimana kita dapat mengamalkan semua ilmu yang kita pelajari dalam reality kehidupan. Di peringkat ini sememangnya menjadi satu cabaran bagi kebanyakan lelaki. Kerana untuk mengamali semua ilmui dan tip yang digariskan oleh ajaran agama dan juga oleh para ahli bijak pandai berkaitan pengurusan keluarga dan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kepada keperibadian yang mantap, mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang jitu, mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi, tahap kesabaran yang tinggi serta mendapat hidayah dari Allah. Untuk ini ianya perlulah seorang yang sentiasa mengimbangi di antara kegiatan untuk mendapat kebahagian dan kejayaan di dunia dan juga kegiatan ibadatnya yang berkaitan dengan hubungan dengan Allah.

Kejayaan seseorang dalam mengurus sebuah syarikat gergasi tidak mestinya ia akan berjaya dalam mengurus dan mengepali sebuah keluraga dan rumah tangga. Mengikut satu kajian yang pernah dijalankan oleh pakar pengurusan korporat mendapati lebih 70% CEO yang berjaya mengepali syarikat keglomorat yang besar (multinational company) mereka telah gagal mengurus rumah tangga mereka dengan sempurna.

Untuk itu, jika kita mahu menjadi seorang suami yang terbaik dalam mengurus rumah tangga dan keluarga mestilah mempunyai ilmu yang sempurna berkaitan dengan pengurusan rumah tangga dan keluarga, mempunyai pengetahuan agama yang mantap untuk mendidik isteri dan keluarga, melaksankan segala perintah Allah dengan iklas. Seorang lelaki yang sabar dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam menempuh segala ujian dan keperitan hidup berumah tangga sahajalah yang mempu dinobatkan sebagai suami mithali, sekurang-kurangnya diiktiraf oleh isteri dan keluarganya walaupun tidak mendapat pengiktiran oleh pihak lain.

 “ Ayang amat berterima kasih kepada abang yang menjaga ayang selama ini’, itulah luahan isteri kepada saya.
“ memanglah itu tugas suami terhadap isteri dan keluarga” saya memberi jawapan balas.
“ Sebenarnya abang gembira melakukan kerja-kerja ini semua” saya cuba meyakinkan isteri.
“Ustaz kata, tugas abang menjaga isteri sakit ini adalah tiket untuk ke syurga jika dilakukan dengan ikhlas” ustaz memberi pandangannya kepada saya, semasa kami berbual di Masjid An Naim beberapa  bulan lepas.
                                            
Faktor Ini juga merupakan pendorong kepada saya untuk terus berbakti kepada isteri yang sakit. Lebih-lebih lagi di usia yang menjakau 60 tahun lebih ini yang perlu memlipat gandakan amalan bagi bekal akhirat.  Segala kesuahan yang dialami ini saya menganggap satu anugerah Allah kepada saya untuk mebolehkan saya melakukan segala rutin harian menjaga isteri yang lumpuh dan ibu serta mertua yang lanjut usia merupakan tiket yang disediakan untuk saya meraih pahala di akhirat nanti dengan syarat ianya dilakukan dengan penuh amanah, tanggung jawab dan seikhlas hati. Semoga prinsip kehidupan yang diceritakan dalam  buku ini dapat di jadikan panduan dan pedoman kepada suami  dan isteri dalam melayari rumah tangga mereka.





No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.