Islam mengariskan
bahawa suami adalah ketua keluarga dan mempunyai amanah untuk menjaga isteri
dan anak-anak mereka. Tanggung jawab suami adalah sebagai pembimbing dan
peneraju dalam keluarga. Sungguhpun begitu isteri juga di beri tanggung jawab
untuk sama-sama membantu untuk membolehkan sebuah rumah tangga itu hidup dalam
keadaan aman damai. Saling bantu membantu dan mempuyai peranan dan tanggung
jawab masing-masing.
Dalam sesebuah rumahtangga, isteri juga mempunyai
tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi, antaranya ialah:
1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’, contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah
(amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta
ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan
berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah
Al-Baqarah 2:223)
3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah
SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah
SWT dan pertolongan-Nya… “-(Surah An-Nisa’ 4:34)
4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan
jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu. Isteri mestilah
membelanja harta suami dengan berhemah, jangan telalu boros. Guna mengikut
keperluan dan yang penting dahulu, yang kurang penting di kemudiankan. Jangan membazir
kerana membazir itu adalah kawan syatian.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya. Ini
bagi mengelakkan berlaku fitnah. Jika perlu keluar bagi menguruskan sesuatu
yang penting dan suami tiada di rumah,
dibenarkan dengan syarat memberi tahu terlebi dahulu seperti telefon, jika
tidak dapat dihubungi boleh keluar jika ada mahram,
6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan
suaminya kepada orang lain. Ini untuk menjada maruah suami. Jika diceritakan
kepada orang mungkin akan digunakan oleh musuh suami untuk menjatuhkan maruah
suami.
7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa
melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka. Sememangnya naluri
manusia yang lelaki adalah pasagan kepada wanita. Lelaki akah terhibur dan
tenang bila di belai oleh wanita. Dan begitulah juga sebaliknya.
8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya. Seperti
bercakap dengan lemah lembut, bermanja dan membelai suami bila perlu.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga. Kadangnkalan isteri mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari suami dan mempunuai kedudukan yang lebih tinggi di pejabat. Tetapi bila di ruamah isteri mestilah menghormati suami sebagai ketua keluarga yang di tetapkan oleh syariah.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga. Kadangnkalan isteri mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari suami dan mempunuai kedudukan yang lebih tinggi di pejabat. Tetapi bila di ruamah isteri mestilah menghormati suami sebagai ketua keluarga yang di tetapkan oleh syariah.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang
lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng
lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah
An-Nisa’ 4:34)
Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.
Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.
Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan
masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa
anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan
negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami
sesebuah negara itu pincang.
Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat
dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti
berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan
kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan
tertentu yang merupakan tanggungjawab sumami dan isteri,iaitu:
Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga. Suami meneriman amanah apabila
telah diijabkabulkan, segala tanggong jawab yang ditanggung oleh wali sebelum
ini diletakkan tanggungjawab kepada suami. Di akhirat kelak suami akan
dipersoalkan sudahkah dia menjalankan tanggung jawabnya kepada isteri dan
anak-anak sebelum dia di bernarkan masuk ke syurga , walaupun segala amal
ibadatnya telah membolehkannya memasuki syurga.
Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan
keluarganya,ialah:
1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia
memberi kesetiaan dan ketaatan. Nafkah ini termasuk nafkah zahir seperti makan
minum, pakaian , tempat tinggal dan jika sakit diberikan ubat. Manakala nafkah
batin pula ialah keperluan seks dan jua keperluan rohani seperti kasih sayang,
ketenangan, kedamaian dan rasa terjamin emosi kerana sentiasa di jaga dan
dibelai oleh suami. Untuk dapat ketengan dalam kehidupan seseorang itu perlu
mendekati Allah sentiasa. Untuk itu tanggung jawab suami juga untuk memberi
ilmu agama yang merupakan makanan kepada rohani insan yang bergelar isteri.
2. Membayar mas kahwin kepada isterinya. Ini adalah wajib
dan bila diberi kepada isteri maskahwin adalah dilarang suami mengambil semula
kecual isteri ikhlas hati memberi kepadanya.
3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh
layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap
isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan
kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat
At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi
pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis di atas jika suami tidak melayan isteri
dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut bermaknan imannya masih lagi kurang
sempurna. Bayangkanlah seorang yang iman yang kurang sempurna dapatkan dia
memasuki syurga Allah. Sudah pasti ianya tidak. Oleh itu menjadi tanggun jawab
yang besar bagi suami untuk mempunyaik budi pekerja yang baik dan lemah lembut
bila bergaul dengan isteri setiap masa. AWAS suami ?
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami
supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan
mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika
kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu
terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang
Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang
banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan
ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu
(berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah
laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti
pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan
sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa
yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak
memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah
kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT
akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah
AT-Thalak 65:7)
7. Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah
kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil
mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah
kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa
menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)
8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai
lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah
rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi
kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan
rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta
keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang
bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan
rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai
pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf
hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami
mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan
menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Jika didasarkan
kepada ketetapan Al Quran dan hadis, peranan suami adalah amat berat
berbanding dengan apa yang difahami oleh kebanyakkan suami pada hari ini,
sememangnya amat sukar untuk menjadai seorang suami yang benar-benar mendapat
keredaan Allah jika kita tidak bersungguh-sugguh berusaha memperolehinya. Maka marilah
semua para suami mengambil tangggung jawab untuk memperbaiki segala kelemahan
untuk menjadi suami yang diredai Allah di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.