RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday, 17 September 2015

Sekali sekala ajak isteri mandi bersama. “Mandi berjemaah”



 Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Imam Al-Bukhari meriwayatkan, maksudnya;  "Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)"

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana indah dan romantiknya Nabi Saw dengan Isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

Maksudnya:"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub".

Tindakan nabi SAW ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah.

Dan pernah sambil mandi, mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW.

Bahkan dalam hadis yang lain, Ummu salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa.

Dengan ulasan ini, penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW ini.

Anggapan yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan Isteri merupakan amalan tak baik, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.  Sebagai isteri pula, tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Dalam kehidupan saya dan isteri, amalan ini  dilakukan semenjak mula-mula berkahwin dahulu lagi, pada mulanya adalah untuk meluahkan kasih sayang kepada isteri, maklumlah kerana kami berdua tidak saling kenal mengenali begitu lama seperti mana yang biasa alami oleh kebanyakan teruna dan dara yang kebiasaanya telah menjalin hubungan cita untuk tempoh yang agak lama sebelum mereka berumah tangga.

“ Abang ni, ayang sejuklah  ni” isteri memberi alasan.
“ Kalau tak mandi nak solat macam mana’. Saya beri response
“ Ini abang punya pasal lah, nakal sangat malam tadi”.
‘ eh eh nak salah abang pula, siapa yang mula”. Saya mencelah.Isteri terisipu-sipu malu.

Suasana sebegini biasa saja apabila kami madi berjemaah, terutamanya bila mandi di wakatu pagi setelah berlaku hubunagan intim. Suasan semsa mandi bersama ini memberi satu rangsangan cinta dan kasih sayang kami setiasa membara pada setiap masa. Malah kami rasa seperti pengantin yang sendang berbulan madu. Ini merupakan satu satu faktor hubungan cinta kami sentiasa jitu walaupu telah melewati 34 empat tahun lebih.

Setelah saya mendengar ceramah agama dimana ustaz memberitahu  bahawa Rasullah juga pernah mengamalkan mandi bersama isteri baginda (terutama Aisyah R.Ha) saya meneruskan amalan mandi bersama isteri ini sebagai salah satu ikutan sunnah yang diutamakan dalam kehidupan kami suami isteri. Malahan amalan mandi bersama ini telah menjadi rutin seharian lebih-lebih lagi setelah  isteri mengalami lumpuh.

Pangalaman  mandi bersama ini akan melahirkan persaan cita dan kasih sayang yang lebih intim diantara suami isteri. Semasa mandi bersama ini kadangkalan berlaku senda gurau yang membuatkan belaian kasih sayang semangkin jitu. Tindakan ini boleh menambahkan lagi keyakinan isteri kepada suaminya bahawa dia adalah satu-satunya isteri yang menjadi kesayangan suami.  Mengikut kajian dari segi pehubungan ‘aura’ diantara sumi isteri akan menjadi bertambah intim lagi apabila kesan  air mandian diantara mereka akan mengenali badan di antara satu sama lain. Ion-ion positif dan negetif dari suami dan isteri akan menjadi recharge yang boleh menambahkan imun kesihatan mereka. Situasi ini akan mengakibatkan mereka berdua akan merasai kesegaran badan yang luarbiasa setelah selesai mandi dan juga melahirkan perhubungan yang romantik.

Dari pengalaman hidup saya semasa kecil dahulu, bapa dan ibu saya menjadikan mandi  bersama ini adalah satu kebiasaan. Mereka biasa manda di telaga yang berada di luar rumah kami yang jaraknya dalam lingkungan 10 meter. Saya pernah terdengar ibu dan bapa bercakap-cakap semasa mandi dan kadang kala diikuti dengan gelak ketawa mereka. Cuma pada masa itu saya masih lagi kanak-kanak tidaklah ambil kesah sangat topik apa yang mereka bincang.

Semenjak isteri lumpuh sehingga sekarang, mandikan isteri telah menjadi tugasan rutin harian saya, isteri amat selesa apabila saya memandikannya, dia tidak berapa selesa jika anak-anak yang mandikannya. Lebih-lebih lagi apabila beliau mandi junub, sayalah menjadi teman setianya.


Pengajaran dan iktibar:

1.      Mandi besama isteri merupakan salah satu kaedah pengurusan masa untuk mejalinkan hubungan mesra suami isteri, kerana kebiasaanya waktu mandi ini kedua-dua suami isteri mempunyai masa agak tenang, diikuti dengan kesegaran curahan air di badan yang menyegarkan setelah berpenat lelah sehari suntuk di tempat kerja. Kesegaran selepas mandi bersama ini membolehkan suami dan isteri mengalami ketenagan bersama dan sudah pasti aktiviti yang akan dilakukan selepas itu oleh kedua-dua mereka akan membolehkan dalam suasana penuh bertenaga dan selesa. Suasana sebegini akan mengukuhkan lagi perhubungan kasih sayang rumah tangga mereka.

2.      Perhubungan yang intim semasa mandi ini akan menjadi perhatian kepada anak-anak mereka dan sudah pasti akan menimbulkan satu pemikiran di kalangan anak-anak betapa mesra dan kuatnya kasih sayang ibubapa mereka berdua. Ini akan memberi natijah kepada corak pergaulan anak-anak bawah ibu bapa mereka begitu bahagia dan mereka juga perlu melahirkan sikap kasih sayang dengan semua ahli keluarga.

3.      Budaya dalam keluarga yang sentiasa meperlihatkan suasana kasih sayang akan menjadikan semua keluarga dalam suasan bahagia, berbanding dengan keadaan perhubungan diantara suami isteri yang sering bergaduh dan bertengkar akan memberi kesan kepada imosi anak-anak mereka. Seperti timbul perasaan benci kepada salah seorang ibu bapa mereka yang sering membuat suasana dalam rumah mereka kecoh dan haru biru. Persekitaran sebegini menyebabkan anak-anak akan mengambil sikap suka keluar rumah untuk melarikan dirinya dari pada suasana perbalahan dan pertengkaran di rumah mereka. Dengan kata lain amalan mandi bersama ini akan melahirkan suasana cita dan kasih sayang suami isteri yang amat kuat dan memberi kesan kepada persekitaran rumah yang sentiasa damai dan sejuk mata memandang. Ini akan melahirkan pesekitaran tenteram dan ceria dalam sesebuah rumah tangga dan akahirnya akan lahirlah konsep “Rumahku –Syurgaku” .Dengan  kata lain rumah yang harmoni dan penuh dengan jalinan kasih sayang sesama  ahli keluraga menjadikan semua ahli keluarga seronok tinggal di rumah saban masa.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.