Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34: Maksudnya: “Kaum
lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan”. Islam mewajibkan kepada para suami selaku ketua keluarga untuk melaksanakan tanggung jawab mengemudi
rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam
ajaran Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat
6: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)”.
Para mufasir mengatakan ayat al-Quran ini telah menyatakan bahawa
Allah memerintahkan agar suami mendidik diri agar terselamat daripada seksaan
api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Seterusnya suami juga berkewajipan untuk mendidik serta menyuruh
ahli keluarga untuk mentaati Allah serta melarang mereka daripada melakukan
sebarang perkara maksiat. Suami merupakan ketua
keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah
al-Nisa’ ayat 34: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”
Sehubungan dengan
itu, Islam mewajibkan kepada para suami selaku ketua keluarga untuk melaksanakan tanggung jawab mengemudi
rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam
ajaran Islam.
Jika di halusi ayat al-Quran di atasi telah menyatakan
bahawa Allah memerintahkan agar kita mendidik diri agar terselamat daripada
seksaan api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Seterusnya kita juga berkewajipan untuk mendidik serta
menyuruh ahli keluarga untuk mentaati Allah serta melarang mereka daripada
terjebak dalam sebarang perkara maksiat.
Ayat al-Quran di atas telah dikuatkan lagi dengan ayat lain
yang menggambarkan tentang perkara yang sama iaitu mendidik serta menyuruh ahli
keluarga untuk mentaati perintah Allah. Firman Allah dalam Surah Taha ayat 132:
Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan
hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami (Allah) tidak meminta
rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa”.
Nabi SAW telah bersabdaMaksudnya: “Suruhlah anak kamu
bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (sekiranya tidak
mahu bersolat) ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur
mereka”.
Saya masih ingat pesanan ustaz yang mengajar kuliah maghrib
di masid pada suatu hari mengatakan:
“ tanggung jawab seorang suami yang telah ditatapkan oleh
Islam terhadap isteri dan keluarga yang dipimpinya adalah amat besar, para
suami perlu ingat bahawa dia akan dipertanggung jawabkan di depan Allah nanti
berkaitan peranannya untuk mengmbil berat atau cakna terhadap keluarga tentang
perkara berikut. “
1) Memberi nafkah (sara hidup) kepada isteri dan anak- anak
berupa makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah
menurut kemampuannya. Firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 7: Maksudnya:
“Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa
Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang
diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang
Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan
sesudah berlakunya kesusahan”.
2) Memberi didikan dan asuhan agama sepenuhnya kepada isteri
dan anak-anak serta sanggup berkorban kerana kebahagiaan mereka. Firman Allah:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu
(berhala)…”
Sekiranya suami tidak mampu memberi didikan agama kerana
kejahilannya, maka menjadi kewajipannya mencari guru atau menghantar mereka ke
tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu agama mereka seperti kelas al-Quran,
fardhu ‘ain dan sebagainya.
3) Bertanggungjawab tentang didikan dan pelajaran anak-anak
selaras dengan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:
كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه أن يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Maksudnya: “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan di atas fitrah
(sifat semula jadi) dan kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”
4) Memelihara dan melindungi rumahtangga, isteri dan
anak-anak dari sebarang bahaya. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “Tempatkanlah
isteri-isteri (yang menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai
dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti
mereka(di tempat tinggal mereka itu) dengan tujuan hendak menyusahkan keadaan
mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu” (Surah al-Talaq : 6)
5) Membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak dengan cara pimpinan yang
bijaksana bagi mencapai kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai seorang
ketua dalam rumah tangga yang mampu bertindak dalam berbagai keadaan dan
suasana dengan penuh bijaksana. Firman Allah: Maksudnya: “Kaum lelaki itu
adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”
. ‘Nasihatilah mereka
serta didiklah mereka supaya kamu dan keluarga kamu terselamat daripada azab
api neraka yang besar yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu’
(Dr Wahbah Zuhayli, al-Tafsir al-Munir, 28/316).
Ayat al-Quran di atas telah
dikuatkan lagi dengan ayat lain yang menggambarkan tentang perkara yang sama
iaitu mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati perintah Allah.
Firman Allah dalam Surah Taha ayat 132: Maksudnya: “Dan perintahkanlah
keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar
menunaikannya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah
yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi
orang yang bertaqwa”.
Nabi SAW telah bersabda:
مروا
أبناءكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع
(
رواه أحمد وأبو داود والحاكم)
Maksudnya: “Suruhlah anak kamu bersolat
ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (sekiranya tidak mahu
bersolat) ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur
mereka”.
Islam menetapkan suami perlu memberi nafkah mengikut
kemampuan masing-masing, Bagi sumai yang kaya dan berada boleh memberi
perbelanjaan makan minum dan lain-lainya menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan
rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah
kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan
(sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam
kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan”.
Realiti dalam kehidupan ramai suami tidak ambil kisah dengan
keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan
kepada keluarga.
Sikap sentiasa memberi keperihatinan yang tinggi terhadap
keluaraga jika diamalkan oleh suami, sudah pasti akan mendapat sanjugan dari
semua ahli kelurga. Bila mana si suami mempunyai sifat amat cakna kepada
keluarga, akan menjadikan perhubungan di antara sumai dan isteri bertambah erat
dan juga hubungan diantara ibu bapa dengan anak-anak mereka serta cucu-cucu
mereka akan juga erat. Bila situasi ini dapat dipahat dalam hati naluri setiap
keluarga, ianya akan mejadi pemakin kepada keluraga berkenaan untuk saling
bantu membantu di antara satu sama lain.
Keperihatian yang tinggi si suami kepada isteri menjadikan
isteri begitu menyanyangi si suami, kerana sisuami punyai keperihatian yang
tinggi, bila ada apa-apa masalah yang dikemukan oleh isteri atau ahli keluraga,
ianya akan cepat-cepat mencari alternative untuk menyelesaikan permasalahan
yang timbul. Orang yang punyai sikap sebegini amat di sayangi oleh wanita,
kerana memang menjadi sifat semula jadi untuk mendapat perhatian dari lelaki,
lebih-lebi lagi dari suaminya.
Keperihatinan yang tinggi juga akan menyebabkan anak-anak
sentiasa menrespect si bapa. Bila si bapa sebagai keluarga di beri respek oleh
anak-cucu mereka dalam apa jua keadaan,maka akan memudahkan sibapa memainkan
peranannya untuk melahirkan keluarga yang bahagia sebgaimana ditunjukkan oleh
Rasullallah SAW.
Suami yang mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap
keluarga, akan sentiasa mengigati keluarga di rumah, akan di fikirkan kebajikan
keluarga. Jika dia berada di luar negeri, akan seringkali mengigati isteri yang
berada di rumah. Walaupun berada outstation tanggung jawab untuk mengigati
rutin harian di rumah tetap tidak dilupan, saya akan telefon isteri bertanya
khabar tentang makan minum, ubatan dan kesihatan isteri yang sakit lumpuh,
begitu juga tentang kebajikan dan makan minum kedua ibu dan ibu mertua yang
telah tua. Bila sikap keperihatinan ini saya lakukan, anak-anak yang ditugaskan
menjaga ibu dan nenek merekan akan pastikan semua tugasan rutin setiap hari
dilakukan mengikut jadual yang sepatutnya.
Suami yang perihatin juga akan pastikan semua keluarga di
bawah amanah tanggung jawab yang ditetapkan oleh syarak anak dilaksanakan
sebaik mungkin. Umpamanya berkaitan nafkah, saya akan pastikan disediakan
secukupnya pada setiap bulan. Untuk pastikan nafkah adalah menukupi saya
terpaksa berkerja kuat setiap masa. Satu keadaan yang agak meruncing bagi saya
apabila dikehendi bersara pada umur 55 tahun. Jumlah wang persaraan saya hanya
RM1.3K sahaja sebulan, sedangkan perbelanjaan bulanan adalah dalam likungan RM3
– 4K sebulan. Untuk menampung kekurangan itu, saya terpaksa berkeja dengan
syarikat swasta. Alhamdulilah dengan kesungguna saya untuk memperolehi pendapat
tambahan bagi menampung kukuranga wang pencen, Allah telah merustinya dengan
memberi saya kerja, dan gajinya juga adalah mamapu mencukupi segala kekurangan.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Suami yang
mempamirkan keperihatinan yang tinggi kepada keluraga akan mendapat sanjugan
dari semua ahli keluraga mereka. Dia akan direspek oleh isteri dan anak-anak dan
menantu serta cucu-cicit mereka.
2.
Suami yang begitu
perihatin terhadap keluarga akan menjadikannya seorang yang sentiasa kuat
bekerja bagi mencari naafkah untuk diberi kepada keluarga mereka. Jika dia mempunyai
sifat yang gigih untuk berjaya dalam kehidupan, sudah pasti suami sebegini akan
memperolehi kejayaan pada akhir penghidupan berumah tangga dan . Suami sebegini
adalah orang yang berdedikasi setiap masa, dan sudah pasti Allah Yang Maha
Pemurah akan memberi rezeki yang secukupnya.
3.
Suami yang pamer
keperihatinan yang tinggi kepada keluraga akan sentiasa pastikan ia akan
menjalankan amanah untuk menjaga keluragnya mempunyai sumber pendapat yang
mencukupi, diperolehi melalui sumber yang halal. Dalam aspek perbelajaan
terhadap keluarga saya tidak kekdekut tetapi tidak pula sampai boros berbelanja.
Sikap ini menyebabkan dia begitu perihatian terhadap usaha mencari rezeki yang
mencukupi kepada keluraga setiap masa, dan Allah telah janjikan bahawa orang
yang gigih berusaha akan memperolehi razeki yang dihajatinya. IsnyaAllah.
4.
Si suami yang
perihatian kepada keluarga akan memperolehi rahmat dan hidayah Allah sepenjang
masa. Ini kerana suami yang perihatian akan pastikan dianya sentiasa mematuhil
perintah Allah terutamanya berkaitan dengan ibadat solat. Bila solat dirinya
dan keluarga sentiasa dijaga menjadikan kelurga mereka berada dalam peliharaan
dan kerahmatan Allah sepanjang masa. IsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.