Sebagai ketua keluarga, suami
haruslah matang dan bersedia untuk membuat sebarang keputusan. Peranan suami
dalam mengemudi rumahtangga perlu bersandarkan kepada beberapa perkara seperti
kewajipan memberi nafkah atau sara hidup kepada isteri dan anak-anak. Sara
hidup ini berupa makanan, minuman, pakaian seta tempat tinggal yang sesuai dan
munasabah menurut kemampuannya.
Untuk menjadi suami yang matang
seseoran itu perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu, samada ilmu agama yang
asas yang membolehkannya menjadi penraju kepada keluarga dan juga sebagai
pembimbing kepada isteri dan anak-anak dan keluarga semgo ianya dapat membawa
kejayaan keluarga untuk mendapat keredaan Allah di akhirat nanti. Disampin itu
seorang suami juga mesti mempunyai ilmu yang berkaitan dengan keperluan hidup
keluarga seperti merancang ekomoni , merancang masa depan keluraga serta
mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk men gemudi rumah tangga supaya menjadi
rumah ku syurga ku.
Apabila si suami memiliki
kedua-dua ilmu berkaitan dengan kefahaman agama dan juga ilmu berkaitan
pengurusan keduniaan seperti ekonomi, pendidikan, rumah tangga dan kekluargaan
ianya akan menjadi suami yang matang, dimana dia akan membuat keputusan untuk
mempastikan semua keluarga mematuhi arahan agama secara hikmah dan mengikut
sunnah dan juga berjaya memberi segala keperluan asas kehidupan di dunia ini.
Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat
membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
Sebaliknya jika suami adalh seorang yang kurang matang ianya
akan menyebabkan timbul beberapa masalah dalam kehidupan berkeluraga. Seorang
yang kurang matang dapat dilihat
berdasarkan kepada tingkah lakunya sperti berikut:-
a) Tidak mampu
berdikari dan banyak bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu
perkara.
b) Tidak pandai menguruskan diri seperti memilih pakaian yang sesuai dengannya.
c) Kurang pembersih dan tidak pandai menjaga pakaian, tempat tidur, tempat kerja dan sebagainya.
d) Kurang pandai bergaul dengan orang lain. Suka menyendiri dan seperti berada dalam dunianya shaja tanpa mempedulikan orang lain.
e) Tiada perancangan untuk masa depan yang lebih cerah. Pentingnya perancangan ini adalah sebagai motivasi untuk dirinya untuk berusaha sebaik mungkin agar impiannya mampu tercapai.
f) Tidak bijak berbelanja dan banyak menghabiskan wang pada perkara yang tidak bermanfaat.
g) Tidak dapat mengawal emosi dalam perkara kecil mahupun besar.
h) Kurang serius apabila menangani permasalahan yang boleh dianggap serius.
b) Tidak pandai menguruskan diri seperti memilih pakaian yang sesuai dengannya.
c) Kurang pembersih dan tidak pandai menjaga pakaian, tempat tidur, tempat kerja dan sebagainya.
d) Kurang pandai bergaul dengan orang lain. Suka menyendiri dan seperti berada dalam dunianya shaja tanpa mempedulikan orang lain.
e) Tiada perancangan untuk masa depan yang lebih cerah. Pentingnya perancangan ini adalah sebagai motivasi untuk dirinya untuk berusaha sebaik mungkin agar impiannya mampu tercapai.
f) Tidak bijak berbelanja dan banyak menghabiskan wang pada perkara yang tidak bermanfaat.
g) Tidak dapat mengawal emosi dalam perkara kecil mahupun besar.
h) Kurang serius apabila menangani permasalahan yang boleh dianggap serius.
Dalam menentukan sifat kematang sebagai seorang suami, saya
sendiri tidak pasti. Adakah saya seorang suami dan juga bapa yang matang dalan
menentukan apa-apa tindakan yang perlu di ambil untuk mnyelesaikan beberapa
masalah dalam keluarga kami. Kerana adalah sukar bagi kita untuk menilai diri
sendiri tentang sesuatu perstasi yang di capai. Apa yang boleh saya lakukan
hanya melihat kembali beberapa keputusan yang saya lakukan untuk keluarga
sebelum ini bagi mencari penyelesaian yang
terbaik.
Salah satu dugaan yang dialami saya dalam menangani masalah
besar yang dihadapi oleh isteri yang berlaku pada bulan Janjuari 2001. Pada satu pagi saya telah menerima panggilan
telefon oleh anak yang memberitahu bahawa isteri yang dirawat di hospital telah koma, waktu itu
lebih kurang jam 6.00 pagi, setelah mendapat berita yang cemas itu, saya terus
menunggu waktu subuh dan setelah selesai solat subuh terus bergegas ke hospital
yang terletak lebih kurang 3 km dari rumahnya. Sesampai di hospital doktor
memaklumkan bahawa isterinya koma kerana mengalami pendarahan dalam otak. Ianya
perlu di bedah segera untuk menyelelamatkan
nyawanya.
Setelah berbincang dengan keluraga, ada pelbagai
pendapat di antaranya mengatakan tidak
perlu dibuat operation di kepala kerana risikonya amat tinggi dan mengikut
pengalaman hospital kebanyakan pesakit yang mengajalani pembedahan lebih 80%
meninggal dunia atau jika hidup pun tidak akan sempurna malah akan terlantar di
katil untuk menunggu ajal sahaja.
Masih teringat di minda saya bahawa kakak saya yang sulung
memang menentang habis-habisan untuk membenarkan isteri yang koma di bedah.
“ Han, jangan beri kebenaran kepada dokotor untuk lakukan
pembehan kepada Ani tu”, kakak bertegas.
“ Kenapa ?”.
“ Mengikut doktor pakar Prof. Abd. Rahman, pendarahan dalam
otak yang serious sperti di alami Ani tu sukar untuk pulih kembali bila lakukan pembeahan”. “ Majoriti yang
jalani pembedahan tak lama hidup, berkesudahan dengan kematian”. Kakak cuba
yakinkan pendapatnya.
“ KaK Na, saya tidak setuju, jika tidak buat pembedahan bermakma kita buang ikhtiar,
dalam keadaan koma sekrang Ani tidak boleh diselamatkan tanpa pembedahan, tak
kan kita nak biarkan dia mati begitu saja”. Saya memberitahu kakak.
“ Bagi saya baik kita benarkan doktor bedah , itu saja cara
ikhtiar yang ada. Saya yakin jika dia di bedah kita cuba ikhtiar yang terakhir,
kemudian kita solat hajat minta pertolongan Allah, hanya Allah sahaja yang
dapat bantu kita dalam keadaan yang kritikal sebegini”. Saya cuba yakinkan
kakak.
Kakak diam tanpa sepatah kata apabila mendengar hujjah saya.
Setelah mendengar pandangan dari bebrapa pihak termasuk
seorang doktor pakar yang menasihatkan supaya tidak menjalani pembedahan.
Saya selaku suami telah menggunakan pendapat dan pemikiran
sendiri dan setelah melakukan solat hajat mohon pertunjuk dari Allah, dengan
penuh yakin bahawa perlu dibuat pilihan yang tepat, iaitu isteri mesti menjalani
pembedahan, kerana jika menjalani
pembedah berkemunkinan akan selamat adalah 50%. Sebaliknya jika tidak lakukan
pembedahan juga 50% untuk terus hidup
dan lebih kepada hanya menunggu ajal tiba sahaja.Jikal tidak membuat pembedahan
bermakna kita telah tolah kebarangkalian untuk Berjaya 50%. Degan kata lain di
saat yang getir dan putus ikhtiar sebegini hilang kebarangkalian 50% adalah
satu kerugian yang bersar. Oleh saya meyakinkan diri, setelah solat hajat,
bahawa perlu di buat pembedahan kerana kita ada lebihan kemungkinan untuk
selamat, saya membauat andaian jika diizinkan Allah setelah pembedahan ada
peluang 25% bermakna peluang untuk selamat lebih ..Oleh itu saya membuat
persetujuan untuk isteri menjalani pembedahan kepala. Alhamdulilah setelah
pembedahan dikurniakan oleh Allah peluang lebih 45%, kini isteri masih hidup
dan dapat teruskan kehidupan bersama keluarga walaupun mempunyai sedikit
kekurangan iaitu cacat sebelah tubuh.
Setelah menjalani pembedahan Allah Maha Agung telah memberi
kelebihan kepada kami yang begitu mengharapkan pertolongan Allah, isteri telah
dapat diselamatkan, dan ianya hanya mengalami lumpuh sebelah kaki dan tangan
kanan sahaja, dan fungsi lain-lain anggota badan adalah seperti biasa. Saya
memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang masih memberi
peluang kepada isteri untuk menghirup udara dan melihat pembesaran anak-anak
dan cucu-cucu.
Kini telah melewati masa lebih14 tahun dari peristiwa yang cemas dan gentir itu. Saya kini mampu untuk meneruskan khidmat bakti kepada isteri dan keluarga sebagai seorang suami dan bapa yang penuh bertanggung jawab. Katanya pengajaran yang dialami dari peritiwa itu, ialah kita perlu yakin kepada diri sendiri dan juga pertolongan Allah dalam membuat keputusan bagi menyelsesaikan sesuatu masalah penting dalam hidup kita. Pandangan orang lain boleh didengar, tapi keputusan muktamad adalah terletak di bahu kita sendiri. Setelah itu bertawakalah kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang.InsyaAlah kejayaan akan mendatang.
Satu lagi peristiwa yang boleh memberi penilaian bagaimana
pentingkan mempunyai kematangan dalam membuat sesuatu keputusan oleh ketua
keluarga bagi mendapat keputusan yang memberi kebaikan kepada semua. Insiden ini berlaku pada tahun 2001.
Pada suatu petang saya dan isteri keluar berkereta untuk bersiar-siar di Pantai
Irama, Bachok. Ianya merupakan perkara rutin yang biasa saya lakukan untuk
memberi ketenagan kepada isteri yang lumpuh, dengan bersia-siar di pantai dan
dikunjungi oleh ramai orang ia akan dapat memulihkan minda isteri yang agak
murung kerana peyakit lumpuhnya. Sedang kami berihat di tepi pantai tiba-tiba
saya di kejutkan.
“ Abang lihat tu, nampak macam kak long jer.” Isteri
memberitahu sambil menuding jari kerah dua pasangn yang sedang berbual di
bangku di tepi pantai.
“ Betul ke tu along” saya memerhati ke arah yang
ditunjukkan.
“ Betul lah tu, kan tadi along pakai baju macam tu” isteri
cuba yakinkan.
“ nanti, abang pergi tengok” saya bergegas ke sasaran.
Setelah saya berjalan lebih kurang 2 minit. Saya cuba
perhatikan wajah gadis yang sedang berborak dengan seorang jejaka dan saya
begitu pasti bahawa gadis itu adalah anak perempuan saya.
“Assalamualaikum” saya memberi salam. Lantas gadis berpaling
ke arah saya kelihatan wajahnya agak terkejut.
“ Waaaaasalikumussalam. Oh dady,” wajah kak long tiba-tiba
berubah pucat lesi.
“ Along datang dengan siapa kat sini”
“ kawan politek”
“ Along ikut daday, mama nak jumpa” sambil saya memgang
tangan along.
Saya bersama along menuju ke kereta dimana mamanya sedang
menunggu.
Sesampai di kereta.
“Along, siapa lelaki
yang along beborak tadi tu” tanya isteri dengan nada agak kuat
“dia tu kawan politek
ma” along nampak risuau.
“ along tahu tak,
bercakap lelaki dan perempuan di tempat macam ni tak baik, bila orang tengok
nanti dady malu, dikatakan anak dady bebas bersosail, dady kau tu ramai orang
kenal, along tahu tak”. Isteri berleter.
“Along bukang buat
benda tak baikpun, bercakap-cakap aje’ along cuba membela diri.
“ye lah tu, mula-mula
bercakap-cakap lama-lama lain jadinya, faham tak, Agama kita melarang lelaki
dan perempuan bukan murhim berdua-duan, berdosa tau”. lagi keluar dari mulut
isteri bak peluru M 16.
“Ok lah along, dady
minta along bagitahu kawan tu, jika dia minat kak along datang jump dady kita
bincang”.
Saya cuba mententeram
keadaan.
“ Along mari balik
bersama-sama mama”. Isteri mengajak pulang.
Semasa dalam perjalanan pualang isteri masih lagi berleter
kepada anak perempuan sulungnya yang masih menutut di Politiknek, masih ada dua
semsester lagi untuk tamat. Saya yang memandu kereta berlegar-legar di minda
untuk mencara apakah kaedahya untuk mencari jalan penyelesaian masalah itu dengan
cara tarbaik.
Dua hari selepas itu
.
“ Dady kawan along
nak jumpa dady, dimana”.
“ OK, besok kita
jumpa di restoran Hotel Raudah, pukul
11.00 pagi”. Saya menetapkan tempat pertumuan.
Kesoakan harinya
hampir jam 10.40 pagi saya bergegas ke Hotel Raudah. 10 minit kemudian saya
sampai di restoran Hotel Raudah.
“ Encik mahu order
makan” pelayan restoran memberi kad menu kepada saya.
Saya memerhatikan
senarai menu sambil mencari-cari makanan yang sesuai.
“ Bagi saya carot
jus, kurang gula dan ais”.
Pelayan restoran
beredar setelah mendapat pesanan saya.
Beberapa minit
kemudian;
“ assalamualaikum,
lama dah dady sampai” along memberi salam.
“ waalaikumussalam,
baru sekeja je”
“ Ini kawan along,
Edzuan”
“ Apa Khabar Pak Cik’
sambil mengulur tangan bersalaman dengan saya.
“ Alhamdulillah,
khabar baik”.
Along mengambil
tempat di meja sebelah kiri dengan saya dan Edzuan duduk di sebelah kanan
selang sekerusi.
Suasana menjadi
hening sebentar.
“ Edzuan belajar
jurusan apa”. Saya memulakan perbualan.
“ Saya jurusan
engineering , Pak cik”.
“ Dah semester ke
berapa”
“ Semester akhir Pak
Cik”.
Pelayan restoran tiba
membawa menu.
“ nak minum apa,
pesanlah” saya pelawa.
“ along nak orange
jus”,
“ saya pun sama”.
Edzuan memberi kad menu kepada pelayan restoran.
“ Berapa lama Edzuan
kenal anak pak cik” saya memulakan tajuk perbicangan
“ dekat dua
tahun”.Edzan memberi jawapan sambil memerhatiakan kepada saya.
“ Betul-betul kenal
perangai dia” saya cuba dapat kepastian.
“ Dah berkenan dengan
dia”
“ kiranya begitulah’
jawab Ezuan ringkas sambil matanya menjeling kepada Along.
“Kalau dah bekenan,
pak cik minta Edzuan bagitahu keluarga untuk bincang lanjut”.
“ Bertunang sahaja
dulu sajalah, kahwin lepas habis politek” Along mencelah.
“ Kita bincang lanjut
bersama keluarga Edzuan nanti”. Saya beri pandangan.
“ Baiklah pak cik,
nanti saya bagitu abah” Edzuan tunduk malu, mukanya kelihatan ceria.
“Ok lah Along, dady ada mesyuarat petang ni, dady
minta diri dulu”. Sambil bersalaman dengan mereka berdua.
Saya beredar dari
meja makan dan ke kaunter untuk jelaskan bil.
Dua hari selepas itu
keluarga Edzuan datang ke rumah. Kami sekeluarga telah buat persiapan ala kadar
setelah mendapat makluman daripada along. Perbicangan berhubung masa depan anak
kami berdu dibincangkan pada hari berkenaan.
“ Saya setuju sangat
kita percepatkan perkahwinan mereka berdua”. Kata cik Rosdi.
“ Bagi saya bertunang
lama-lama tak berapa elok kerana mereka berdua di Politek yang sama, Lebih baik
kita kahwin saja mereka berdua, baut kenduri ringkas-ingkas sudahlah, asalkan
yang wajib dari segi hukum kita bereskan’. Saya memberi pendangan balas.
“ Saya pun begitu
juga”. Jawab bapa Edzuan.
Selepas perbincangan
awal keluarga Edzuan di rumah saya itu, dua bulan kemudian Majlis Pertungan di
adakan dan dikuti dengan Majlis perkhwinan dua bulan kemudian.
Saya masih ingat lagi
bagaimana saya memberi cadangan supaya hantaran kahwin untuk anak saya hanya
RM1,000 sahaja. Ibu Edzuan pernah memberi cadangan untuk memberi hantaran
lebih.
“ Tak malu kepada
orang kampong ke Nik letak hantaran sebanyak RM1,000”. Kata Cik Hasnah, ibu
Edzuan.
“ Bagi ambo tak apa,
sebanyak tu,yang penting kita selesaikan perkara wajib dan permudahkan urusan
kahwin”. Saya memberi jawapan balas.
“ lagipun saya
sebenarnya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa dalam urusan kahwin
ini tidak di galakkan meletakkan harga hantaran mahal sangat, berbelas ribu,
menyusahkan anak menantu”. Saya bercakap ala ustaz memberi ceramah agama untuk
menyakikan pendapat saya.
”Saya bukan apa, nak
jaga nama Nik” Cik Hasnah beri pendapatnya.
“ Tak apa cik Nah,
saya penting agama bukannya kata orang, yang kita buat ini ikut sunnah dan
memudahkan anak kita juga, mereka tu sedang belajari lagi, nanti menyusahkan”.
Saya cuba yakinkan.
Itu semua adalah kisah kami mengadakan perbicangan untuk memudahkan
majlis perkahwinan anak sulung saya dan pasangannya pada tahun 2001 dahulu.
Bila saya kenang kembali keputusan yang dibuat itu adalah amat bermakna sekali
kerana banyak memberi kemudahan kepada anak menantu untuk berumah tangga dan
mereka hidup bahagia semenjak hampir 13 tahun lepas dan kini telah mempunyai 4
orang cahaya mata.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Suami perlu mempunyai
kemantangan yang tinggi dalam membuat sesuatu keputusan yang penting dalam
keluarga. Ini bertepatan peranannya sebagai ketua keluarga, dengan ada
kematangan yang tinggi sesuatu kuputusan yang di buat semasa kecemasan akan
menghasilkan keputusan yang paling tepat sekali dalam menyelsaikan sesuatu
masalah. Tanpa kematangan yang tinggi menyebabkan sukar bagi suami untuk
membuat keputusan yang paling tepat dan terbaik untuk keluarganya. Jika
keputusan boleh dipengaruhi oleh orang luar disebabkan si suami tindak kompeten untuk membuat
sesautu keputusan yang kritikal dan genting, maka akan timbulnya perasaan
kurang sepect daripada keluarga mereka. Untuk memiliki kemahiran dalam membuat
keputusan ini, kita sebagai suami dan peneraju rumah tangga perlu pada setiap
masa mencari ilmu untuk tingkatkan kemahiran membuat keputusan.
2.
Suami perlu banyak
bersabar apabila menghadapi sesuatu keadaan yang kritikal dan gentir..
Kesabaran yang tinggi membolehkan saya berfikiran waras dan mencari rasional
yang paling tepat dengan sesuatu masalah sabagai alternatif yang terbaik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah penting. Kesabaran juga membolehkan si suami
berfikiran lebih rasional dalam mencari pilihan yang terbaik untuk tentukan
sesuatu keputusan.
3.
Orang yang mempunyai
kematangan yang tinggi akan mempunyai wibawa untuk menerajui sesuatu oraganisasi.
Dalam kes suami sebagai ketua keluarga ia akan menjadi kepala keluarga yang
berwibawa dan dihormati oleh si isteri,anak-anak, mertua dan ipai duai.
4.
Seseorang yang
memunyai kematangan dan wibawa yang tinggi akan menjadikannya mendapat respect
dari orang lain. Peribadi yang begini mebolehkan ianya menerajuai sesatu
organasi dengan baik dan mempunyai krisma kepimpinan. Pemimpin yang
berwibawa dan mempunyai krisma akan
mendapat sokongan yang padu dari para pengikutnya. Kerjasama yang jitu diantara
pemimpin dan pengikut akan membawa kejayaan kepada organisasi berkenaan. Dalam
kes keluraga dan rumah tangga ianya akan menjadikan rumah tangga berkenaan
mencapai staus rumah tangga bahagia yang akan mebawa kejayaan dunia dan akhirat, jika kepimpinannya sentiasa berpandukan
kepada syariat Islam dalam membuat sesuatu keputusan. Hidayah Allah akan
diperolehi. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.