Perasaan cemburu sememangnya sifat semulajadi manusia. Dalam
kes hubungan dua sejoli yang sedang dilambung mabuk cinta asmara perasaan
cemburu kerap berlaku. Justru, jika rasa cemburu ini hilang, kecintaan seseorang
terhadap sesuatu boleh dipertikaikan. Sesungguhnya cemburu dalam Islam lebih
mulia dan bernilai berbading dengan cemburu
yang dimengertikan oleh kebanyakan muda-mudi masa kini.
Syekh Ibrahim bin Muhammad al-Haqil
menulis dalam bukunya yang berjudul Al-Ghirah Baina as-Syar'i wa al-waqi'.
Menegaskan hakikat perasaan cemburu itu menurut Islam sama sekali bersih dan jauh sekali dari nafsu berahi keduniaan.
.
Cemburu dalam bahasa Arab memakai kata “ghirah” yang bermaksud ialah apabila seseorang menyaksikan sesuatu ajaran agama Islam diperlekeh dan tidak diindahkan, hatinya terdetik dan memberontak untuk mencegah kemukaran berkenaan. .
Seorang mukmin sejati akan merasa cemburu dan tak selesa ketika melihat larangan-larangan Allah SWT banyak dilanggar. “Inilah hakikat cemburu,” tulis Syekh Ibrahim. .
Kurangnya perasaaan cemburu dalam dari seorang mukmin menunjukkan imannya sangat lemah. Karena, sepertimana di tegaskan oleh hadis riwayat Bukhari Muslim dari Abu Hurairah, sesungguhnya Allah akan “cemburu”, demikian pula sepatutnya seorang mukmin. “Kecemburuan” Allah itu tatkala larangan-larangan-Nya diabaikan. .
Rasulullah SAW merupakan insan mukmin yang paling kuat memiliki rasa cemburu dalam arti syar'i. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah. Rasulullah SAW menegaskan, dirinya merupakan insan “pencemburu” dalam pengertian syar'i. .
“Dan Allah lebih 'pencemburu' lagi,”sabda Rasul. Dan, para sahabat merupakan generasi berikutnya yang “mewarisi” rasa tersebut secara kental. .
Perasaan cemburu itu, sangat penting dalam Islam. Cemburu dalam pengertian syar'i itu mendatangkan kebaikan dan menghalangi keburukan serta mencegah keporak perandaan dalam masyarakat.
Cemburu dalam bahasa Arab memakai kata “ghirah” yang bermaksud ialah apabila seseorang menyaksikan sesuatu ajaran agama Islam diperlekeh dan tidak diindahkan, hatinya terdetik dan memberontak untuk mencegah kemukaran berkenaan. .
Seorang mukmin sejati akan merasa cemburu dan tak selesa ketika melihat larangan-larangan Allah SWT banyak dilanggar. “Inilah hakikat cemburu,” tulis Syekh Ibrahim. .
Kurangnya perasaaan cemburu dalam dari seorang mukmin menunjukkan imannya sangat lemah. Karena, sepertimana di tegaskan oleh hadis riwayat Bukhari Muslim dari Abu Hurairah, sesungguhnya Allah akan “cemburu”, demikian pula sepatutnya seorang mukmin. “Kecemburuan” Allah itu tatkala larangan-larangan-Nya diabaikan. .
Rasulullah SAW merupakan insan mukmin yang paling kuat memiliki rasa cemburu dalam arti syar'i. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah. Rasulullah SAW menegaskan, dirinya merupakan insan “pencemburu” dalam pengertian syar'i. .
“Dan Allah lebih 'pencemburu' lagi,”sabda Rasul. Dan, para sahabat merupakan generasi berikutnya yang “mewarisi” rasa tersebut secara kental. .
Perasaan cemburu itu, sangat penting dalam Islam. Cemburu dalam pengertian syar'i itu mendatangkan kebaikan dan menghalangi keburukan serta mencegah keporak perandaan dalam masyarakat.
Sabda
Nabi SAW yang maksudnya :
“Tiga
manusia akan diharamkan Allah dari syurga;1. Orang yang ketagih arak; 2. Orang
yang menderhakai dua ibu-bapanya; 3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri
atau menyetujui perbuatan zina yang dalam kalangan ahli keluarganya. (Hadis
Riwayat Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503).
Sikap dan perasaan cemburu ini adalah
lumrah dan fitrah kepada manusia. Bukan kita sahaja, bahkan ahlul bait, yakni
keluarga rumah nabi juga mengalaminya. Allah mentaqdirkan kisah ini terjadi
pada ahli bait supaya isteri-isteri
orang biasa boleh belajar daripadanya. Yakni, nabi dan keluarganya bukan
malaikat, mereka juga manusia biasa seperti kita. Kisah ini ada dalam al-Quran
dalam surah at-Tahrim ayat 1-5. Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri
nabi (Hafsah` dan ‘Aisyah) berasa cemburu dengan Zainab yg telah menghidangkan
madu (kegemaran nabi) kepada baginda. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya
kedua-duanya mengatakan mulut nabi berbau pada masa dan tempat yang berlainan.
Nabi yang seperti kita sentiasa maklum, senantiasa menjaga kebersihan mulut dengan
membawa kayu sugi kemana-mana sahaja baginda pergi dan nabi mengharamkan madu
kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati isteri-isteri baginda. Lalu
Allah menceritakan perihal bicara Aisyah dan Hafsah ini kepada baginda.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ ۚ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kaffarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu
suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya.
Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada
seorang madunya) dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka
Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari
rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya
isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada
isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan?
Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat
Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang
tersembunyi).
إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.
إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.
Surah ini sangat-sangat bermakna bagi kaum wanita atau isteri. Isteri-isteri nabi yang dipanggil أمت المؤمنين (ibu orang-orang beriman) ditaqdirkan oleh Allah melakukan kesilapan ini supaya kisah mereka didedahkan dan diabadikan dalam al-Quran untuk dipelajari oleh kita norang-orang yang beriman. Perkara-perkara penting yang perlu wanita pelajari seperti cara layanan kepada suami, tidak menyusahkan suami, tidak terlalu mengikuti telunjuk isteri, perihal menjaga rahsia rumah tangga dan kesedaran yang Allah sentiasa mengawasi rumahtangga dan sifat-sifat isteri yang baik, seperti dalam ayat seterusnya;
عَسَىٰ رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
Dan seharusnya kita apabila membaca
ayat ke 6 dalam surah yang sama merasa gerun dan menangislah serta
bertaubat,semoga kita tidak menjadi bahan bakar api neraka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Sememangnya saya mempunyi sifat cemburu, namun sifat cemburu adalah terkawal, bukanya cemburu buta lagipun situasi untuk berlaku cemburu terhadap isteri agak tipis sekali, kerana isteri adalah seorang suri rumah sepenuh masa, seharian masanya lebih banyak tinggal di rumah untuk mengurus kerja-kerja rutin rumah seharian bersama keluarga. Kini isteri tergolong sebagai OKU yang perlu diberi pertolongan saban masa. Kemungkinan berlaku curang adalah agak sukar sekali.
Sebaliknya,saya
sendiri sentiasa berwaspada untuk mengelakkan isteri merasai cemburu
terhdapnya. Sifat kerja saya di pejabat
yang ramai anggota kerja wanita, saya terpaksa berhati-hanti dan cermat dalam
berkomunikasi di pejabat. Sekali sekala bila perlu kepada kerja lebih masa bagi
menyiapkan satu-satu tugas penting dan perlu disegerakan. Saya akan pastikan tidak
ada ruang untuk memfitnah kerana beruda-duaan lelaki dan wanita di luar waktu pejabat yang boleh mendatangkan syak berlaknya
khlawat. Saya akan bertindak secara proaktif
umpamanya saya akan pastikan lebih 2 orang bekerja lebih
masa di luar waktu pejabat.
Petua saya menjadikan
saya seorang yang cemburu secara positif
ialah dedngan meletakkan diri kita dalam situasi orang yang cemburui Apabila
kita meletakan diri kita dalam keadaan perasaan orang lain kita akan dapat
rasakan betapa peritnya seseorang yang menanggung perasaan cemburu terhadap
pasangan yang disayanginya. Setelah kita dapat menyelami perasaan mereka, maka
kita cuba mencari jalan untuk mengelakkan timbul perasaan cemburu itu. Dengan
mengamalkan kaedah meletakkan diri kita dalam kasut orang lain ini kita dapat
mencari alternatif untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku. “Mencegah
adalah lebih baik daripada mengubatinya”.
Saya sentiasa
berhati-hati dalam isu cemburu ini kerana isteri pernah meluahkan perasaan
cemburunya pada satu suasana di hospital yang berlaku pada tahun 1986 dahulu;
“ abang kenapa lama
sangat bercakap dengan dia tu tadi” isteri personal
“ dia tu kawan lama
abang semasa di sekolah menengah dahulu”
“girl friend lama lah
tu, sebab tu nampak mesra sangat”
‘ eish mana, tidak
lah, biasa je”
“ kenapa bila ayang
panggil abang tak dengar”
“ memanglah bila lama
tak jumpa, borak pun seronok”
“ abang ni nak kena
tu, nanti dia” isteri mula tarik muka masam
“ok abang minta maaf
sayang, lain kali tak buat lagi, ok” saya memujuk sambil mengosok manja isteri
yang sedang baring di katil wad.
Smenjak dari
peristiwaitu saya sentiasa berhati-hati
dalam pergaulan seharian untuk menghindarkan dari perasaan cemburu isteri.
Kerana saya sendiri juga mempunyai perasaan cemburu apabila melihat isteri
berbual dan berborak dengan lelaki lain. Pernah berlaku semasa kami menunikan
fardu haji di Mekah pada tahun 2009 dahulu.
Sebagai contoh,
Cemburu seseorang isteri terhadap suaminya ialah kerana ia mendapati suaminya
mempunyai hubungan rapat dengan wanita lain diluar ruanglingkup keluarga
mereka, umpamanya hubungan dengan rakan sekerja, hubungan ketua dengan pembantu peribadi, atau hubungan
dengan wanita melauli laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.
Kesimpulannya untuk
mengelak berlaku cemburu yang keterlaluan diantara suami dan isteri, tindakan
yang paling efektif adalah masing-masing memainkan peranan untuk menjauhi
tindak tanduk yang membolehkan timbul perasaan cemburu. Sebagaimana kata
pepatah Melayu “Mencegah adalah lebih baik dari mengubati”. Dalam Islam juga ada mengajar umatnya supaya
“ Jangan menghampiri zina”
Dalam kes cemburu ini
peranan suami adalah amat penting, sebagai ketua keluarga yang berkuasa dan
mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap isteri. Untuk megelakkan perasaan cemburu
yang boleh membawa keruntuhan rumah tangga adalah terletak pada sikap suami
yang mempunyai keterbukaan terhadap sesuatu isu cemburu. Lebih mujarab lagi
jika suami mengambil langkahan proaktif dengan sentiasa berwaspada terhadap
gerak gerinya setiap hari bagi mempastikan ianya berjalan berpandukan ajaran syariah Islam dan sunnah, dan yang paling
penting ialah mempastikan tidakan pergaulannya di luar rumah tangga hendaklah
cuba elakkan situasi yang boleh menimbulkan perasaan cemburu oleh isteri dan
anak-anak serta kerabat keluarga.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Sifat cemburu adalah
sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk semua manusia tanpa mengira jantia
lelaki atau wanita.
2.
Cembur yang positif
adalah baik untuk mengelakkan menjadi suami yang dayus.
3.
Jika cemburu
berlebihan seperti cemburu membabi buta boleh mengakibatkan perhubungan suami
isteri akan musnah dalam sekelip mata, kerana pada kelazimannya orang yang
cemburu membabi buta akan bertindak di luar jangkaan, lebih-lebih lagi bila
cemburu kerana disyakki isterinya ada hubungan sulit dengan orang lain atau
keadaan sebaliknya.
4.
Bagi mengelak
berlakunya cemburu yang berlehan atau cemburu negetif, tindakan untuk
menjauhkan perbuatan yang boleh mencetus perasaan cemburu suami isteri perlu
dielakkan dan dijaukan daripada berlaku dalam kehidupan seharaian. Kerana
tindakan berhati-hati dan selalu berwaspada oleh suami dan isteri akan
menghalang berlaku cemburu berlebihan yang boleh merutuhkan mahkota rumah
tangga yang dibina selama ini.
5.
Cemburu yang positif
yang digalakkan oleh Islam ialah cemburu dengan orang yang boleh melakukan amal
ibadat dengan baik sekali, atau seorang yang sentiasa berusaha untuk menambah
ilmunya samada ilmu dunia dan lebih-lebih lagi ilmu akhirat. Kita sarankan
supaya cemburu dengan hasrat melakukan perkara yang sama dengan lebih baik
lagi.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.