Suami diamanahkan untuk menjadi ketua keluarga dan pemimpin
bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34:
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan”
Sehubungan dengan itu, Islam mewajibkan kepada para suami
sebagai ketua keluarga untuk
melaksanakan tanggung jawab mengemudi rumahtangga ke arah peraturan dan
disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6: Maksudnya: “Wahai
orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang
bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”
Para ulamak semasa mengulas ayat al-Quran ini telah
menyatakan bahawa Allah memerintahkan agar setiap suami mendidik diri agar terselamat daripada seksaan
api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Seterusnya suami juga
berkewajipan untuk mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati Allah
serta melarang mereka daripada terjebak dalam sebarang perkara maksiat:
‘Nasihatilah mereka serta didiklah mereka supaya kamu dan
keluarga kamu terselamat daripada azab api neraka yang besar yang bahan
bakarnya terdiri daripada manusia dan batu’ (Dr Wahbah Zuhayli, al-Tafsir
al-Munir, 28/316).
Ayat al-Quran di atas telah dikuatkan lagi dengan ayat lain
yang menggambarkan tentang perkara yang sama iaitu mendidik serta menyuruh ahli
keluarga untuk mentaati perintah Allah. Firman Allah dalam Surah Taha ayat 132:
Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan
hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami (Allah) tidak meminta
rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa”.
Nabi SAW telah bersabda:
مروا
أبناءكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع
(
رواه أحمد وأبو داود والحاكم)
Maksudnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika mereka
berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (sekiranya tidak mahu bersolat) ketika
mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka”.
Kesimpulannya, peranan suami dalam mengemudi rumahtangga
adalah dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:
1) Memberi nafkah (sara hidup) kepada isteri dan anak- anak
berupa makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah
menurut kemampuannya. Firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 7: Maksudnya:
“Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa
Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang
diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang
Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan
sesudah berlakunya kesusahan”.
2) Memberi didikan dan asuhan agama sepenuhnya kepada isteri
dan anak-anak serta sanggup berkorban kerana kebahagiaan mereka. Firman Allah:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu
(berhala)…”
Sekiranya suami tidak mampu memberi didikan agama
kerana kejahilannya, maka menjadi kewajipannya mencari guru atau menghantar
mereka ke tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu agama mereka seperti kelas
al-Quran, fardhu ‘ain dan sebagainya.
3) Bertanggungjawab tentang
didikan dan pelajaran anak-anak selaras dengan kehendak Islam. Sabda Rasulullah
s.a.w.:
كل
مولود يولد على الفطرة، فأبواه أن يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Maksudnya: “Setiap kanak-kanak itu
dilahirkan di atas fitrah (sifat semula jadi) dan kedua ibu bapanyalah yang
mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”
4)
Memelihara dan melindungi rumahtangga, isteri dan anak-anak dari sebarang
bahaya. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang
menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan
janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka(di tempat tinggal mereka
itu) dengan tujuan hendak menyusahkan keadaan mereka (supaya mereka keluar
meninggalkan tempat itu” (Surah al-Talaq : 6)
5) Membimbing dan memberi tunjuk
ajar kepada isteri dan anak-anak dengan cara pimpinan yang bijaksana bagi
mencapai kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai seorang ketua dalam rumah
tangga yang mampu bertindak dalam berbagai keadaan dan suasana dengan penuh
bijaksana. Firman Allah: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan
pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”
“Apabila berjauhan,
saya akan telefon atau SMS bagi mengingatkan solat. Wasiatkan isteri untuk
solat fardu dan sunat.”Solat adalah amal ibadat yang pertama diadili di padang
mahsyar , jika sempurna solat kita, maka amalan lain akan mendapat ganjarannya.
Tetapi jika solat kita ditolak, bermakna kita akan menghadapi keadaan yang
sukar.
Tindakan sentiasa mengiganti isteri tentang solat telah
menjadi amalan saya sepanjang hayat, kita selaku suami dan ketua keluarga adalah
diberi amanah untuk mendidik isteri dan ahli keluraga supaya menjadi manusia
yang soleh dan solehah, Itulah yang di ajar oleh Islam yang ditunjukkan oleh
Rasullah SAW. Sebagai suami saya merasa
amat takut bila di akhirat nanti saya tidak dapat disegerakan hisabnya di Depan
Allah kerana tidak mempastikan semua keluarga di bawah pimpinan dan jagaan kita
tidak mendirikan solat, atau solat tidak sempurna.
Oleh itu saya akan cuba mepastikan isteri akan mengerjakan
solat pada setiap waktu. Untuk itu saya mebiasakan diri mengerjakan solat berjemaah bersama isteri di rumah,
terutamanya pada masa kami masih baru mendirikan rumah tangga dahulu dan masa itu kami belum lagi
dikurniakan anak. Setelah dikurniakan anak sehingga memperolehi 7 orang zuriat, telah menjadi
kelaziman dalam keluraga kami menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam. Bagi
suami sedaya upaya solatnya akan ditunaikan di masjid. Manakala si isteri akan
menunaikan solat di rumah. Bagi anak-anak kami pula menjadi pilihan
masing-masing sama ada solat di rumah atau di masjid.
Setelah isteri sakit semenjak 14 tahun lepas, saya
terpaksa membantu isteri untuk mengambil
wudud dan memakai telekong solat. Biasanya selepas saya telah selesai
menunaikan solat berjemaah di masjid. Bila kawan-kawan menayakan soalan bagai
mana saya selaku suami dapat membahagi masa untuk mengambil wudud isteri setiap
hari dan tidakkah ianya terasa penat melakukannya sejak 14 tahun lepas. Saya menerangkan kepada mereka bahawa petua
yang paling utama untuk melakukan sesuatu tugas tanpa rasa penat dan jemu ialah
dengan memasang niat yang ikhlas dan menaggap segala tugas itu adalah satu
kewajipan yang mesti dilakukan oleh suami apabila isterinya mengalami kesakitan
dan sukar untuk melakukan sendiri.
Bagi saya itu tugas yang wajib saya sendiri selsaikan. Jika
anak-anak atau saudara mara lain mahu tolong ianya merupkan satu tugas
sampingan mereka. Bukan tugas utama. Dengan memasang niat sedemikan serta
dengan izin Allah saya mampu menyempurnakan tugas rutin setiap hari untuk
mengambil wudud isterinya untuk solat setiap waktu. Bagi menambahkan lagi
dorongan untu melakukan tugas rutin berkenaan dengan lebih bersemangat, saya
telah meletakan harapan yang tinggi kepada Allah swt yang tugasan membantu isteri sakit dalam
mengerjakan amal ibidat itu, akan dicatat sebagai salah satu kerja amal soleh
yang akan diberi ganjaran pahala di akhirat kelak.
Bagi saya ganjaran pahala yang dijanjikan olerh Allah untuk
orang-orang yang mengerjakan kebajikan dan amal soleh itu dengan nilai syurga
yang tidak ada tolak bandingnya dengan nilai kekayaan dan kesenangan di dunia ini. Ini mendoring diri saya untuk melakukan
dengan cara yang terbaik, semoga ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di akhirat
kelak juga adalah yang terbaik. Saya juga memasang harap supaya kerja yang
dilakukan ini akan menjadi penambahan pahala jika timbagan dosa saya melebihi timbangan pahala, Ya Allah jauhkan
diriku dari situasi sebegini.
Sekali sekala saya selaku bapa yang menjadi ketua keluarga
yang diberi amanah untuk mendidik dan
mempasitkan semua keluarga yang baligh,
sempurna akal akan diberi SMS sebagai peringatan bahaw solat adalah wajib dan
perlu disempurnakan pada waktu yang ditetapkan. Saya sering kali menghantar SMS
kepada semua anak-anak melalui media sms.
Isi SMS yang biasa dihantar : “ Salam, anak-anak yang dady n mama
sayangi, solat adalah tiang agama, tunaikanlah pada waktunya semoga kita semua
akan mendapat ganjara syurga Allah di ahikrat nanti” .” solat adalah kewajipan
yang perlu dilakukan pada awal waktu”.
Selain solat , ibadah lain yang diberaktan oleh saya kepada
keluraga ialah menutup aurat, saya selalu mengiganti kepada isteri, anak-anak
bahawa kewajipan menutup aurat adalah perkara utama dalam kehidupan seharian.
Bila saya menasihati keluraga tentang keperluan menutup aurat dikatakan bahawa
jika kita tidak menutup aurat, bermakna kita hidup seharian dalam kemurkaan
Allah, bila Allah murka kita bukan sahaja dicatat oleh malikat dengan dosa,
tetapi kehidupan kita sehiran juga tidak mendapat keredaan dan keberkatan
Allah. Jadi sebagai satu analog yang mudah, jika kita benci atau tidak suka
seseorang yang datang ke rumah kita adakah kita layan dia dengan baik atau
layan dengan ala kadar sahaja. Sebaliknya jika orang yang berkunjung ke rumah
kita itu adalah orang yang kita muliakan dan hormati, atau kita sangat-sangat
kasihi, sudah tentu kita akan memberi layanan yang paling istimewa untuk memberi keselesaan
dan kesukaan kepada tamu kita itu. Cuba
- cuba kita renungkan.
Satu lagi ajaran agama yang diberi penekanan oleh saya
kepada keluraga, Saya juga memberi penekana aspek menjaga amanah, kita mesti
sentiasa iklas dan tidak menipu. Bercakap benar dalam kehidupan seharian dan
pergaulan dengan masyarakat. Bila sifat-sifat baik ini telah menjadi pakaian
dalam pembetukan imej peribadi kita dalam kehidupan bermasyarakat, maka kita
akan dikenali sebagai seorang yang mempunyai hati budi yang baik dan mulia.
Satu lagi perkara yang diberi penekan ialah sentiasa menjaga
penampilan periabadi dan menjaga maruah dalam pergaulan dengan masyarakta.
Mesti berkelakuan baik dan dihormati oleh masyarkat.
Sentiasa memberi bantuan kepada orang yang merlukan bantuan
sekadar kemampuan kita.
Selain itu amalan
yang menjadi kebiasaan dalam keluarga saya ialah membaca Al-Quran. Saya dan
isteri telah membuat contoh kepada keluraga untuk menjadikan kebiasaan bagi
diri saya dan isteri membacara Al-Quran pada setiap hari, sekurang-kurangnya
satu muka hingga dua muka surat , jika
pada hari cuti hujung minggu dan cuti am akan diberi ruang masa untuk
membaca Al-Quran satu jusuz . Kebiasannya dalam tempoh setahun saya dan
isterinya akan khatam Al-Quran dua hinga tiga kali.
Setengah orang memberi alasan tidak begitu mahir untuk
membaca Al Quran. Pada mulanya saya dan isteri juga tidak begitu lancar membaca
Al-Quran, untuk mengatasinya saya melantik guru Quran datang mengajar isteri
dan anak-anak tiga kali seminggu, program ini mengambil masa dua tahun barulah
isteri dan anak-anak mengenal dan boleh membaca lebih lancar. Untuk memberi
minat yang lebih mendalam kepada isteri supaya mebaca Al-Quran saya telah
membeli “Pen Read Quran” yang mampu membaca Al-Quran melalui system touch and
read, dan kita boleh mengikuti bacaan sambil menyemak tajwid Al-Quran, dengan
cara ini dari hari ke sehari pembacaan
akan menjadi bertambah lancar, apabila kita membaca Quran dengan lancar akan
timbul keseronokan dan ketenangan membaca Al-Quran. Sekrang ini saya dan isteri
telah menjadi satu tabiat jika tidak
membaca akan timbul perasaan tidak sempurna kehidupan hari berkenaan. Mukingkan
ini dikatakan hadayah dari Allah kepada hambaNya yang telah berusaha untuk
mengabdikan diri bagi mendapat keredaan Allah. Alhamdulillah kami panjatkan
jutaan kesyukuran kepada mu YA Allah Yang Maha Agung di atas kurniaan rahmatmu
kepada kami sekerluarga. Amin Ya Rabillalamin.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Sebagai suami dan
ketua keluraga adalah menjadi tanggung jawab untuk mengarahkan isteri dan
anak-anak supay mengerjakan solat lima waktu. Jika tidak memberi arahan dan
isteri dan anak-anak tidak lakukan solat yan wajib 5 waktu sehari semalam.
Beban tangung jawab terletak di atas bahu suami. Di akhirat kelak suami akan di
soal tentang perananya dalam mempastikan semua ahli keluarga menyempurnakan
solat setiap hari.
2.
Suami yang bertanggung
jawab akan menasihati semua keluarga supaya solat setiap hari tanpa jemu-jemu.
Untuk mempastikan anak-anak kita mengerjakan solat kita perlu beri ingatan
kepada mereka tanpa jemu-jemu setiap masa. Di zaman ict sekarang ini kita perlu
peka dengan kemajuan teknologi hand phone dan menggunakannya sebagai salah satu
media untuk mengigatkan mereka tentang solat dan lain-lain amal ibadat.
3.
Al Quran perlu di
baca setiap hari, disamping itu perlu menghayati isi kandungan Al Quran untuk
kita terapkan dalam amalan kehiduan seharian. Bagi memudah pembacaan Al Quran
kita perlu bijak memilih gajet elektronik yang ada di pasaran sebagai pembatu
kepada kita untuk membaca dan memahami Al Quran. Jika kehidupan kita dipenuhi
dengan aktiviti pembacaan Al Quran, Allah akan turunkan hidayah kepada kita,
dan kehidupan kita menjadi tenang dan tidak stress, yang merupakan salah satu
penyakit dihadapi oleh kebanyakan manusia di zaman kini.
4.
Apabila kehidupan
kita dipenuhi dengan aktiviti yang di suruh oleh syariah, maka kita akan menjadi
manusia yang mempunyai hala tuju kehidupan di dunia dan juga bagi mencapai
kebahagian di akhirat yang kekal abadi. Oleh itu sebagai sumai dan ketua
keluarga kita mestilah menjadi pemandu yang mahir dalam serba serbi untuk
membolehkan kita memanu semua keluarga di bawah jagaan kita menuju distinasi
yang diredai Allah di dunia dan diakhirat.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.