Islam memberi kelebihan kepada lelaki berbanding wanita,
Islam menetapkan lelaki adalah pemimpin kepada wanita, lelaki yang ditauliahkan
sebagai suami di beri tanggung jawab untuk memimpin isteri dan anak-anak untuk
menjadi insan yang beriman dan bertaqwa supaya berjaya dalam kehidupan di dunia
dan akhirat.
Oleh itu bila dilahirkan sebgai lelaki jangan lah merasa ego
terhadap wanita, tetapi insaflah bahawa amanah lelaki untuk menjaga dan
membimbin wanita baik yang bergelar ibu, isteri atau anak. Manakal lelaki yang
bergelar suami, abang dan anak lelaki diberi tanggung jawab untuk menjaga
kepentingan wanita dalam pelbagai aspek.
Jika lelaki tidak memainkan peranan yang ditetapkan
sewajarnya. Mereka akan menghadapi
malasah untuk masuk syurga walaupun amal ibadatnya telah melayakkan
dirinya memasuki syurga tetapi di lalai tanggung jawab kepada wanita yang
diamanahkan kepadanya.
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki
bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita
tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak &
saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab
yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri
walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata
& sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai
Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT
nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang
mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang
atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...
wallahua'lam
Sumber : FB
Ustaz Azhar Idrus.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.