RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday 16 September 2015

Rancang masa untuk bermesra dengan isteri setiap hari.



Mana suami tak sayang isteri, lebih-lebih lagi bila isteri yang cantik dan jelita di matanya. Saya hampir setiap hari akan meluangkan masa untuk bermesra dengan isteri. Satu amalan yang telah dikekalkan sehingga kini ( hampir 35 tahun),

Setiap pagi sebelum meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat kerja, saya akan bertemu isteri untuk beberapa minit, semasa pertemuan itu kebiasaanya di beri pujian seperti mengucapkan “You ni cantiklah, I Love Your darling” di ikuti dengan ciuman mesra.  Ini membuatkan isteri merasai dia dicintai  dan disayangi  sepenuhnya oleh suami sepanjag masa. Perlakuan sebegini sepatutnya di amalkan oleh semua lelaki muslim menandangkan ianya adalah sunnah nabi SAW.
Perlakuan romantik gaya Rasulullah SAW boleh kita teladani. Walaupun  suasana kehidupan suami isteri masa kini sentiasa sibuk dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari rumah sebelum keluar untuk ke tempat kerja. Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata:
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim.
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kereta kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Tindakan ini juga akan menjadikan jalinan kasih sayang akan bersemarak setiap masa dalam rumah tangga. Ini akan menjadikan perhubangan suami isteri bertambah mesra. Perkara sebegini sebenarnya adalah amalan yang sentiasa dilakukan oleh Rasulallah S.A.W. Baginda adalah contoh suami yang paling penyayang dan sentiasa bermanja dengan isteri baginda, betapa romatiknya baginda dengan isteri-isterinya.

Suami perlu mempunyai kemahiran dalam mengurus masa seharian dalam tempoh 24 jam supaya ianya menjadai masa yang berkualiti. Begitu juga perlu di rancang masa yang paling  sesuai untuk berbual mesra dengan isteri setiap hari. Amalan saya ialah pada malam hari, kebiasaannya  akan mengambil masa yang terluang pada sebelah malam terutamanya selepas solat isyak semasa  duduk disofa bersama isteri  menonton TV.

“ Hari ini leteh lah abang, ayang tak sempat nak rehat’ luah isteri semasa saya berehat di depan tv.
“ Idan yang nakal tu ke” saya mencelah.
“ saipa lagi anak jantan abang sorang tu lah”.
“ Bersabarlah sayang, nanti dia besar pandailah i jaga dir’. Saya menyakinkan isteri.
“Ya lah” sambil isteri mengeluh.

Dialog itu berlaku lebih 25 tahun lalu, semasa kami baru beranak dua. Masa itu saya bertugas sebagai ADO.. Kami berbual-bual sambil menonton TV. Suasana sebegini boleh dikatakan  berlaku setiap hari bila saya ada di rumah.  Masa sebegini adalah masa yang paling berharga bagi saya untuk mendapingi isteri dan bertanya khabar. Masa yang perlu di rancang bagi membolehkan  saya bersama isteri dan juga menyelami masalahnya di rumahl sepanjang seharian saya tinggalkan kerana bertugas di pejabat.

Saya akan duduk berhampiran dan bersebelahan, sentuhan dan genselan badan akan melahirkan perasaan kasih sayang yang kuat diantara suami dan isteri. Kekadang kami di lihat seperti “belangkas” setiap kali berada di rumah bila tidak ada tetamu. Anak-anak telah menjadi kebiasaan melihat suasana saya dan isteri sebegini. Bagi saya masa berada di rumah perlu diurus dan digunakan sebaik mungkin. Jika ada ruang untuk bermesra dengan isteri saya akan gunakan semaksima mungkin.

Satu lagi masa yang paling baik untuk berbual mesra dengan isteri ialah pada waktu malam semasa kita bersiap untuk tidur, iaitu pada masa lebih kurang 5 hingga 20 minit sebelum mata terlelap, saya akan berbual mersa dengan isteri dan berinteaksi dengan penuh kasih sayang.

“ ingat tu, sebelum tidur mesti baca 3 kul, ayat kursi dan Basmallah 21 kali” saya memberitahu isteri satu ketika dulu.
“fadilatnya apa bang’.
“ Ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Banyak kafiatnya, bila kita tidur terperlihara dari gangguang syaitan dan mimpi negeri”. Jawab saya kepada isteri yang memerlukan penjelasan.
“ Baca Basmallah pula apa kafiatnya”. Isteri ingin penjelasan lanjut.
“ Kata ayah, jika kita baca Basmallah 21 kali, akan terpelihara dari mati dalam tidur, terhindar rumah di masuki pencuri, elak berlaku kebakaran rumah, dengan izin Allah. Saya memberi kefahaman kepada isteri bak ustaz memberi kuliah agama.
“ O begitu bang”, isteri memberi isyarat yang dia telah faham dan mengosok tangan ku dengan manja.

Amalan ini menjadi rutin saya dan itsteri untuk membaca ayat suci Al Quran dan doa seblum tidur. Basmallah di baca sebanyak 21 kali sebelum lelapkan mata. Petua ini telah di ajar oleh bapa saya semasa saya masih di sekolah rendah lagi, katanya fadilat membaca Basmallah ini akan dapat menghindar kita dari berlaku perkara yang tak baik seperti rumah di masuki pencuri,berlaku kebakaran semasa sedang tidur dan sebagainya. Pesanan arwah ayah ini amat berkesan sekali dalam kehidupan saya. Wallahualam.
                   
Jika saya mempunyai urusan di luar untuk beberapa hari, hubungan dengan isteri akan diteruskan melalui perbualan telefon. Sudah menjadi kelaziman saya akan menghubungi isteri pada setiap pagi setelah selesai solat subuh.

“ Assalamualaikum” saya memulakan perbualan telefon setelah di angkat oleh isteri.
“ Waalaikumussalam abang”. Kedengaran suara isteri di speaker handphone.
“ Dah sembahayang subuh”.
“ dah, baru selesai”                                                                                                                                               
“siapa yang tolong”  bertanya untuk dapat kepastian.
“ Adik Bihah”
“Aldamdhulillah”.

Bertanyakan tentang kesihatan isteri, makan minum  dan ubat  yang perlu dimakan setiap hari adalah rutin bagi saya bila outstation.. Semasa perbulaan kami  sering diselitkan dengan senda gurau yang boleh menyeronokan isteri.

“ Ok, I love you sweet heart, uuuumph”.
“ Abang rindu kat ayang, nak makan epal manis tu boleh tak” gurauan yang bermakan,
“ Nakal abang niiiiii ” suara isteri penuh dengan kemanjaan.

Saya lakukan itu semua sebagai salah satu terapi minda bagi menjaga emosi isteri supaya tidak diselubungi dengan perasaan stress dan kemurungan. Doktor pernah menasihati saya supaya sentiasa mengaja emosi isteri bagi mengelakkan  isteri menjadi stress dan murung. Jika kedaan ini berlarutan ia boleh mengakibatkan berulangnya pendarahan dalam otak.


Pengajaran dan iktibar :

1.      Tindakan  suami untuk sentiasa bermesra dengan isteri setiap kali ingin keluar rumah adalah salah satu senjata yang amat berkesan untuk mengelakkan seorang suami menjalankan hubungan intim dengan perempuan di laur sana. Tindakan ini membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap isteri akan sentiasa hangat dan menjadikannya seperti sausana “baru kahwin” . Ini akan menghalang nafsu syahawat dan syaitan daripada menghasut kita untuk melakukan hubungan sulit dengan wanita lain secara tidak sah dan bertentangan dengan hukum syarak. Bila kita sentiasa fokus kepada isteri dan keluarga kita akan terhindar diri dari digodai oleh syaitan untuk mengajak kita melakukan maksiat dan perbuatan keji seperti mukadimah zina.

2.      Apabila kita sentiasa memperbaharui kasih sayang terhadap isteri akan menimbulkan suasana perhubungan cita yang intim, menjadikan kita sentiasa memperbahrui perasaan cita dan kasih sayang. Ini adalah sesuatu yang amat baik untuk mengeratkan jalian kerukunan rumah tangga. Cuba kita bayangkan semasa kita dalam alam percitaan di zaman remanja dahulu. Sudah tentu hati kita sentiasa ingat akan si dia gadis idaman kita. Begitulah juga situasi yang sama akan berlaku terhadap suami isteri yang sentiasa memperbaharui perasaan cinta dan kasih sayang mereka. Malah dalam hubungan kelaminpun mereka akan merasakan sepereti malam pertama setiap kali  di adakan hubungan intim suami isteri. Tak cuba tak tahu, cubalah tip ini. InsyaAllah.

3.      Kesimpulannya sumai isteri yang saling menjaga hubungan cinta mereka dan sentiasa meperbaharui perasaan cinta di antara satu sama lain, boleh membuahkan hasil yang amat berharga dalam jalinan rumah tanagga dan megukuhkan struktur pembinaan rumah tangga  yang utuh dari segala ancaman luar. Ibarat sebutir berlian yang cantik jika dibiarkan tanpa di cuci dari masa ke semasa oleh sipemakainya, lama kelamaan kilauan sinar berlian boleh pudar dan menjadikannya seperti batu yang tidak bernilai.

4.      Suami juga perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam mengurus masa setiap hari supaya masa 24 jam yang Allah kurniakan itu boleh digunakan secara berkualiti dan memberi impak yang sangat baik dalam mengekalkan kasih sayang hubungan suami isteri.





















No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.