Bukan mudah untuk pulang ke rumah dengan senyuman dan
bersemangat apabila hampir 10 jam kita berada di pejabat dengan pelbagai
perkara yang diurus dan diselesaikan. Bagi mempasti masalah pejabat tidak
terbawa-bawa ke rumah, kita perlu melatih minda supaya dapat membezakan
tanggung jawab di pejabat dengan tanggung jawab di rumah.
Sebaik sahaja hendak keluar pejabat biasanya saya akan fokas
sesuatu akativiti yang akan dilakukan bila pulang nanti.
“ Hari nak masak apa ya” minda saya mula membuat
perancangan.
“ masak ikan patin cili api tempoyak, sedap dan kaya dengan
omega 3” .
“ kalau macam tu kena pergi Pasar Tok Guru, di sana ada
patin fresh”. Diri ku menjawab sendiri sambil meneruskan pemanuan kereta menju
ke destinasi.
Bila sampai di rumah saya lebih fokas kepada tugas untuk
memberi kebahagian kepada isteri, anak-anak dan keluarga. Sifat sebeigini
membolehkan kita mewujudkan suasana bersemangat untuk menjalankan tugas-tugas
membantu isteri dalam menyelesaikan urusan rumah tangga.
Sebagai contoh apabila pulang dari pejabat, pada hari-hari
tertentu saya akan membawa pulang lauk
pauk sayur dan sebagainya untuk dimasak bagi makanan sekeluarga. Walaupun waktu
itu saya pulang dari pejabat lebih kurangan jam 6 petang, saya sempat lagi
membuat kerja-kerja dapur seperti membersih ikan, sayur dan juga memasak nasi dan
lauk pauk untuk makan malam. Selepas semua kerja selesai barulah saya menuju ke masjid untuk menunaikan solat
maghrib dan isyak berjemaah.
Saya terpaksa melatih diri ini untuk membolehkan pulang ke
rumah dengan bersemangat, ini adalah satu tugas penting yang saya perlu
bereskan sebagai rutin harian semenjak isteri mengalami sakit lumpuh sebelah
badan hampir 15 tahun lalu hingga kini.
Keikhlasan yang saya amalkan menyebabkan Allah
menganugerahkan kesihatan kepada saya dalam menyempurnankan tugasan untuk
mengurus rumah tangga dan juga tugas sebagai pengurus di sebuah syarikat
swasta.
Saya juga pernah ditanya oleh rakan sepejabat, bagaimana saya
dapat lakukan kerja di pejabat dan bila pulang ke rumah dapat lakukan
kerja-kerja rumah.
“ Nik I salute you ni, dapat mengurus kerja-kerja rumah
sendirian” Zul memuji ku semasa kami sedang berborak di kedai makan pada suatu
petang.
“dah terpaksa, apa boleh buat” serpon saya.
“ You ni suami mithali”
“Tak adalah, macam orang lain juga” saya memberi response,
“ Bukan apa saya lakukan itu semua kerana amanah dan
tanggung jawab, lebih-lebih lagi isteri saya yang sakit tu”. Saya cubah beri
penjesalan. Zul angguk-angguk kepala tanda setuju.
“ satu sahaja petuanya, kita mesti menanam sikap bahawa segala tugas
yang kita lakukan sebagai suami adalah satu amanah Allah yang perlu dipikul,.
Jika dilakukan dengan penuh tanggung jawab dan keikhlasan Allah akan memberi
ganjaran pahala yang tidak terhingga di akhirat kelak. Itulah motivasi diri
saya Zul”. Saya cuba beri penjelasan kepada Zul.
“ Jika kita tahu betapa besarnya ganjaran pahala apabila
membatu orang sakit yang kita akan dapat di akhirat kelak , sudah pasti kita
tidak akan jemu-jemu membatu, lebih-lebih lagi mebantu untuk ambil wudud dan
memakai pakaian untuk solat, pahalanya besar Zul”. Saya memberi penjelasan lagak
seperti ustaz berkuliah.
“ Jika setiap pertolongan itu di kira 10 kali ganda, bayangkan
jika 5 kali kita akan dapat ganjaran pahala 50 pahala sehari, mengikut gambaran
ustaz satu pahala sahaja di Syurga kita akan di beri kenikmatan tinggal dalam
mahligai yang diperbuat daripada emas
sebesar sebuah istana, bayangkanlah beta besarnya nikmat yang kita akan dapat
nanti”.
“ oleh itu bila kita
di uji dengan musibah seperti isteri sakit teruk yang perlu dibantu setiap masa
adalah satu peluang yang amat bernilai dan anugerah Allah kepada kita untuk
membolehkan kita mendapat pahala berganda. Bukankah itu satu rezeki namanya”.
Saya teruskan cerita, Zul mendengar dengan penuh tumpuan.
“ Bila kita dah
mempunyai kesedaran seperti ini, perasaan susah, penat dan jemu tidak akan
terasa oleh kita, malah kita rasa bersyukur dan seronok pula, Cuma yang penting
kita mohon semoga Allah terus memberi nikmat kesihatan supaya dapat teruskan
kerja-kerja untuk membantu isteri yang sakit tu”.
“ Kalau macam tu
beruntunglah you”. Zul mencelah tanda yakin dengan hujjah saya.
Pemikiran sebegini boleh menjadikan kita tidak terasa penat
apabila melakukan kerja-kerja rumah sebaik sahaja balik dari pejabat. Itulah caranya saya memotivsi diri untuk
sentiasa pulang dengan senyum dan bersemangt untuk lakukan kerja-kerja rutin di
rumah. Secara psikologinya jika kita
menetapkan dalam fikiran bahawa sesuatu
tugas itu adalah wajib dilakukan oleh suami dan juga akan mendapat ganjaran pahala
Allah di akhirat kelak.
“ Bagaiman dengan isteri sekarang” tanya ustaz Hj Mohammad
semasa perbulan kami.
“Alhamdulillah, sihat cara-cara orang sakit” saya memberi
maklmbalas.
“ Dah berapa lama isteri Nik sakit”. Dia bertanya untuk
kepastian.
“ 15 tahun dah ustaz”.
“MasyaAllah, sungguh bertuah Nik, itu satu anugerah Allah”.
“ Tak ramai suami macam Nik dapat memberi bakti untuk isteri
dalam tempoh selama itu” ustaz cuba memberi rangsangan kepada saya.
“Alhamdulillah, saya masih mampu lakukan itu semua dengan
hidayah Allah”.
“ Nik bertuah sebenarnya, tidak ramai di kalangan kita yang
dapat peluang seperti ini”
“ Peluang apa ustaz”. Saya ingin penjelasan.
“ Peluang itu adalah amat besar ganjaranya Nik, kerana
dengan keadaan isteri yang lumpuh tu, Nik mamapu sabar membantunya dalam
kehidupan seharian, terutama menyediakah segala keprerluan isteri untuk solat
dan beribadah itu adalah satu ganjaran paha yang amat bersar Nik”. Ustaz cuba
beri pendapatnya. Saya anggukkan kepada mengiakan pendapat ustaz itu, mana
tidaknya dia seroang alim dan tinggi ilmu agama.
“ Sebenarnya Nik adalah diataran orang yang bertuah kerana
di beri peluang oleh Allah untuk menghadapi ujian-Nya dengan tenang. Dan
ketahanan Nik menerima segala ujian itu dengan sabar dan seiklas hati adaalah
satu tiket untuk ke Syaurga “. Ustaz berkata sambil merenung kepada saya.
“ Alhamdulilah ustaz, kerna sama mampu lakukan semua itu
sebagai tugasan rutin harian, saya juga berdoa semoga di beri kesihatan oleh
Allah untuk teruskan kerja sebegini”. Saya cuba memberi persetujuan di atas
pendangan utstaz dan memberi respon postif.
Persitiwa itu berlaku hampir 5 tahu lepas. Nasihat utstaz
itu saya jadikan sebagai faktor motovasi kepada diri saya dalam menghadapi
keletehan dan kepenatan semasa kembali dari pejabat setelah seharian bertugas
untuk menyelsaikan tugasan yang berlambak itu. Keadaan ini membolehkan saya
pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan lapang. Bila sesampai sahaja di
rumah saya dapat meneruskan rutin kerja rumah setiap hari.
Sikap sebegini akan mendatangkan keseronokan untuk melakukan
kerja rumah. Kita boleh lakukan dengan baik tanpa rasa letih dan jemu kerana
set minda kita telah dapat memberi kekuatan kepada keadaan fizikal badan kita. Komitmen
yang begitu tinggi untuk mepastikan segala tanggungjawab sebagi seorang suami
kepada isteri dan keluarga. Bila di lihat dari sudut tuntutan Islam sebagai
seorang suami yang perlu memberi tanggung jawab sepenuhnya kepada keluarga
untuk melahirkan umat yang soleh dan solehah hasil zuriat kita nanti, ini
adalah faktor dorongan motivasi yang tingggi yang selalu saya pasangkan dalam
minda saban masa. Ia telah sebati dengan kehidupan seharian saya. Dan ganjaran
pahala yang begitu besar membuatkan kita akan bertambah bersemangat untuk
pulang ke rumah bagi menunaikan amanah sebagai seorang suami.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Suami mestilah
mempunyai kemahiran untuk memisahkan di antara tugas di pejabat dan tugas sebagai
ketua keluarga di rumah. Bila suami mempunyai kemahiran untuk memisahkan tugas
pejabat dan tugas rumah akan membolehkan suami menumpukan perhatian bagi mengadi
ketua keluarga yang betul-betul beperanan dan bertanggung jawab. Situasi
sebegini jika berjaya dilakukan oleh
seorang lelaki bergelar suami , sudah pasti rumah tangga mereka akan bahagian
dan ianya akan menjadi rujukan kepada anak-cucu mereka. Suami sebegini akan menjadi mentor dan idola kepada
anak cucu untuk mereka menempuh dunia yang fana ini di masa-masa hadapan.
2.
Satu kelebihan kepada
suami yang mempunyai sikap sebegini, ianya akan menjadi idola kepada anak cucu
mereka dalam menempuh kehidupan bekerja. Setelah ianya menjadi idola keluarga
sudah pasti, apa jua pandangan si bapa berkaitan dengan masalah kekeluargaan
akan diikuti oleh anak cucu mereka.Menjasayan saya adalah orang yang paling dihormat
oleh seluruh keluarga. Situasi ini akan
melahirkan suasana hormat-menghormati
dan kasih- mengasihi dikalangan ahli keluarga.
3.
Jika kita melektakkan
sesuatu kerja itu sabagai satu amamah Allah dan juga akan memperolehi ganjaran
pahala yang besar di akhirat kelak. Ianya dapat disempurnakan dengan baik dan
kita tidak akan rasa jemu untuk melakukannya. Sebenarnya inilah caranya jika
kita berusah untuk mendapat kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat
seprtimana doa yang sering kita baca selepas solat setiap hari.
4.
Sebgai seorang Islam,
pengharapan untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat adalah satu cara yang
paling efektif untuk memberi rangsangan diri bagi mengekalkan kecergasan minda
dan fisikal setiap hari. Bila kita memunyai matlamat yang begitu tinggi dan
dengan seribu perharapan dari Allah. Kita akan dapat satu sumber tenaga dalaman
yang dapat memberi ‘booster’ kepada kudrat fizikal kita untuk terus bekerja.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.