Bagi pasangan yang baru sahaja di ijabkabulkan adalah perkara biasa
untuk bergurau senda diantara sumi dan isteri, maklumlah mereka baru saha dapat
mengenali secara hakiki di antara satu sama lain, dapat mengenali hati budi secara
zahir dan batin. Lebih-lebih masih dalam suasana kemeriahan dan kegairahan
berbulan madu, semuanya manis-manis belaka, hatta bau kentutpun dikatakan wangi.
Suasan gurau senda di antara suami dan isteri sepatutnya di kekalkan
pada bila-bila masa, kerana ianya bukan sahaja merupakan sunah Rasulullah SAW,
di samping dapat mengekalkan semarak cinta dan kasih sayang suami isteri. Untuk
itu kita perlu contohi baginda Rasulullah SAW untuk teruskan mengekalkan susanan
ceria dan bergurau senda.
Kita perlu meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik
perilaku terhadap isteri mahupun anak dalam mendapat pedoman yang paling tepat untuk mengauli dan bermesra bersam
isteri dan keluaga kita.
Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah
s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi
suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak
melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata:
Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan
kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada
Tuhanku.”
Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya
sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu
meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya
memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan
terhadap isterinya.
Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal
ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan
membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah
Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya
pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai
Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”
Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya
sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa
isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak
menghargainya, tidak mengajaknya berbicara, dan tidak mempertimbangkan
isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah
memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan
isteri kecuali lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami
yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian
rumahtangga dan Rasulullah s.a.w.
telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.
Baginda paling banyak bergurau senda bersama
isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah
Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki
beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia
menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi
Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan
memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah
SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan
mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus
tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya.
Pernah juga Rasulullah SAW memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan
sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia
cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda,
belaian dan sentuhan.
Perilaku sentiasa bermesra, bergurau senda dan sentuhan
kasih sayang dengan isteri ini merupakan amalan yang telah diamalkan semenjak mula kami berkahwin sehingga kini. Tindakan ini diibaratkan sebagi usaha untuk
recaj hubungan mesra dan kasih sayang kami.
Biasanya saya akan lakukan perkara ini setiap malam sebelum
kami tidur, kebiasaanya saya akan bercerita untuk memberi suasana ceria kepada
isteri, kadang kala saya memuji kecantikan isteri,
“ Ayang kelihatan cantik malam ni. Lebih muda dari semalam”
saya mengusik isteri.
“ Ada apa-apa ke tu bang, puji melabung je” isteri membuka
mulut sambil mecubit sayang di paha saya.
“ tak kan tak faham lagi, biasa-biasa lah” saya jawab
selamba .
“Heeeh, abng ni, tak puas, puas”. Isteri menjawab sambil
memegang erat tangan saya
Dan selepas itu akan diikuti dengan pelukan mesra. Tindakan
ini akan menyebabkan isteri saya menjadi bertambah manja dan selalui mengasihi suami. Sekali sekal pernah saya membuat lawak
sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu, untuk
melahirkan perasan ceria kepada isteri.
Saya mengatakan bahawa perbuatan memeluk isterinya sering dilakukan kerana saya
pernah terbaca satu artikel perubatan mengatakan jika kita memeluk isteri
dengan penuh semangat kasih sayang akan menyebakan megeluarkan hormone yang
boleh menguatkan imun tubuh seseorang untuk mengindar dari dijangkiti oleh
penyakit. Katanya lagi satu pelukan akan menyebabkan tambah panjang umur 5
minit dengan izin Allah.
Gurau senda suami dan isteri adalah satu sunnah, Rasulullah
SAW pernah bemain lumba lari bersama isteri baginda Siti Asiyah. R.A.
Bagi saya masa yang paling berkualiti untuk begura senda
dengan isteri ialah semasa kita bersama isteri untuk bersiap sedia tidur malam.
Semasa ini kita telah meletakkan matlamat untuk tidur dengan lena dan disebelah
kita di temani oleh isteri tercinta. Oleh itu tindakan bergurau senda dan
bermesra dengan isteri sebelum kita tidur akan menjadikan minda kita tenang dan
dapat tidur dengan lena.
Jika kita tidur dengan suasana keringan dan penuh emosi
cinta suami isteri, akan menjadikan tidur kita itu dengan penuh ketenangan dan
keceriaan. Sauna ceria semasa mula hendak tidur diikuti dengan bacaan
Bismillah, ayat-ayat Al Quran dan disertai dengan doa tidur. InsyaAllah tidur
kita akan menjadi satu tidur yang berkualiti, bila kita bangun esok pagi akan
merasai satu kesegaran badan yang tidak terhingga.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Mengadakan gurau
senda sayantara suami dan isteri dapat mengurangkan stress yang sayalami oleh
suami dan isteri. Gurau senda akan melahirkan suasana persekitaran keluarga
yang riang dan ceria. Suasana keriangan ini akan mebuahkan satu keadaan
perhubungan yang bahagia sayantara suami dan isteri dan seterusnya akan
terbawa-bawa kepada anak-anak.
2.
Gurau senda suami dan
isteri adalah satu sunnah yang dituntut oleh Islam. Perbuatan gurau senda itu
akan dapat melahirkan suasana ceria dan kasih sayang di antara suami dan
isteri. Ikatan hubungan batin akan bertamah kuat bila diikuti dengan gurau
senda saban masa.
3.
Gurau senda suami
isteri jika dilakukan semasa waktu hendak tidur akan membolehkan tidur kita
menjadi satu tidur yang berkualiti kerana dimulai dengan perasaan gembira dan
ceria masa hendak tidur. Tidur yang berkualiti akan membolehkan proses recaj
tenaga yang dilukan oleh anggota tubuh badan semasa kita tidur akan menjadi
lebih baik. Bila kita bangun keesokannya akan dapat merasakan satu kesegaran
yang amat sangat.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.