Apabila seorang lelaki muslim
berkahwin ianya bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada
isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin serta asas pendidikan Islam, dengan
kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka
tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala
keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.
Sungguhpun begitu tanggung jawab
terhadap kedua ibu bapaya juga tidak boleh di abaikan dan ia masih terikat
dengan amanah tersebut. Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya
kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati
dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya,
“Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”
Lihatlah betapa tingginya
nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita
membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan
berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah
saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat
membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."
Hadis di atas
menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan
dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka
tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di
penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.
Menurut Al Qurthubi, derhaka
kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti
keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya
atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib
mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah
itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).
Dalam
pemberian nafkah, Islam menetapkan seorang suami hendaklah mendahulukan
isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah
seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini
adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan
diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri
kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi,
maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan
kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’
as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara
kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut
tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab
az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma
al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anaknya.
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anaknya.
Dalam kehidupan berkeluarga, saya sering utamakan keperlua isteri
daripada orang lain. Rasionalnya kerana ianya adalah tuntutan
syariaat di sampingg itu isteri adalah orang yang paling dekat dan utama dalam
memenuhi keperluan hidup saya berbanding dengan orang lain. Isteri sebagai
teman hidup yang paling hampir dengan kita. Susah senang kehidupan kita.
Isterilah orang yang pertma bersama-sama menanggungnya. Sedangkan
orang lain akan bersama kita apabila kita senang, dan bila kita susah dan
meminta pertolongan mereka akan memberi pelbagai alasan. Begitulah adat dunia,
semasa senang ramai kawan dan bila susah kita keseorangan.
Dalam hidup ini kita perlu tahu yang
mana prioriti dan yang mana kurang penting, Oleh itu keperluan isteri adalah
amat penting di dipenuhi dan didahulukan, lebih-lebih lagi jika kita pada
peringkat awal berumah tangga yang kemampuan kita adalah bergitu terhad, dengan
gaji yang cukup-cukup untuk kita dan isteri sahaja. Akan menjadi beban ketidak
cukupan wang jika kita memberi keutamaan kepada orang lain, sebagai contoh bagi
suami yang kurang bertanggung jawab dan tidak mendalam didikan agama,
kebiasaanya akan menunjuk serta ego dirinya sebagai orang kaya,
lebih-lebih lagi jika berpangkat pula, mereka sebegini kadang kala suka
menunjukan kemewahan kepada orang lain, terutamanya kepada teman wanita
sepejabat. Perbuatan ini akan mendorong dirinya untuk belanja “besar” kepada
kawan tetapi bila dengan isteri ianya kedekut dan berjimat. Bila jumpa dengan
kawan-kawan boleh belanja makan di restoran hotel lima bintang, tetapi untuk
makan bersama isteri saya hanya makan di warung dan pasar malam sahaja. Bila
ditanya kenapa dia berkelakuan sedemikian, selamba dia mengatakan makan di
hotel lima bintang untuk meraikan klien bisnes, tapi bila berasama keluarga
kita perlu berjimat dan control bajet belanja bulanan. Kerana betapa susah kita
unuk mendapat wang
Tindakan memberi keutamaan kepada
isteri dalam apa jua perkara adalah perlu memandangkan saya mempunyai sifat
belas kesihan yang amat tinggi terutamanya semasa isteri mengandug 9 bulan
lebih untuk melahirkan anak. Pada masa itu saya tidak dapat bayangkan betapa
susah payah isteri menanggung penderitaan seperti, alahan, pening dan
muntah-muntah, biasanya isteri saya mengambil masa 4 hingga 5 bulan untuk
satabil keadaan alahan. Begitualah kesusahan ditanaggung si isteri bila sarat
mengandung. Saya amat kasihan melihat kesakitan di tanggung oleh isteri
semasa saat untuk melahirkan bayi. Pernah isterinya berada di dewan
bersalin di hospital lebih satu hari, kerana proses melahirkan bayi amat
perlahan.
Sabagai seorang suami yang perihatin
dan bertanggung jawab ianya memberi kesan yang amat mendalam, kerana isteri
banyak berkorban untuk kebahagian keluarga. Oleh itu jika kita ingin menjadi
suami mithali yang memenuhi amanah yang dituntut oleh Islam,
kita perlu memberi keutamaan kepada isteri dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kesan kepada tindakan dan layan yang ditunjukkan oleh si suami dengan memberi
keutaman kepada keperluan isteri, maka akan lahirlah perasaan kasih sayang yang
begitu kuat di naluri isteri terhadap suaminya, situasi ini akan memberi impak
yang amat penting kepada institusi rumah tangga. Kebahagiaan rumah tangga akan
membolehkan isteri mendidik anak-anak dengan suasana ceria dan sengan
hati. Akhirnya akan memberi impak yang amat baik kepada proses pembesaran bayi.
Bayi yang dibesarkan di bawah jagaan ibu yang mempunyai emosi ceria dan bahagia
akan menjadi kanak-kanak yang sihat dan aktif, perkembangan minda cerdas
dan mantap apabila besar kelak.
Pengajaran dan iktibar:
1. Suami
sememangnya perlu memberi keutamaan untuk isteri dahulu dalam segala hal.
Keranan ianya adalah tanggung jawab penting dalam melangsaikan nafkah suami
kepada isteri. Peranan suami menjaga keperluang ibu bapa yang sudah tua juga
perlu di tunaikan mengikut kemapuan.
2. Keutamaan
kepada isteri adalah sebagai tanda kasih sumai dan juga tanda penghargaan
dan terima kasih suami kepada isteri yang banyak berkorban semasa mengandung
dan melahirkanb bayi dan seterunya membesar dan mendidik anakpanak mereka.
3. Isteri yang
diutamakan oleh suamil semasa saya senangan akan menjadi teman setia
yang membantu suami apabila berlaku kesusahan dan musibah.
Sebalikanya jika kita memberi keutamaan kepada orang lain sedangkan isteri dan
keluarga di ketepikan atau kurang di beri perhatian, maka akan timbul
perhubungan kekeluargaan yang bermasalah, akan timbul perasaan cemburu
dan iri hati isteri dan anak-anak kepada suami sebagai ketua
keluarga. Jika situasi ini wujud dalam sesebuah rumah tangga tunggulah masanya
rumah tangga berkenaan akan runtuh berkecai. Bila berlaku perceraian akan
memberi impak kepada pembesaran dan perkembangan pendidikan anak-anak.
4. Suami yang
perihatin terhadap keperluam agama untuk menjaga amanah sebagai ketua keluraga,
akan mempastikan isteri dan anak-anak mendapat keperluan asas kehidupan seperti
nafkah zahir dan batin diberi secara sempurna.
5. Suami yang
memberi keutamaan kepada keperluan isteri dan anak-anak apabila saya menjangkau
usia tua (warga emas) akan mendapat penjagaan yang sempurna dari anak –anak dan
cucu mereka.
6. Mengikut
sunatullah jika kita membuat jasa baik kepada isteri dan anak-anak, apabila
tiba masanya kita memerlukan pertolongan mereka, akan diberi dengan sebaik
mungkin. Perlu di ingat segala sumbangan kita kepada isteri dan anak-anak jika
diberi dengan niat ikhlas dan sebagai memenuhi tuntutan agama, kita akan
mendapat ganjaran pahala yang tindak ternilai daripada Allah di akhirat kelak.
Sebenarnya ganjaran syurga jannah oleh Allah terhadap hambanya yang beriman dan
bertaqwa serta membuat kebajikan kepada keluarga dan orang yang memerlukan
adalah satu asset yang amat penting di padang mahsyar dan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.