RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 17 September 2015

Penampilan diri yang kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.



Sahabat Rasulullah s.a.w, Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu”.

Hadis ini jelas mengatakan bahawa pasangan suami isteri perlu saling berhias, tampil segak, kemas dan menawan di hadapan pasangan masing-masing pada setiap masa. Bukan hanya tampil segak dan cantik di hadapan bakal pasangan tetapi tampil selekeh selepas berkahwin. Bukan juga tampil kemas dan segak di hadapan orang lain tetapi di hadapan pasangan sendiri, kelihatan seperti orang tiga suku.

Di dalam menentukan pakaian kita untuk tampil dalam keadaan menyejukkan mata pasangan kita,  bolehlah berbincang dan berterus terang dengan pasangan kita. Pilihlah pakaian yang kita rasa sesuai dengan penampilan suami atau isteri. Paling penting, kita sendiri perlu tahu citarasa pasangan dan citarasa tersebut anda sesuaikan dengan citarasa kita dan mengikut syariah serta sunnah. Jangan pentingkan diri hingga memaksa pasangan mengikut selera dan citarasa kita sahaja. Sebagai contoh, jika sebagai isteri, kita menggemari warna merah jambu tetapi warna ersebut tidak disukai oleh suami, kita tidak berhak memaksa suami mengikut selera kita. Sama juga dengan suami, jika isteri tak suka tampil seksi di hadapan orang lain, janganlah memaksa. Biarlah isteri hanya seksi di hadapan kita, hanya kita tergoda, isteri kita selamat dari mata jahat lelaki lain dan kita pun akan selamat daripada mendapat dosa.

Penampilan segak, kemasa, bersih dan wangi  merupakan satu amalan yang telah menjadi sebagai satu budaya bagi saya. Mungkin saya mewarisi sikap ayah yang merupakan seorang bekas Penyelia Imam di sebuah Mukim Masjid di satu Daerah awal tahun 60an hingga 70an dahulu.

Penampilan kemas ini lebih terserlah setelah saya dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri (ADO) pada tahun 1980. Amalan penampilan kemas dan bersih serta segak adalah satu etika kerja yang perlu dipatuhi, lebih-lebih lagi semasa saya bertugas di daerah sebagai ADO ianya juga dilantik sebagai Majestrit, dimana pada hujung minggu atau di luar waktu pejabat, kadangkala Pegawai Polis berpangkat Inspektor akan datang ke kediaman rasmi saya  untuk membuat tahanan reman bagi tertuduh yang melakukan kesalahan jenayah. Oleh itu saya semestinya  berada dalam  keadaan bersiap sedia dengan pakaian yang kemas dan rapi, bagi memperlihatkan reputasi sebagai pegawai awam yang mempunyai intergriti.

“ Sebagai ADO kita mestilah mempunyai personaliti yang terbaik, penampilan yang kemas, bersih, wangi dan ceria setiap masa” maklum Ketua Penolong Setiausaha, Kerajaan ( Bahagian Pentadbiran) semasa memberi taklimat kepada Pegawai Tadbir Negeri seramai 15 orang yang baru melapur diri pada 1 September 1980 dahulu.

Pesanan itu membuatkan saya sentiasa akur di sepanjang perkhidmatan, kerana iaya adalah satu amanat majikan yang peru di patuhi, itu dalah prinsip saya kerana kita bila berkerja sesebuah organisasi mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh oranganisi tersebut. Jika melanggarnya ianya adalah satu tindakan yang tidak berdisiplin dan satu pelanggaran amanah dan persetujuan yang telah ditandangi semasa menerima perlantikan dahulu.

Amalan ini telah menjadi sebagai satu budaya dalam keluraga kami.. Isteri umpamanya walaupun ianya seorang suri rumah sepenuh masa dengan tujuh orang anak, tetapi pakian seharian sentiasa kemas,rapi dan bersih. Satu amalan yang saya amat menyanjungi tabiat isteri saya ialah suka berhias untuk suami, pada waktu pagi setelah selesai solat subuh  dia akan mempastinya dirinya dalam keadaan berhias sentiasa, terutamanya pada masa dia mengucapkan selamat jalan kepada saya yang hendak ke pejabat. Amalan ini mebuat saya sentiasa ceria bila hendak menigalkan rumah untuk ke pejabat atau berurusan di luar rumah. Hati saya sentiasa teringat tentang keanggunan isteri dan ia tersemat di naluri pada setiap masa.

Suasana sebegini dapat menghindar diri saya daripada menaruh perasaan minat kepada perempuan lain diluar sana. Syaitan telah dapat digagalkan dripada mempengaruhi saya untuk melakukan perkara maksiat apabila saya menjalankan kerja luar ‘outstation’.

Satu peristiwa yang masih  menjadi ingatan saya sehingga ke hari ini ialah pada tahun 1985 saya ditugas di sebuah daerah yang bersempadan dengan negeri Thailand. Ketua Jabatan saya telah mengajak saya dan beberapa orang pegawai lain untuk melakukan lawatan kerja ke salah satu Wilayah di Selatan Thailand. Pada satu malam  kami dibawa untuk melawat ke pusat hiburan di sekitar bandar utama Wilayah bereknaan. Semasa dipelawa supaya saya memilih wanita yang akan dijadikan teman setidur di hotel, saya dapat mengawal nafsu syaitan yang bertopengkan mausia. Alhamdulillah saya dapat menolaknya dengan satu sikap bahawa semua permpuan yang ditunjukkan untuk dipilih oleh saya adalah tidak secantik isteri yang dicintai dan disayangi yang berada  di  rumah. Sehinggakan saya dikatakan sebagai seorang lelaki yang kurang siauman kerana seramai wantia yang ditunjukkan telah tidak memberi sebarang minat.

Kisah itu adalah satu kisah detik hitam sepanjang lebih 16 tahun saya bertugas sebagai penjawat awam. saya juga amat terkejut dengan perbuatan ketua jabatan saya yang kaki perempuan itu, walaupun sudah mempunyai seorang isteri yang cantik di rumah. Bermula dengan   peristiwa hitam dan menjijikan itu, saya mula kurang hormat kepada ketua yang mempunyai sikap buruk yang bertentangan dengan syariat Islam. Namun begitu saya masih merahsiakan peristiwa itu kepada pengetahun orang lain kerana berpegang kepada prinsip “ jika kita menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita”. Islam melarang kita membuka rahsia dan keburukan orang lain.

Bahawa amalan untuk  menjaga keterampilan diri ini telah menjadi satu sikap pegangan oleh semua ahli keluarga saya. Kesemua tujuh orang anak sya mempunyai tabiat dan sikap yang sama seperti ayahnya. Mereka akan sentiasa berketrampilan  kemas pada setiap masa apabila keluar dari rumah, semaada untuk ke tempat kerja atau berjalan santai di waktu petang dan sebagainya.

Bagi isteri pula semenjak kami mula kahwin dahulu lagi memang dianya suka berhias walaupun dia adalah suri rumah sepenuh masa. Biasanya pada setiap pagi setelah isteri menyiapkan sarapan  pagi di meja makan, dia akan ke bilik untuk mengemaskan dirinya dengan sebaik mungkin. Bisa bagi isteri memakai wangian yang harum dan dilakukan makeup untuk menyerikan wajahnya setiap pagi. Beliau akan melayan saya semakan bersarapan dan akan menghantiar saya ke kereta setiap pagi dengan wajah yang berseri-seri, tak kalah macam isteri yang hendak ke pejabat . tindakan isteri sebegini membuatkan hati saya selalu terlekat dengan kencantin dan keanggunan isteri setiap kali memendu ke pejabat. Tabiat ini membuatkan saya selalu mengiganti isteri dimana sahaja saya berada.

Sikap saya yang tidak merokok telah menjadi ikutan anak-anak lelaki saya seramai empat orang itu. Malah dua orang menantu saya yang merupakan perokok, apabila ia pulang bercuti di rumah saya mereka tidak akan merokok di depan saya dan juga dalam rumah kami, sekirannya mereka ingin merokok, mereka akan keluar dari kawasan rumah.Tabiat semua keluarga saya yang membenci rokok telah menjamin rumah kami bersih dari bau asap rokok yang kurang elok seperti di alami oleh para perokok dan keluarga mereka.  Sikap proaktif saya tentang keburukan merokok, telah memberi kredit yang amat  tinggi kepada isteri saya. Isteri dan keluarga kami tidak pernah menghidu asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis narkotik yang boleh membahaya kesihata. . Sifat  benci rokok yang saya amalkan mendapat sanjungan yang amat tinggi oleh isteri dan sahabat saya.



Pengajaran dan iktibar:

1.      Amalan supaya kita sentiasa berkeetrampilan kemas, segak, bersih dan menarik adalah ajaran sunnah Rasulallah SAW.Islam sememangnya menganggap keberisihan peribadi dan persekitaran adalah satu perkara yang amat penting. Malah ketika umat Islam hendak mengerja solat, Nabi Muhammad telah meminta supaya di sempurnakan ambi wudud kerana ianya ada mempengauhi rasa khusyuk sema kita bersolat. Islam juga menganggap kebersihan itu sebahagian daripada iman.

2.      Jika kita suami isteri mempunyai satu amalan yang sentiasa berkeadaan kemas dan berketerampilan dan menarik pada setiap masa, akan melahirkan perasaan cita dan kasih sayang yang sentiasa segar. Kerana suarsan bersih dan harun merupalan keinginan naluri semulajadi bagi setiap manusia. Kerana terbentuk cinta yang begitu mendalam di antara suami dan isteri dapat menumpulkan nafsu sarakah untuk dipengaruhi oleh syaitan supaya melakukan kerja maksiat dan mungkar.

3.      Budaya berketerampilan kemas pada saban masa, akan melahirkan satu disiplin secara tidak langsung, dan ini akan menjadikan keluagra kita mendapat  penghormatan dari jiran dan sahabat handai. ini akan memberi satu dorongan kepada keluarga kita untuk menjaga imej mereka pada setiap masa.

4.      Merokok adalah perbuatan yang  tidak baik yang diamalkan oleh lelaki yang bergelar suami, majoriti wanita tidak suka kepada lelaki yang merokok. Tabiat merokok boleh merugikan ekonomi rumah tangga. Cuba kita buat analisis berapa kah jumlah wang yang dibakar oleh perokok di sepanjang hidkup mereka. Katakan setiap hari dua bungkus rokok berharga RM8.00 sebungkus bermakna RM 16.00 diperlukan oleh perokok untuk mebayar harga rokok. Untuk satu tahun dibelanjakan wang sebanyak RM5,696.00. Sekiranya umur sesorang itu dilanjutkan oleh Allah sehingga 70 tahun, bermakna jumlah wang yang telah dibelanjakan  untuk membeli rokok adalah sebanyak RM398,720.00. Subahanallah begitu banyaknya wang yang dibelanjakan oleh para perokok dalam tempoh 70 tahun. Wang berkenaan telah hangus berasa asap rokok dan faedah yang diperolehi adalah kosong, malah penyakit kanser kerongkon atau paru-paru yang ditinggalkan oleh rokok kepada penghisabnya.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.